22

2.1K 159 9
                                    

Noah berjalan bersahaja ke arah perpustakaan pada pagi itu. Sekolah telah dibuka semula dan dia pasti Anna tidak akan keluar seperti selalu kerana kehadiran pelajar lain. Sebelum kelas bermula, dia ingat mahu berjumpa dengan Anna dahulu. Maklumlah, gadis itu tak mungkin masuk ke kelas.

"Eh?" Noah terhenti langkah kakinya apabila dia mendapati perpustakaan itu kosong. Lama dia termenung di atas anak tangga. Kemana Anna? Kelibat gadis kecil itu langsung tidak kelihatan.

Noah keluar semula dan dia berfikir sejenak. Jika Anna tiada di perpustakaan, cuma satu sahaja lagi tempat yang boleh dia berada sekarang. Rumah kecil miliknya.

Laju dia mengatur langkah ke arah belakang bangunan. Apabila tiba, matanya hanya merenung pada pelbagai bagasi yang telah dikemas di hadapan pintu. Apa pula... semua ni? Matanya kemudian terlihat akan Anna di biliknya melalui tingkap. Gadis itu sedang mengemas barangannya. Serupa orang yang mahu berpindah.

Suara cikgu Maria jelas kedengaran sehingga luar bertengkar dengan seseorang. Suara lelaki itu macam seseorang yang Noah kenal. Noah pantas masuk ke dalam rumah. Kelihatan cikgu Maria sedang bergaduh dengan Inspektor Louis. Kenapa pula ni?

Mereka yang ada disitu semua beralih memandang ke arah Noah apabila menyedari kehadiran si lelaki.

"Noah! Baguslah kamu datang.. tolong cikgu yakinkan Anna. Anna nak tukar sekolah!" cikgu Maria merayu padanya.

Noah seolah-olah kaku disitu. Pindah sekolah? Dia salah dengar ke? Anak matanya bertembung dengan anak mata Anna, lama. Mereka tidak bersuara namun seperti mereka boleh membaca fikiran masing-masing.

Anna... tak mahu pergi dari sini.

Jangan risau.

Anna menoleh. Dia meneruskan kerjanya untuk mengemas barang. Inspektor Louis mengeluh sebelum melangkah keluar dari bilik Anna. Noah mengekori dari belakang.

"Nanti." panggil Noah.

"Apa yang kau nak?" soal Inspektor Louis malas.

"Apa hubungan Inspektor dengan Anna yang sebenarnya?" soal Noah sambil mengenggam tangannya erat.

Louis terkebil-kebil sebentar sebelum akhirnya dia tersenyum. Noah berkerut. Rasa tak sedap hati pula dengan senyuman tersebut.

"Kau tak tahu?" soalnya sinis, sengaja mahu menyakitkan hati Noah. Melihat akan wajah serius Noah membuatkan dia rasa mahu mengenakan anak muda itu.

"Bagi tahulah apa hubungan kau dengan dia sebenarnya? Kalau Anna nak keluar sebelum ni pun kena ada kebenaran dari Inspektor. Tapi dari reaksi Anna, kau bukan orang penting." Noah yang tidak sabar, mula bertegas.

Ketawa Louis pecah jua. Noah mengetap bibir menahan geram yang terbuku. Kalau tidak kerana lelaki dihadapannya itu seorang pegawai polis, lama rasanya penumbuk Noah melayang. Muka yang asyik tersenyum dari tadi betul-betul buat Noah sakit hati.

"Louis.. nama aku." ujar Louis akhirnya namun wajahnya menoleh ke arah lain. Dia tidak melihat Noah lagi.

"Aku tahu nama kau Louis." gesa Noah.

"Louis Stefan." Inspektor itu memasukkan tangan ke dalam poket seluar.

Noah tersentak. Louis Stefan? Nama Anna juga.. Anna Stefan.

"Adik-beradik.. atau.." suara Noah semakin perlahan. Nak cakap ayah Anna macam tipu. Louis tak adalah tua mana. Dalam lingkungan 20-an. Tapi mereka tak mungkin adik beradik. Jantung Noah laju berdegup.

"Tak. Dia bukan adik aku." jawab Louis seolah-olah tahu apa yang Noah rasa saat itu. Sekali lagi wajah Noah berubah warnanya.

Kalau bukan adik-beradik.. takkan lah~

Golden Dust [Revised Ver]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang