02

9.5K 448 16
                                    

" Habes kau ingat nama boxer kau? ",Aku membalas balik dan seketika satu kelas diam membisu. Kenapa?... aku terlepas cakap ke?

" Beraninya budak baru ni. "

" Dia tak kenal lagi Jungkook. "

" Habislah dia. "

" Lebam lah muka dia nanti. "

Aku terdengar bisikan-bisikan disekelilingku. Kenapa? Aku dah terlepas cakap benda yang salah ke? Aku memandang kearah Jungkook yang memandang tajam ke arahku. Aku menelan air liurku yang terasa pahit. Matilah aku. Terasa jantungku berdegup dengan kencang. Untuk seketika aku terdengar tepukan dari arah belakang. Aku menolah ke belakang dan melihat Taehyung datang ke arahku sambil menepuk tangannya. Apa semua ni? Aku boleh naik gila dibuatnya.

" Good boy, Xyiu! ", Taehyung datang dekat kepadaku sementara aku masih lagi terpinga-pinga dengan apa yang berlaku. Macam aku kalahkan ahli gusti pun ada!

" Chill guys, tak payah lah nak kecoh sangat. By the way,Xyiu. Awak janganlah risau dengan dia orang ni."

" Kau cakap saya-awak dengan budak baru ni? Lelaki kut. Gay ke? ", Salah seorang daripada pelajar yang sedang duduk di atas meja ditepi tingkap menyampuk.

" Takde lah, aku cuma.... ", Taehyung melihat ke arahku, sebelum dia sempat untuk menyambung ayatnya, seseorang membuka pintu dan menyebabkan semua pelajar di dalam kelas mengambil tempat masing-masing.

Aku mengambil tempat dudukku di sebelah kanan Jungkook. Aku mengerling sekilas ke arahnya sebelum menaik kerusi untuk duduk.

" Kau lembap sangat nak duduk kenapa? ", Dengan sombongnya dia bertanya kepadaku. Susahkan kau ke mamat biskut? Bagus sangatlah nama kau Jungkook, dah macam kookie dah. Dia memang ke hadapan.

" Sedap mengutuk aku? Perisa apa ada? ", Dia mengeluarkan buku di bawah mejanya sebelum aku sempat membalas kata-katanya ada suara menyampuk.

" Pelajar yang dekat sebelah Jungkook tu tak nak bagitahu nama ke dekat saya? ", Aku memandang ke arah cikgu lelaki yang berdiri berdekatan dengan mejanya. Aku yang belum duduk, berdiri tegak sebelum menundukkan sedikit badanku.

" Saya Xyiu. Pelajar baru di kolej ini. ", Aku memperkenalkan diriku dengan ringkas sahaja.

" Muka awak macam perempuanlah. Nevermind, silakan duduk. Okey class, kita akan buat pop kuiz yang telah kita ulang kaji minggu lepas. ", Lagi? Hari-hari kalau ayat yang sama, memang naik muak aku dibuatnya.

***

" Macam mana kelas tadi? Jungkook ada buat hal ke dengan awak ? ", Aku disapa oleh Taehyung yang datang ke mejaku sambil meletakkan dulang yang berisi makanan tengah harinya dan mengambil tempat berhadapan denganku. Belum sempat aku hendak membalas kata-katanya, terdengar bunyi deringan dari poket seluarnya. Taehyung menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan telefonnya untuk melihat pemanggil. Terdengar keluhan berat darinya.

" Kenapa tak angkat? ", Aku menyoal Taehyung yang kelihatan teragak-agak untuk mengakatnya. Siapa pemanggil tu? Girlfriend dia ke? Aku menyambung mengunyah sisa nasi didalam dulangku.

" Ye? ", " Saya sibuk lah", " Go to go, bye ",

Aku berhenti menguyah apabila terdengar perbualan dingin daripada Taehyung. Taehyung mehempas telefonnya di atas meja lalu mengambil chopsticknya dengan kasar dan mengambil makanan di dalam dulangnya dengan rakus. Untuk seketika hanya kedengaran bising di sekeliling kami sahaja. Aku menundukkan kepalaku dan menyambung suapan, tidak berani untuk bercakap. Kang tak pasal-pas ada yang kene tengking.

A Girl In My Dorm || jjkWhere stories live. Discover now