" Ermmm, pergi lah. Tapi ingat, jangan balik lewat sangat. Besok kamu kerja.kamu pergi dengan apa nih?" Soal Doto' Ridzhuan kembali.

"Dengan moto daddy." Shahmien mengangkat anak kunci motosikal berkuasa tinggi miliknya kepada Datok' Ridzhuan.

" Takpe larh.Jangan bawa laju sangat.pergi elok-elok." Usai Dato' Ridzhuan menghabiskan kata, Shahmien terus mendapatkan tangan bapanya lalu menyalaminya dengan penuh adab.

Setelah selesai memberi salam dan salamnya dibalas, Shahmien terus keluar dan menuju ke arah motosikal berkuasa tinggi R One miliknya yang dihadiahkan oleh orang tuanya kerana mendapat 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beberala tahun yang lepas.

Motosikal berkuasa tinggi R One itu merupakan peneman sejatinya. Shahmien akan menunggang motosikal tersebut sekiranya dia lagi ditimpa masalah. Hanya dengan menunggang motosikalnya sahaja mampu membuatkan dia berasa tenang selain daripada menunaikan fardu solat.
******************************
"Kau dah kenapa? Muka macam hilang bini je. Kenapa, bini kau ceraikan kau ke?" Terbahak-bahak Zack menghamburkan tawa. Mau ke tidaknya, sesampai saja Shahmien Aiman di rumahnya, wajah yang kusut masai dihadiahkan buat tatapan matanya.

"Banyak la kau, hilang bini apanya. Ni namanya bini nak datang la, nih yang serabut macam ni nih."Satu pukulan dihadiahkan buat Zack di bahu.

"Bini nak datang? Bini mana pulak kau nih? Kau tak kahwin lagi kan? Kau jangan cakap yang kau dah kahwin tapi saja nak rahsiakan daripada aku? Kau jangan Shah."Sengal di bahu akibat pukulan dari Shahmien digosok perlahan.

"Apa benda la kau nih? Bila masa pulak aku kahwin? Maksud aku, aku bakal kahwin." ' eh, betul ke aku bakal kahwin dengan perempuan pilihan daddy tuh!?Huh, sudah'.usai menghabiskan kata, Shahmien berbicara sendiri. Mungkin kaget dengan apa yang diluahkan oleh mulut sendiri.

"What! Kau bakal kahwin!? Wait wait wait. Kau biar betul? Kau nak kahwin. Jap, kau betul ke tak nih?" Seakan mendengar sesuatu yang menakjubkan, Zack seakan tidak percaya dengan apa yang telah dimamah oleh gegendang telinga itu.

"Kau ni dah kenapa? Aku nak kahwin je pun, bukannya aku nak pergi ke bulan. Yang kau ni over sangat asal?" Sekali lagi penumpuk Shahmien singgah di bahu Zack. Walaupun perlahan, tetapi agak sengal.

"Tak de laaa. Dulu kau sendiri yang kata, kau tak nak kahwin. Bagi kau perempuan ni manyusahkan kaum lelaki je. Sekarang, wapacita bro? Bidadari dari kanyangan turun ke?" Kali ini giliran Zack pula yang menghadiahkan tumbukan di bahu Shahmien.

"Banyak la kau punya bidadari.aduyaiii. serabut aaa"Seperti kebiasaannya, Shahmien meramas-ramas rambutnya. Terserlah keserabutan yang dialaminya.

"Orang kata kalau kita nak kahwin nih selalu tersenyum, gembira, bahagia. Tapi aku tengok kau nih serabut semacam je kenapa? Ada apa-apa yang tak kena ke? Kongsi la, mana tau aku boleh tolong?" Rimas Zack melihat Shahmien yang persis orang mati bini sedangkan sahabatnya itu kahwin pun belum lagi.

"Kau ingat aku boleh ke bahagia bila aku kena kahwin dengan perempuan yang aku sendiri tak kenal. Cinta? lagi la tak." Soal Shahmien serious.

"Macam banyak benda je yang aku terlepas nih. Cer kau story sikit bagi aku faham. Serious bro aku blur." Zack mula membetulkan posisinya agar lebih selesa untuk mendengar kisah sebenar.

"Daddy aku, dia suruh aku kahwin dengan anak kepada kawan baik dia. Kau fikir tengok, aku sendiri tak pernah bersua muka dengan perempuan tuh, tetiba nak kena kahwin dengan dia? Memang tak logik la kan? Macam mana kalau perempuan tuh cacat ke, tak berapa betul ke, naya aku weyh." Itulah sebab musabab yang membuatkan Shahmien serba tidak kena untuk menerima permintaan Doto' Ridzhuan.

"Isshhh kau nih, cuba lah fikir bagi logik akal sikit. Mustahil daddy kau nak kau kahwin dengan perempuan yang macam tuh. Rosak nama syarikat kau tuh. Kau bayangkan eeaa? CEO kepada Shah's Holding diijab kabul dengan seorang gadis cacat.Mustahil..mustahil."Zack seakan mahu ketawa besar apabila mendengar kebimbangan sahabatnya mengenai gadis yang ingin disatukan oleh Datin Maria dan Dato' Ridzhuan kapadanya.

"Mana tau. Daddy aku tuh, kalau hati dah bekenan botol kicap dengan botol cuka pun dah tak kenal. Akhirnya, siapa yang nak kena rasa masam masinya? Aku jugak." Shahmien masih lagi dengan kebimbangannya.

" Tak de lahh. Aku yakin, daddy kau pasti akan cari perempuan yang terbaik untuk jadi menantu dia. Tapi, kalu apa yang kau risaukan tuh jadi nyata, aku sebagai kawan hanya mampu ucap takziah je lah. Hahaha." Meletus terus ketawa yang ditahan-tahan. Geli hati apabila membayangkan sahabatnya bakal dinikahi dengan seorang gadis cacat.

"Aku datang sini nak ringankan beban aku, bukan menambahkan beban yang sedia ada. Kalau macam nih, aku blah dulu aaa. Ada member pun bukan boleh pakai." Akhirnya berjaya juga Zack menekan punat kemarahan di hati Shahmien.

"Chill bro, aku gurau je. Tak payah la sentap sangat." Ilai tawanya terus mati setelah melihat kedinginan diwajah Shahmien." Macam nih, apa kata kau jumpa dulu dengan perempuan tuh. Then, baru kau ambik keputusan. Kalau betul dia cacat atau tak kena dengan citarasa kau, kau cuba slow talk dengan parents kau. Mana la tau, parents kau faham denagn situasi kau." Nasihat Zack kepada Shahmien.

Tiba-tiba saja bibir Shahmien mengukir senyuman. "Bagus ideal kau." Ucap Shahmien singkat sementara bibirnya tidak lekang dengan senyuman.

"Well, Ini Zack la. Hero malaya siot. Anak kepada Dato' Malik. Mesti aaa pandai."Zack kembang.

"Tapi ideal kau tuh tak cukup power. Aku ada ideal yang lagi power." Shahmien mula menayangkan muka bijaknya.

"Apa." Soal Zack sepatah.

" kau yang jumpa dengan perempuan tuh." Sebelah keningnya diangkat sambil menayangkan senyum penuh makna.

"Huisshh! Kau gila ke apa? Asal aku pulak yang nak kena jumpa dengan dia? Bukan aku yang kena kahwin dengan dia." Zack terbangun daripada posisinya yang menyandar menjadi tegak. Sungguh dia kaget dengan ideal gila Shahmien.

"Alaa, kau jumpa ja dia. Aku nak tengok macam mana muka dia. Ciri-ciri dia. Yang penting, aku nak buat bagi kau nampak lain dari yang lain. Then aku nak tengok, dia terima aku atas dasar apa? Harta atau rupa?" Senyuman jahat mula bertakhta di bibir.

"Kau betul ke nih?" Soal Zack tidak percaya.

"Betul la. Tolang la bro. Kata member. Nih member kau susah, tolong aa." Pujuk Shahmien penuh harap.

" Kalau daddy dengan mummy kau marah?"

"Dia orang tak akan tau kalau kau tak bagi tau."

 ISTERIKU CIK BURUNG HANTU ✔Onde histórias criam vida. Descubra agora