09

2.9K 220 31
                                    

Noah yang tadinya sibuk termenung terus menjerit dan berdiri dari kerusi tempat duduknya. Terkejut apabila melihat pelajar pertukaran pada pagi keesokannya. Ya, orang yang dia tak sangka akan jadi pelajar di dalam kelas yang sama.

"Eh? Noah kenal dengan Sofea ke? Baguslah! Sofea boleh duduk di tempat kosong depan Noah!" ceria sahaja cikgu Maria bersuara.

Semua pelajar dalam kelas mula berbisik sesama mereka saat Sofea memperkenalkan diri di hadapan kelas.

"Wow.. comelnya pelajar pertukaran tu."

"Malangnya, kesian dia kena duduk depan malaikat maut tu."

Cikgu Maria yang menyedari suasana tidak menyenangkan itu terus memulakan kelas. Tanpa berlengah, dia meminta semua pelajar mengeluarkan buku masing-masing selepas Sofea duduk di tempatnya.

"Hai." Sofea menegur.

Noah yang telah duduk semula memandang tajam gadis dihadapannya itu. Apa perasaan tidak menyenangkan ni ya?

"Kau ni.. siapa sebenarnya?" tanya Noah.

"Ahaha.. Aku pelajar pertukaran la. Tapi sepatutnya aku masuk minggu lepas, saja masuk lewat." ujarnya dengan senyuman di bibir. Namun perkara sebenar dirahsiakan.

Noah mengeluh. Dia meletakkan kepalanya ke atas lengan di atas meja. Matanya merenung ke luar tingkap kelas dimana perpustakaan terletak. Dari kelasnya, bangunan perpustakaan itu hanya nampak separuh sahaja.

Hujan pada pagi tadi telah menghasilkan pemandangan pelangi yang cantik. Noah asyik merenung dan tidak sedar, ada mata lain yang memerhati dirinya.

 Noah asyik merenung dan tidak sedar, ada mata lain yang memerhati dirinya

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Kringg!!!!

Bunyi loceng yang menandakan kelas telah tamat membuatkan para pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas, tidak kurang juga yang sedang mengemas beg masing-masing. Noah cepat sahaja berlari keluar. Dia mahu ke perpustakaan. Tiba-tiba ada pelajar yang terlanggar Noah dan berlalu begitu saja. Noah terjatuh dan wajahnya terkena tingkap koridor.

"Noah!" suara Sofea memanggilnya dan Noah segera bangun sambil mengibas kain bajunya.

"Apa?" tanya Noah.

"Kau ada masa tak awal bulan depan? Eh? Kenapa dengan muka kau?" tanya Sofea. Dia membelek wajah Noah yang calar.

"Ah.. terjatuh tadi. Tak ada apa la. Bulan depan?" Noah mengerutkan dahinya. Pelik.

"Bulan depan kan dah mula cuti musim panas. Kau ada apa-apa rancangan ke?"

Mata Noah membulat. Sungguh dia lupa tentang cuti musim panas.

"Ha! Mesti lupa. Jom la, ikut aku pergi bercuti!" ajak Sofea riang. Dia mencapai tangan Noah dan mengenggamnya erat sambil tersenyum manis.

Noah yang terkejut berundur sedikit. Dia menarik tangannya dari pegangan Sofea.

Golden Dust [Revised Ver]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang