3:30

4.5K 543 29
                                    

Ting Tong!

Jimin menekan loceng rumah Jaehee. Dia tersenyum-senyum sejak dari rumah. Iyalah nak jumpa kekasih hati kan?

Jimin berpakaian baju kuning berbelang hitam berlengan panjang berserta dengan ripped jeans nya.

Klak!

" Eh Jimin. Masuk lah. " jemput Junhyeok sebaik sahaja dia membuka pintu.

" Takpelah, hyung. Aku datang sini pun sebab nak jemput Jaehee. " balas Jimin dengan senyuman.

Beg kertas yang dijinjit bersamanya tadi diserahkan pada Junhyeok. " Nah hyung. " kata Jimin.

Junhyeok mengerutkan dahinya sebaik sahaja menyambut bungkusan itu. " Apa ni? " soal Junhyeok.

" Itu cupcake. Ibu ada buat lebih, tu yang dia suruh bagi korang sikit. Maaflah kalau tak berapa sedap. " Jimin menggosok tengkuknya.

" Eh mesti sedap punya. Thanks. " Junhyeok tersenyum manis.

" Wei Jun, Jimin dah datang ke? " kedengaran satu suara yang menjerit dari dalam.

Jimin terus memanjangkan lehernya menjengah gerangan didalam. Tersengih dia dibuatnya.

" Dah. Oppa ajak dia masuk tapi dia tak nak. Cepat sikitlah. Dia dah lama tunggu Jae. " laung Junhyeok. Jaehee mengangguk faham sebelum dia keluar.

Mata Jimin terpaku memandang Jaehee. " Cantiknya. " pujinya perlahan. Jaehee terus memeluk lengan Jimin. Memerah pipi Jimin. Rasa macam pertama kali dia jumpa Jaehee 🌚

" Jun, aku dengan Jimin nak keluar sekejap. " Jaehee meminta izin. Junhyeok mengangguk. " Jangan balik lewat sangat. " pesan Junhyeok lalu menggosok kepala adiknya.

" Kay. " balas Jaehee ringkas lalu menarik tangan Jimin yang dari tadi terkaku.

" Kenapa Chim ni? Dari tadi senyap je sejak Chae keluar. " soal Jaehee sedikit tidak puas hati.

Chup!

" Chae cantik sangat sampai terkelu lidah Chim. " bisik Jimin perlahan setelah dia mengucup dahi Jaehee.

" Mengada. " dada Jimin ditepuk perlahan oleh Jaehee. Jimin tertawa kecil sebelum dia memeluk erat bahu Jaehee.

" Dengan awak je. " Jimin mencuit hidung Jaehee.

[C] Chat » Park Jimin «Where stories live. Discover now