Satu senyuman terukir pada wajahku. Manik-manik jernih mengalir di pipiku. Lehernya aku paut, memeluknya dengan erat.

This is the best birthday present ever,” ujarku perlahan. “Thanks.” Dia tersenyum sambil membelai rambut aku.

“Jumpa malam ni,” katanya, mengingatkan aku tentang janji temu kami. Senyuman aku makin melebar. “Anyeong,” ucapnya sebelum melangkah ke kondominiumnya.

I can’t wait to make memories with KyungSoo… I want to fill this etire album!’ detik hatiku. Album gambar itu aku peluk erat.

。。。

“MACAM mana sekolah?” tanya omma sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di sebelahnya.

“Bosan,” jawabku. “Tapi Kyungie bagi ni!” Aku menunjukkan album gambar itu kepada omma. Omma mengambil album gambar itu daripada aku. Halaman demi halaman omma buka. Reaksinya sama seperti aku sebentar tadi.

“Kosong?” Akhirnya soalan itu terpantul dari mulut omma. Aku mengangguk sambil ketawa perlahan.

“YooAh akan penuhkan dengan gambar-gambar kenangan YooAh dengan Kyungie sepanjang hidup kami bersama!” Mata aku bersinar dengan keterujaan memikirkan aku dan Kyungie akan hidup bersama sampai akhir hayat kami.

Omma tersenyum kelat. Rambutku dibelai perlahan. Sinar matanya tak seperti selalu. “KyungSoo memang lelaki yang baik,” ujarnya perlahan. Namun, aku boleh menangkap nada sedih dalam ucapan itu.

Omma, is it something wrong?” soalku. Tiada lagi keterujaan yang aku rasa sebentar tadi.

Wajahku dipandang sayu, “YooAh ingat tak doktor ada ambil darah masa YooAh masuk wad hari tu?”

“Ya…” balasku lemah.

Omma menutup matanya. Tangannya mengeletar. “Doktor kata kamu ada… kamu ada… leukemia,” luah omma. Nada sedih terselit dalam tutur katanya. “Doktor jangka hayat kamu… sampai hujung tahun ni.”

Air mata menuruni pipiku. Jantungku seakan-akan tak berdegup lagi. “Tak! Tak mungkin! Ini… ini semua tak betul!”

I’m sorry YooAh. I’m sorry.” Omma memelukku. “My baby girl…

“Siapa lagi yang tahu?” tanyaku.

“Keluarga kita saja,” jawab omma. “YooAh nak omma bagitahu KyungSoo?”

“Tak!” balasku, separuh menjerit. “Jangan bagitahu dia. YooAh tak nak dia tahu.”

“Dia kena tahu. Lagi cepat lagi baik,” ujar omma.

“YooAh akan jumpa dia malam ni. YooAh akan bagitahu dia nanti,” kata aku lalu menghilangkan diri ke dalam bilik.

Kosong.

Fikiran aku kosong.

Aku tidak tahu apa yang patut aku buat.

Pandanganku jatuh pada album gambar yang sedang aku pegang. Air mata semakin laju menuruni pipi. KyungSoo, macam mana kita nak cipta kenangan bersama sekarang?

Tuk!

Tuk!

Air mata aku seka apabila mendengar pintu bilik diketuk. Pintu itu dibuka perlahan, bagaikan tidak mahu mengganggu aku.

Jagiya…

Bulat mata aku mendengar suara itu. Tubuh, aku pusing membelakanginya yang sedang berdiri di pintu untuk menyembunyikan wajah sedihku.

Our Love MemoryWhere stories live. Discover now