#SAT-1

43.2K 1.7K 20
                                    



"Keluar dari pejabat aku sekarang! Aku tak perlukan pekerja yang bodoh macam kau ni! Mulai dari hari ni aku pecat kau!"

"Tolong tuan, jangan pecat saya. Keluarga saya macam mana? Kalau saya tak kerja anak anak saya nak makan apa? Macam mana mereka nak bersekolah. Tolonglah tuan. Saya merayu.." Si pekerja itu sudah melutut di kaki Afkar.

'Huh! Dasar pengemis.' Gumam si Afkar dalam hati.

"Eh kisah apa aku keluarga kau kebulur ke apa ke. Kisah pulak aku.! Lantak korang lah nak merempat tepi jalan ke bawah jambatan ke.. Bukan hal aku. Pasal anak anak kau tak sekolah tu lantak kau lah! Biar anak kau tu bodoh sama macam kau." Kasar sekali kata kata yang keluar dari mulut si Afkar itu..

Akhirnya si pekerja yang melutut tadi, terus bangun dari melutut dan bergerak pergi dengan airmata di matanya.

Kesian.

"Saya harap suatu hari nanti Allah tunjukkan tuan siapa yang paling berkuasa di bumi ini. Waktu tu baru tuan tahu langit tu tinggi ke rendah. Saya berdoa supaya Allah bukakan pintu hati tuan tu.. Assalamualaikum. " kata si pekerja sebelum berlalu pergi.

Afkar kembali duduk di mejanya sambil tersenyum sinis.

'Tuhan?'
Huh!

'Doakan aku?'

'Dia siapa nak doakan aku? Dia siapa nak nasihatkan aku? Dia siapa nak ceramah kan aku?'

'Dia bukan siapa siapa. Hanya sekadar kuli yang hina.. Huh.'



Sedang asyik Afkar mengelamun , pintu biliknya dibuka.


"Woi!" Sergah seseorang.

"Kau ni memang tak reti nak ketuk pintu eh?" Soal Afkar geram.

Lelaki itu hanya tersenyum sumbing lalu mengambil tempat di depan Afkar.

"Alaaa macam tak biasa aku tak ketuk pintu bilik kau. Ni asal ni? Badmood ja aku tengok.."

"Pekerja aku lah qib cam bodo je.. Kerja senang pun tak boleh buat.. Aku angin aku pecat ah dia. Pastu an , boleh pulak dia nak doakan aku biar Allah bukak pintu hati aku. Huh! Gila."

Menggeleng kepala Naquib mendengar kata kata kawannya itu.

"Ish kau ni Af, kau tak boleh macam tu weh. Sepatutnya kau bersyukur tau dia nak doakan kau.."

"Dah?! Yang kau datang sini pehal bodoh? Nak ceramah kan aku ke apa?" Soal Afkar tak puas hati.

"Ala chill ah weh. Aku datang ni nak minta tolong kau.." Kata Naquib dengan bersungguh.

"Tolong apa pulak kau ni, ? Tolong sponsor hospital kau tu? Ke tolong apa?"

Naquib teragak agak untuk memulakan bicara.
"Em em em aku nak kau jumpa doktor baru hospital aku boleh? Cantik weh.. Boleh tak?"

Afkar sudah berkerut mukanya cuba merencanakan kata kata Naquib itu.

"Blah ah weh! Kan aku dah cakap aku tak sakit! Aku taknak jumpa doktor tu! Tak kisah lah cantik ke tak, aku tak nak!" Bentak Afkar .

"Hmm please Af. Kau sayang aku kan? Kau kawan aku kan, aku bukan apa, aku nak kau jumpa dia je.. Pleaseeee. Kalau kau taknak buat rawatan takpa.. Aku tak kisah.. Aku pun taknak paksa kau." Kata Naquib separuh merayu.

'Aku kena pastikan dia berjumpa dengan Dhia. Hanya dia jaaa yang mampu menyelamatkan Afkar.. Aku yakin.' Gumam Naquib dalam hati.

Afkar sudah mengeluh berat.

"Hmm oke. Kali ni ja.. Lainkali aku taknak dah! Dah tu ja?"

Naquib sudah tersenyum kepuasan.
Akhirnya..

"Yes! Ni aku sayang kau ni. Aku tahu kau takkan hampakan aku.. Thanks weh. Nanti aku bagitahu dia kau akan jumpa dia hari Isnin ni okey?." Kata Naquib .

Afkar hanya buat muka menyampah.

"Pape jelaa Quib."





****

Sudah Aku TahuWhere stories live. Discover now