14

2.2K 169 16
                                    

"Noah?" Louis bertanya apabila dia diam saja sementelah memerhati fail tersebut.

Chris disebelah berkerut dahi. Dia menutup fail ditangan namun Noah masih diam kaku seperti sedang memikirkan sesuatu. Annie mengeluh. Dia berjalan ke arah Chris dan mengambil fail di tangan lelaki itu.

"Cik muda?!" jerit Chris apabila dia terkejut dengan tindakan Annie.

Laju tangan gadis itu menyelak satu persatu gambar dan data dalam fail tersebut. Lama dia terdiam setelah itu.

"Cik muda?" Chris memanggil. Dia menoleh ke arah Louis namun inspektor itu cuma mengangkat bahu.

"Cincin tu.."Noah bersuara perlahan.

"Cincin tuah cinta!" serentak Annie dan Noah berkata-kata.

Mereka memerhati antara satu sama lain. Terpaku dengan apa yang berlaku. Entah mengapa fikiran mereka seperti sama pula. Noah tergelak kecil. Annie mencebik. Mereka berdua tahu tentang cincin ni pun disebabkan mereka terserempak dengan penjual di pusat beli belah semasa menolong wanita tadi mencari pembantunya.

"Cincin tuah cinta?" tanya Louis.

"Ada jual di kedai azimat. Cincin tu sekarang ni sangat terkenal dengan perempuan keluarga bangsawan." Annie menerangkan. Dia cuma mengulang semula apa yang penjual tadi cakap. Ini kerana penjual tersebut tersalah anggap yang Noah dan Annie merupakan pasangan kekasih dan cuba menjual cincin tersebut pada mereka.

Chris berkerut memerhati Cik mudanya. Hairan Chris, entah bila Cik mudanya itu mengambil tahu hal-hal sebegitu. Annie yang perasan riak wajah Chris terus menoleh mukanya ke arah lain. Dalam masa yang sama, pipinya bertukar rona merah.

"Bu..bukan apa yang awak fikirlah!" tergagap-gagap Annie cuba memperbetulkan tanggapan Chris.

Bertambah kerutan di dahi Chris melihat perubahan Annie secara mendadak. Entah sejak bila, dia perasan Cik muda Annie selalu saja seperti tidak senang dengan kehadiran dirinya. Noah ketawa lagi kemudian dia berdehem.

"Maafkan saya." dia tersenyum ke arah Annie.

Louis memandang Noah hairan. Sebenarnya dari tadi lagi dia nak tanya.

"Noah, kau buat apa kat sini?"

"Oh.. keluar beli barang."

Annie menoleh ke arah Noah. Lama matanya memerhati lelaki berambut hitam itu.

"Jadi.. apa yang pelik tentang cincin tu?" tanya Annie bila semua yang ada disitu seperti telah lupa persoalan utama.

"Oh.. Entah." jawab Noah seraya mengangkat bahu.

Chris menepuk dahinya. Alahai... Louis mengeluh.

"Mangsa tu pakai cincin tak?" tanya Noah tiba-tiba sambil menumbuk genggaman tangan kirinya ke tapak tangan kanan.

"Mangsa..?" Louis bersuara perlahan. Dia menoleh ke arah mangsa yang terbaring di lantai. Pihak forensik yang akan membawa mangsa ke makmal masih dalam perjalanan.

Perlahan dan berhati-hati Louis membuka sarung tangan yang mangsa pakai. Kelihatan tiada cincin di mana-mana jarinya. Chris mengeluh. Tiada apa-apa petunjuk lagi. Louis menoleh untuk bangun namun segera menjerit terkejut apabila wajah Noah yang menjegul di bahunya.

"Ahaha.. maaf." Noah ketawa kecil lagi.

Annie mengecilkan matanya ke arah Noah. Sejujurnya dia kurang senang dengan lelaki itu. Dari tadi asyik tersenyum dan ketawa. Noah menggigit bibir bawahnya perlahan. Tangan di dada disilangkan. Wajahnya berkerut lagi seperti berfikir sesuatu.

Golden Dust [Revised Ver]Where stories live. Discover now