🌻BAB 2🌻

8.6K 374 6
                                    

"TAK guna punya budak sekolah. Ikut hati aku nak aje aku tampar muka handsome dia tu laju-laju. Handsome pun buat apa kalau perangai berlagak nak mampus. Kalau aku jumpa dia sekali lagi memang siaplah. Tak reti hormat orang tua langsung." Bebelku sambil menanggalkan selipar dan terus melangkah masuk ke dalam rumah. 

          Bilik ibu menjadi tujuan. Tidak sabar mahu mengadu. Tombol pintu bilik dipulas. Kemudian, pintu dibuka. "Ibu! Ibu takkan percaya apa yang berlaku dekat-" Bicaraku terhenti saat  melihat ibu yang sedang memasukkan pakaiannya ke dalam sebuah beg bersaiz besar. 

        "Ibu nak pergi mana ni?" Aku mula panik. Ibu segera dirapati.

        Ibu menoleh padaku sekilas sebelum menyambung kembali perbuatannya. "Ibu nak pergi dari sini, Ibu tak nak duduk rumah ni lagi, Irine. Ibu dah tak sanggup lagi nak hidup serumah dengan abang kamu."

        "Abang? Abang Eddy ada balik ke tadi?" 

         Kepala ibu anggukkan. "Dia dah jauh berubah. Tadi dia ada minta duit dengan ibu dan bila ibu tak bagi dia.." Ibu mengesat airmata yang tiba-tiba mengalir dengan hujung lengan bajunya. "Dia pukul ibu."

         Aku terkedu. Wajah ibu disentuh lembut dan dapat aku melihat kesan merah pada pipi ibu. Gigi diketap kuat. Kenapa abang Eddy sanggup buat ibu macam ni?

       "Habis ibu nak pergi mana sekarang? Kita pergi sama-sama ya? Irine akan ikut ke mana pun ibu nak pergi." 

        Tanganku yang berada di pipinya diraih. "Tak. Irine tak boleh ikut ibu. Irine kena teruskan belajar."

        "Itu tak penting. Yang penting sekarang ni ibu. Irine boleh belajar dekat tempat lain. Lagipun, kalau bukan dengan ibu dengan siapa lagi Irine nak tinggal."

        "Dengan aunty." 

         Aku tersentak. Kepala terus dipalingkan ke arah pintu. Memandang seorang wanita yang entah sejak bila berdiri di situ. Engku Heliza.

        "Engku Heliza?"  Ibu kepada sahabat baikku, Tengku Hannah dipandang dengan hairan. "Engku Heliza buat apa dekat sini?"

        "Ibu yang call Engku Heliza supaya datang."

         Aku menoleh pada ibu semula. "Tak..ibu takkan pergi tanpa Irine kan?" 

         Please say no.

         Ibu mengosok kepalaku dengan mata yang berair. "Irine...maafkan ibu tapi Irine ikutlah Engku Heliza dulu untuk sementara waktu. Kehidupan Irine akan lebih terjamin. Abang Irine takkan dapat cari Irine dekat sana. Bila keadaan dah tenang nanti ibu akan kembali pada Irine."

         Aku mendiamkan diri. Tidak bersetuju dengan rancangan ibu tapi melihat wajah keruhnya aku menjadi buntu. Mungkin ibu terkejut dengan abang Eddy. Walaupun abang Eddy selalu mengamuk tapi ini kali pertama dia 'naik tangan' pada ibu.

         "Irine..". Engku Heliza menghampiriku. "Untuk sementara ni, Irine tinggal dulu dengan aunty. Aunty  pun sebenarnya perlukan pertolongan Irine."

        Aku mengeluh panjang. Kedua wanita di hadapanku dipandang silih-berganti sebelum pandanganku terhenti pada ibu.

        "Janji dengan Irine yang ibu takkan tinggalkan Irine lama-lama. Ibu akan kembali pada Irine semula."




TENGKU Hannah yang sedang berdiri berdekatan dengan pintu peti sejuk sambil meneguk air mineral aku hampiri lalu belakangnya ditepuk kuat menyebabkan dia terus tersedak dengan perbuatanku. "Uhuk! Uhuk! What the he- Irine?" Membulat matanya sebaik sahaja tubuhnya dipusingkan ke belakang.

EMRYS HARRYWhere stories live. Discover now