32

1.9K 145 11
                                    

Pagi, sebelum Noah tiba, dalam gerabak keretapi..

Setelah puas mencari kelibat perempuan tadi, Noah pasti dia berimaginasi. Tak mungkin Anna ada di dalam tren tersebut. Semuanya mainan minda. Noah ketawa kecil akan kebodohannya. Dia berjalan menuju ke tempat makan. Ramai juga orang yang berada disitu.

Jauh di tepi tingkap, ada dua kerusi kosong dihadapan seorang wanita dan perempuan disebelahnya itu barangkali adalah anaknya. Noah mendekati meja tersebut sebelum meminta izin untuk duduk disitu. Dia cuma minum secawan kopi pada pagi itu. Terasa lapar namun tidak mahu untuk makan apa-apa.

"Seorang saja?" tanya wanita tadi.

"Ya." jawab Noah pendek.

Wanita tadi tersenyum. Anak gadisnya pula masih diam. Dia asyik bermain-main dengan makanan didalam pinggan dengan sudu. Wanita tadi mengeluh.

"Brunette, berhenti bermain dengan makanan. Kalau tak mahu makan jangan makan!" wanita itu membebel sambil memukul tangan anaknya.

Noah tersenyum kecil. Brunette diam, tidak mempedulikan ibunya dan terus bermain dengan sudu tadi.

"Maaflah. Budak ni memang pelik sikit. Kadang-kadang dia ceria tapi kadang-kadang dia muram dan langsung tak bercakap. Dia macam tak pedulikan orang sekeliling pun. " tanpa dipinta wanita itu bercerita.

"Tak apa. Mungkin dia ada masalah. Puan ada bawa dia jumpa doktor?" Noah cuba berfikiran positif. Dia melihat Brunette. Gadis itu mungkin lebih muda darinya. Wajah muram milik Brunette membuatkan Noah curiga sebentar.

"Saya Jane. Adik ni pula siapa dan nak kemana?" soal Jane, wanita tadi memperkenalkan diri.

"Oh, saya Noah. Saya nak jemput kawan saya di bandar." sekali lagi pendek saja jawapan Noah. Entah mengapa dia rasa wanita itu seperti banyak bercakap pula.

Klang! Klang! Klak! Klak!

Jane hilang sabar akhirnya. Dia menarik tangan Brunette dari sudu dan pinggan serta menjauhkan gelas kaca tadi darinya.

"Apa masalah kamu ni? Tadi ceria je sekarang ni tiba-tiba macam ni pula! Kita nak jumpa ayah kamu ni, ceria la sikit! Sebelum ni sibuk minta nak jumpa!" Jane memarahi anaknya.

Brunette masih lagi tidak berkata apa-apa. Dia melihat ke arah Noah. Tajam saja anak matanya. Noah terkedu. Dia tahu anak mata itu. Pandangan milik Brunette sama seperti pandangan seseorang yang sangat dia kenal. Memori lama datang menjengah fikiran Noah.

Duk!

Noah tersedar dari lamunan apabila kakinya terlanggar kaki meja. Dia menggeleng kepalanya.

"Maaf.." Noah kembali tersenyum.

"Tak, sepatutnya saya yang minta maaf. Tak sopan betul budak ni. Haish.." wajah Jane jelas kecewa.

"Oh, kita berjumpa lagi.." suara lelaki menegur.

"Runold, datang nak makan juga?" soal Jane. Lelaki tua itu mengambil tempat disisi Noah dan ketawa.

"Lapar pula. Lagipun pasangan tadi macam perlukan masa untuk bersendirian. Ahaha.. Hai Brunette." Runold ceria saja menegur.

Noah tersenyum pada Runold sekadar bersopan. Dia kalau boleh mahu cepat beredar. Kurang senang dengan pandangan anak Jane tadi. Dirinya berasa tidak selesa.

"Tak perlu tegur dia. Entah apa masalah budak ni pula sekarang ni. Tak habis-habis menyusahkan!" Jane membebel lagi sambil memukul lengan Brunette, meminta anaknya itu untuk menjaga adab.

"Jangan dipukul. Nanti dia simpan luka tu jadi parah." Runold ketawa lagi.

"Err.. Saya minta diri dulu." Noah mencelah apabila dia sudah selesai makan.

Golden Dust [Revised Ver]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang