31 (Last Chapt)

7.8K 431 49
                                    

Selepas sembilan bulan berlalu keadaan di dorm Jungkook semakin berubah terutamanya Jungkook. Sejak Xyiu melangkah keluar dari Prince College, Jungkook menjadi semakin pendiam. Jika ditanya pelbagai soalan bertubi-tubi mengapa, pasti jawapannya hanya sepatah sahaja.

Myungsoo dan Jhope yang faham akan perasaan Jungkook itu sentiasa memberi sokongan walaupun Jungkook tidak pernah beriaksi mahupun menyampuk walaupun sepatah.

Bunyi loceng yang menandakan waktu belajar sudah habis bergema satu kolej itu.

" So...kau orang? Petang nanti kita game nak tak? ", Tanya Wei yang sudah menanti kawan-kawannya di luar kelas Jungkook itu.

" Game dekat mana? ", Tanya Ooon lalu memandang Wei.

" Kita main bowling? ", Jackson terus menyampuk lalu mengangkat kening kanannya ke arah Top dan Daehyun.

" Bowling? Asyik-asyik bowling je! Naik muak pulak aku nak main. ", Ujar Eun Woo lalu memaut bahu Luhan.

" Betul tu! Fikirlah game lain? ", Tanya Myungsoo yang mula berjalan ditepi Jimin itu.

" Kalau kita main bola sepak? ", Soal Jimin.

Daehyun yang berjalan dibelakang Jimin itu terus bersuara, " Kalau macam tu...apa kata kita jalan-jalan je dekat mall? Lagi pun aku yakin guard akan bagi. Alah apa salahnya? Tak lama lagi kita dah nak graduate, mesti rare nak lepak macam ni selalu kan? ", Mereka hanya mengangguk mendengarkan cadangan Daehyun.

" Alang-alang tu kan, apa kata kita tengok wayang terus? ", Tanya Wei yang teruja itu.

" Alright! ", Ujar Top dan Jackson serentak.

Myungsoo yang berjalan disebelah Taehyung itu terus berhenti, " Wait guys! Kita nak pergi pukul berapa? ", Tanya Myungsoo.

" Alah macam biasalah. ", Balas Taehyung sambil memepuk belakang Myungsoo.

" Kau orang pergi dulu ya? Aku terlupa nak ambil buku nota aku. See kau orang dekat dorm! ", Sambung Taehyung lalu berlari ke tempat yang dia pasti kawan karibnya itu berada.

Yang lain hanya mengangguk sahaja lalu berjalan meninggalkan Taehyung itu.

***

" Woi Nilla! Kau ada tak apa-apa yang boleh aku buat untuk kerja seni aku nanti? ", Tanya Sujeong lalu duduk dihadapan Nilla di meja bawah pokok tidak jauh dari kelas mereka.

" Kerja seni apa untuk projek kau kali ni? ", Tanya Nilla lalu meneguk sedikit air mineral yang bersisa itu.

" Kali ni aku kena buat maskot untuk kolej kita time graduate nanti. ", Balas Sujeong.

" Tema apa kolej kita nak? ", Tanya Eunji lalu mengambil tempat duduk disebelah Dahyun yang setia duduk disebelah Nilla sejak tadi. Sujeong menongkat dagunya lalu mengangkat bahunya.

" Aku pun takde idea dah sekarang ni. ", Balas Sujeong lalu melepaskan keluhan kecil.

" Hey guys! Bincangkan apa? ", Tanya Hanna yang datang dengan Naddee sambil membawa kotak yang sederhana besar.

" Oh hey! Kau orang bawak apa tu? ", Tanya Sujeong yang melihat kearah kotak yang dipegang oleh Naddee dan Hanna itu.

" Oh ni ke? Ni barang-barang untuk kau buat maskot sekolah. Dont worry, sebab aku dengan Hanna akan tolong kau nanti. ", Ujar Naddee lalu tersenyum manis kearah Sujeong.

" Ha bagus jugak tu! Sebab aku pun takde bahan nak bagi. ", Sampuk Nilla.

" So kau nak buat bila maskot tu, Sujeong? ", Tanya Dahyun yang sedari tadi tidak banyak cakap seperti selalu.

A Girl In My Dorm || jjkWhere stories live. Discover now