24

4.4K 248 27
                                    

" Kaho...na pyar hai... ", Tiba-tiba lagu itu melintasi dirinya dari arah depan pula. Kaki eunji berhenti daripada melangkah apabila terdengar lagu itu lagi.

" Dah kenapa? ", Eunji membuka kain yang diikat dimatanya lalu memandang kearah belakang.

" AGHHH!! EUNJI!! LARI!! ADA HANTU HINDUSTAN!! ", Jerit perempuan itu lalu melompat naik keatas belakang Eunji.

" Kau kenapa tiba-tiba naik atas aku?! ", Marah Eunji. Tetapi untuk seketika hantu yang dimaksudkan oleh perempuan itu melepasi mereka lagi dengan nafas yang tercungap-cungap lalu berhenti sebentar disebelah mereka.

Mata Eunji dan perempuan itu membulat apabila hantu itu betul-betul disebelah mereka.

" AGHHHH!!! WENDYY!!! HANTUU!! ", Jerit Eunji lalu membuka langkah kuda-kuda untuk berlari meninggalkan hantu itu yang tidak ubah seperti hantu yang tidak terurus sahaja. Siap dikepong lagi. Lagu hindustan yang bingit itu juga tiba-tiba menakutkan mereka walhal itu hanyalah lagu hindustan yang sangat popular.

" Sabar! Sabar Eunji! Wendy! Kami cuma nak mintak powerband. Ada tak? ", Tanya Daehyun yang tercungap-cungap itu.

Wendy dan Eunji tergamam seketika. " Kejadah kau?! Buat apa nak bawak powerband masuk dalam hutan?! ", Tengking Wendy dengan marah.

" Oooh... takde ek? Takpelah, kita orang mintak dengan orang belakang sana lagi lah. ", Ujar Jhope lalu memandang seseorang dibelekang mereka.

" Bro ade power.....pocong!!!!!! ", Jerit Jhope.

" AGHHHH!!!!! ", Sekali lagi hutan itu gema dengan jeritan ketakutan. Eunji memegang erat Wendy lalu berlari sepantas kilat meninggalkan Daehyun dan Jhope yang masih menjerit itu.

" Seharum bunga...yang menggoda... "

" Kepada kau pasang lagu tu, Daehyun?!!!! ", Jerit Jhope lalu membuka langkah kuda-kudanya.

" Baru kena dengan situasi bro. ", Ujar Daehyun menguatkan lagi volume lagu dari cerita pontianak itu.

***

" Seindah bunga di hutan. "

" Bak bukit yang megah. Sentiasa ku lihat. "

" Bahagia kita berdua. Lalalaa... "

Luhan dan Top menyanyi-nyanyi dengan tangan yang dipegang lalu menghayun kedepan dan kebelakang sambil melompat-lompat.

" Eh! Sekejap! Sekejap! Kau dengar tak suara siapa tu? ", Tanya Luhan lalu berhenti.

" Aku tak dengar apa-apa pun? ", Tanya Top.

" Cuba kau dengar baik-baik. ", Ujar Luhan dengan bersungguh-sungguh membuatkan suasana hening seketika.

" Tu bukan ke suara orang sedang menangis? ", Tanya Top.

" Kat belakang pokok tu. Jom kita pergi sana! ", Luhan mula menapak ke arah pokok yang ditunjukkan itu.

" Kau gila?! "

" What? Are you scared Top? Are you afraid? Dah cepat! "

Dengan lambat-lambat Top dan Luhan berjalan menuju ke arah pokok besar yang tidak jauh dari mereka itu. Semakin mereka hampir ke arah pokok itu, semakin jelas tangisan itu. Top menyorok di belakang Luhan dengan wajah yang sudah pucat. Bulu roma usah cakap. Masing-masing sudah berdiri tegak kerana berasa seriau dengan suara tangisan yang menjadi-jadi itu.

A Girl In My Dorm || jjkWhere stories live. Discover now