21

2.2K 177 12
                                    

Anna bersiul kecil sambil kakinya melangkah ke arah perpustakaan. Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia sedang gembira dengan senyuman di bibir. Namun senyuman kecil itu jarang sekali kelihatan, hanya apabila tiada sesiapa barulah dia tersenyum begitu.

"Ra la la Ra la la~" ♪♪♪♪

Mata yang memerhati Anna dari jauh itu kini telah menoleh ke arah lain. Hujung bibirnya terjungkit sedikit, memberikan senyuman sinis. Entah mengapa apabila dia melihat gadis itu, dia merasa geram pula dalam masa yang sama. Melihat dia gembira seperti itu, barangkali dia telah tahu tentang berita mengenai maman kesayangannya yang telah pulang. Malang sekali. Kali ini wanita itu kembali tidak lain hanya untuk membalas dendam. Tidak lama kemudian, dia kembali semula ke tempat persinggahannya.

"Jo~ lamanya. Awak ke mana tadi?" soal si wanita yang menanti sejak tadi.

"Helena, awak dah makan?" tanyanya seraya mengubah topik.

Senyumlah wahai pari-pari, selagi kau masih mampu tersenyum. Senyumlah wahai mentari, selagi kau mampu menerangi. Tapi senyuman itu tidak akan kekal lama, dia pasti. Ini kerana dia yakin akan membuat orang yang telah menyeksa wanita yang dia cintai itu derita. Saat itu, menangislah kau sepuas hati. Merataplah kau akan sekujur tubuh yang terkulai mati.

*******

Chris lama berdiri di sebalik pintu, masih setia menanti Cik Muda Annie yang berjumpa dengan Howard de'Feldrick di dalam bilik bacaannya. Jarang sekali lelaki sibuk itu mengambil tahu hal anaknya jika tak lain tak bukan kalau ada hasrat lain.

"Papa panggil Annie lagi ni kenapa?" malas sahaja nada suaranya ketika berbicara.

Howard mendongak dari buku yang dibaca. Lama dia menatap wajah anak kesayangannya itu. Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh namun malang sekali.. malang..

"Papa dapat tahu berita ni semalam. Perempuan tu dah kembali semula ke bandar ni." Howard serius ketika bersuara.

Annie tersentak.

"Papa.. maksud Papa.." nada suaranya bergetar.

Howard mengangguk. "Papa rasa dia tentu nak tuntut semula apa yang dia gelar miliknya. Perempuan tu memang tak tahu nak putus asa sejak dulu lagi. Papa dah uruskan pertukaran sekolah budak tu. Susah la kalau mereka berdua bertemu."

Annie mengetap bibirnya, geram, namun dia segera sorokkan segala emosi.

"Annie.. walau apa pun terjadi, kita mesti menang dengan perang kali ni. Perang yang bakal meletus tak lama lagi, keluarga kita tak boleh kalah. Bangsawan dan aristokrat yang lain sudah banyak yang menyokong kita. Negara ini perlukan pemerintah yang mampu membawa revolusi baru." suara Howard semakin perlahan.

Annie tidak menjawab sebaliknya dia terus keluar dari bilik tersebut. Terkejut dengan kelibat Chris yang menyergah Annie secara tiba-tiba, gadis itu jatuh terduduk. Chris terkedu. Salah dia kah kerana mengejutkan cik muda Annie?

"Cik muda.. tak apa-apa?" lembut Chris bersuara sambil menunduk untuk membantu Annie bangun. Rasa bersalah pula.

Pap!

Tangan Chris ditepis kasar. Annie yang juga terkejut dengan tindakan luar kawalnya itu terdiam. Chris merenung Annie yang sedikit menggigil. Apa yang berlaku dalam bilik tadi?

"Tak ada apa. Jangan risau." Annie bersuara tanpa riak. Dia lantas berdiri dan cepat-cepat berlalu pergi dari situ.

Annie segera pulang ke kamarnya semula. Lama dia berdiri di dalam biliknya selepas menutup pintu. Suara lama yang ingin dia ingin lupakan kini terngiang-ngiang kembali di telinga.

Golden Dust [Revised Ver]Where stories live. Discover now