Zafriel Adrian memandang Iman Nadhirah dengan senyuman mengatakan dia akan membeli topi itu. Iman Nadhirah cuba menghalang tetapi tidak sempat kerana lelaki itu telah menghulurkan wang RM10 sekeping kepada penjual tersebut.

"Kau ni, kan! Aku tak naklah topi ni. Kau nak, kau belilah untuk kau seorang aje! Lagipun kita bukan pasangan okey?" Akhirnya berpeluang juga Iman Nadhirah menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

Zafriel Adrian membuat muka mengajuk Iman Nadhirah. "Bla bla bla... lupakan jelah! Aku dah beli pun. Dah jom kita... err... mana umi dengan aunty?" Soalnya.

Iman Nadhirah memukul lengan lelaki itu. "Ini semua kau punya pasal! Diorang dah tinggalkan kita!" Marahnya. Ini adalah kali kedua dia ditinggalkan dengan lelaki yang dibencinya. Arghhh! Kenapa mesti Zafriel?

Zafriel Adrian menggaru kepalanya. "Dahlah, kalau kau marah aku pun bukan dapat jumpa dia orang pun!" Dia terus berlalu ke depan meninggalkan Iman Nadhirah.

Iman Nadhirah menendang angin. Dia mengekori lelaki itu dengan perasaan marah. Sudahlah dengan cuaca panasnya, orang ramainya... RIMAS!

Tiba-tiba ada suara menyapa mereka berdua, "Hai, korang ni baru eh kat sini?"

Iman Nadhirah memandang Zafriel Adrian mengajaknya pergi dari situ. Namun sebaliknya yang dilakukan lelaki itu. "Kita orang bercuti kat sini. Kau orang memang duduk sini ke?"

Kedua-duanya mengangguk. Wajah mereka berdua hampir sama. Apa yang membezakan ialah seorang lelaki dan seorang perempuan. "Oh ya, maafkan kami. Lupa nak perkenalkan diri. Aku Aidil Faqih. Dan ini adik kembar aku, Aidin Faqihah. Kalau tak silap aku, kau orang berdua ni budak sekolah menengah kan?"

Zafriel Adrian mengangguk. "Yup. Aku Zafriel, ni Iman." Dia menyiku Iman Nadhirah. Iman Nadhirah tersenyum tanpa rela. Dia membalas perbuatan Zafriel Adrian dengan mencubitnya. Namun sikit pun lelaki itu tidak mengaduh sakit.

Aidil mengangguk. Aidin bertanya, "Kau orang ni pasangan couple ke? Because you two look perfect together!"

Iman Nadhirah menjulingkan mata ke atas. Cukup-cukuplah di sekolah. Sini pun ada jugak yang nampak aku dengan Zafriel ni sesuai bersama? Seriously? Buta ke apa? "No! Walaupun tinggal seorang lelaki di dunia ni, aku takkan sesekali jatuh suka pada dia!"

Zafriel Adrian hanya senyum kelat. Sudah dia agak ayat itu yang akan keluar dati mulut gadis.

"Oww.. so sad!" Aidin mencebik sedih.

"Eh, kita orang kena pergi dulu. Nak cari parents kita orang. Nanti kena marah pulak," Zafriel Adrian meminta diri.

Si kembar itu mengangguk faham.

_____

Setengah jam kemudian...

Iman Nadhirah mengaduh sakut buat kali kedua. Dia memegang kaki sebelah kiri. Kakinya sudah melecet kedua-dua belah. "Zafriel, tunggu kejap! Aku sakitlah!"

Zafriel Adrian berpaling ke belakang. Terbit rasa kasihan melihat tunangnya kesakitan. Dia mengeluh. "Sebelah lagi pulak yang kena?"

Iman Nadhirah mengangguk. Dia membuat muka meminta simpati. Zafriel Adrian mencangkung. Belakangnya menghadap Iman Nadhirah.

Iman Nadhirah mengerutkan kening pelik. "Kenapa kau?"

"Naik belakang aku. Aku dukung kau ke kau nak aku dukung kau cara lain?"

Iman Nadhirah sudah terbayang cara dukung yang dimaksudkan lelaki itu. Uishh... tak nak aku! Tangannya memeluk leher lelaki itu. Come on, Iman! Dia nak tolong kau, bukan nak ambil kesempatan!

Zafriel Adrian berdiri. Kedua-dua kaki gadis itu dipaut erat. Dia membuka langkah menyambung perjalanan. "Apa kata kau try call?"

Iman Nadhirah menggeleng kepala. "Tak boleh. Phone aku dah habis kredit."

Zafriel Adrian menjulingkan mata ke atas. Aduh, habis kredit pula! "Kau ambik telefon aku kat poket bawah."

Poket bawah? Kening Iman berkerut. Oh ya, lupa mamat ni pakai seluar kargo. Dia terus menunduk cuba mengambil telefon lelaki itu. Nasib baik tangannya panjang, dapat juga capai telefon lelaki itu. Setelah membuka, dia mendapati lelaki itu meletakkan password. "Apa password?"

"Ian. Semua huruf besar."

Kening Iman Nadhirah berkerut. Ian? Nama panggilan lelaki itu ketika kecil. Hanya dia saja yang memanggil lelaki itu Ian. Yang lain semua panggil nama Zafriel. Masih dia ingat, sebab dia memanggil zafriel dengan nama Ian. Katanya itu ialah singkatan bagi namanya, nama Zafriel dan abangnya. Irah, Adrian dan Nadzir. Iman Nadhirah tersenyum sendiri.

Setelah masukkan kata laluan, terpampang gambarnya dan Zafriel Adrian pada zaman kanak-kanak. Mereka bergambar di buaian yang dibuat Haji Umar sendiri. "Mana kau dapat gambar ni? Send kat aku!"

"Hmm..." gumam Zafriel Adrian. Sebenarnya ada banyak lagi gambar mereka dalam galeri telefon. Shh... senyap-senyap sudah!

Iman Nadhirah mencari nama keluarganya di dalam telefon lelaki itu. Seorang demi seorang didail nombor. Semua tidak dapat. Kemudian, dia cuba call Haji Umar, juga tidak dapat. Begitu jugalah dengan Hajah Aminah. Akhirnya dia menscroll lagi. Mencari nama Zafrina. Tiba-terhenti pada satu nama yang menarik perhatiannya.

My Love Fiancee

Iman Nadhirah mengerutkan kening. Zafriel dah bertunang? Tiba-tiba satu perasaan aneh membalut hatinya. Rasa sakit yang begitu dalam. Iman Nadhirah menggeleng. Dia kembali mencari nama Zafrina.

Panggilannya dijawab.

"Rina! Ni Kak Iman. Rina dengan mama dan umi ke? Kau orang kat mana ni? Akak dengan Zafriel dah puas cari kau orang tak jumpa."

"..."

"Abang Nadzir dengan Zakwan ada kat kereta?"

"..."

"Okay, okay. Bye."

Panggilan dimatikan. "Zafriel, kita pergi kat kereta terus. Rina suruh balik dulu. Kau tau tak jalannya?"

Zafriel Adrian mengangguk. Selepas itu sudah tiada lagi perbualan antara mereka. Timbul rasa risau dan pelik di hati Zafriel Adrian. Dia risau sekiranya Iman Nadhirah nampak gambar-gambar yang lain dan nama contact tunangnya itu.

Iman Nadhirah masih berdiam diri. Dia masih terfikirkan nama contact tadi. Siapa tunang Zafriel Adrian?

✩✩✩✩✩✩✩✩✩

Boleh agak tak siapa pemilik nama tu?😏 Rasanya kau orang tau siapa. Hmm... makin lama makin panjang pula chapter kat CTPH ni. Kau orang nak bab sependek dulu atau panjang macam ni? Atau terpulang pada author nak panjang mana😁

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Onde histórias criam vida. Descubra agora