6:01

3.9K 466 14
                                    

Jimin

" Berapa banyak kau beli ubat gigi kita? " soal aku pada Taehyung yang sibuk mengira.

Mengira apa pun aku tak tahu lah. Sejak keluar dari kedai tadi asyik mengira aje.

" 10 kotak. " jawab Taehyung tanpa menoleh ke arah aku.

Aku memandang Taehyung tidak percaya. " Banyak gila kau beli! Bukannya kita tak boleh keluar 5 bulan sampai beli 10 kotak! " aku menepuk bahunya.

Taehyung merengus kecil sebelum dia memandang aku dengan wajah menyampah. " Kau tu guna ubat gigi bukannya sikit! Dah lah makan ubat gigit! Mohon lah sedar diri. Kita sebenarnya perlukan lebih dari 10 kotak ubat gigi tahu tak? Urgh. " Taehyung menjeling aku.

Aku tersengih. Ada betulnya juga 🙈🐒

" Dah lah beli semua barang ni guna duit aku. " Taehyung mencebik.

" Alah apa salahnya belanja member. " aku memeluk bahunya kejap. Taehyung hanya mengeluh.

Tiba-tiba langkah Taehyung terhenti. Aku yang sudah berjalan lebih hadapan dia ditarik.

Aku mengerutkan dahi. " Kenapa kau ni? " soalku.

Taehyung mengangkat jarinya menunjuk ke arah pasangan yang berada tidak berapa jauh dari aku.

Aku terkedu. I-itu...... Park Jaehee....

Dengan...

Lelaki lain?

....

Apa semua ni?

Aku terus berpaling dan terus berjalan tanpa menghiraukan Taehyung yang tiba-tiba sahaja tersengih macam kerang busuk.

Apa pasal tah tersengih? Dia suka ke tengok Jaehee curang dengan aku?!

Urghh!! Serabut!

PrkJmn : Siapa lelaki tu? Please jangan buat Chim macam ni.

LilHeart : Hah? Kenapa tiba-tiba je ni?

LilHeart : Lelaki mana pulak?

PrkJmn : Jangan buat-buat tak tahu lah.

PrkJmn : Bukan main seronok awak bergurau senda dengan dia kat dalam mall tadi.

PrkJmn : Siap seronok peluk pinggang bagai.

LilHeart : Hah? Mana ada Chae keluar dengan lelaki lain.

LilHeart : Chae keluar dengan Jun je tadi.

LilHeart : Takkan Chim marah Chae keluar ngan abang Chae?

PrkJmn : Tch.

PrkJmn : Tolong lah. Saya kenal Junhyeok macam mana.

PrkJmn : Tadi tu orang lain.

PrkJmn : Stop cipta alasan.

LilHeart : Ayyy betul lah tu Jun.

Seen, 7:00 p.m.

LilHeart : Awak....

[C] Chat » Park Jimin «Where stories live. Discover now