12

5.8K 316 23
                                    

Aku hanya tersenyum apabila memandang kearah Jungkook,Jimin dan Myungsoo yang memakai pakaian waitress saparas paha itu. Jungkook memakai pakaian waitress berwarna kuning, Jimin pula memakai pakaian waitress berwarna merah jambu manakala Myungsoo memakai pakaian waitress berwarna hitam dan putih.

" Kau lah ni Jimin! Ada ke patut buat denda macam ni?! ", Marah Jungkook yang berjalan perlahan-lahan di belakang Jimin sambil menutup wajahnya dengan kedua telapak tangannya.

" Tu lah pasal! ", Tambah Myungsoo.

" Alah! Kita kena jadi waitress sekejap je pun. Sabarlah! ", Gerutu Jimin dalam nada geram.

" Emm, Cik Merah Jambu saya nak order lunch untuk lima orang ya. ", Ujar Taehyung dalam nada perlian. Jhope dan Mickie sudah terbahak-bahak ketawakan Jimin.

" Puan Biskut Kuning, saya nak order lunch untuk empat orang ya. Tolong cepat ya. ", Kedengaran Jhope membuat pesanan. Aku melihat ke arah meja Jhope yang langsung tidak boleh berjauhan dengan Naddee. Manakala Eun Woo bersama dengan Hanna.

" Untuk Nenek Hitam Putih tu, kami semua nak order air jus epal ye, tolong buatkan fresh gitu. ", Mickie membuat pesanan untuk air pula. Sekali lagi kedai kafe itu gamat dengan gelak tawa.

" Sabarlah! ", Ujar mereka bertiga serentak. Aku mengeluarkan telefonku lalu mengambil gambar Jungkook.

" Xyiu, jom bergambar? Say cheese... ", Ujar Mickie lalu merapatkan badannya denganku. Aku tersenyum apabila Mickie mengambil gambar kami dari kamera depan.

" Nilla, kau ambillah gambar dengan Taehyung! Duduk rapat biar aku tolong ambilkan. ", Ujar Mickie. Nilla dan Taehyung terkedu apabila mendengarkan arahan Mickie.

" Betul tu! Taehyung, rapat lah dengan Nilla tu! ", Jhope menyampuk. Taehyung hanya mengeluh kecil lalu merapatkan kerusinya dekat dengan Nilla. Sementara Nilla hanya mampu menahan sahaja perasaan hatinya apabila mendengar keluhan Taehyung.

" Say cookieeee.. ", Ujar Daehyun yang duduk disebelah Mickie.

KLIK!

" Nice couple! ", Taehyung hanya tersenyum hambar mendengarkan Eun Woo.

" Makanan dah sampai wahai manusia yang kebulur. ", Ujar Jimin.

" Ada ke patut kau panggil kita orang manusia yang kebulur? ", Tanya Mickie geram.

***

" Xiumin, kau dah nak jumpa adik kau ke? ", Kyungsoo datang lalu menepuk lembut bahu Xiumin seraya tersenyum.

" Schedule kita masih lagi ketat. ", Xiumin mengeluh.

" Hari tu kita cuti, tapi kenapa kau tak pergi jumpa adik kau? ", Tanya Kyungsoo lalu melabuhkan punggungnya diatas sofa yang empuk itu.

" Hari tu dia orang masih lagi belum cuti. ", Balas Xiumin.

" Sabarlah Xiumin, kau dah call kan adik kau? ", Sampuk Sehun yang datang dengan junk foods lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa yang panjang.

" Kau belum tidur lagi? Esok kita ada konsert lagi. ", Tanya Kyungsoo.

" Aku tak rasa nak tidur. Si Baekhyun tak habis-habis berdengkur kuat. Ha Xiumin, jawablah soalan aku. ", Terang Sehun.

" Ha'ah, hari tu aku dah call. Tapi sekejap jelah. ", Jawab Xiumin.

" Hanna dah tahu kan siapa adik kau? ", Tanya Kyungsoo.

A Girl In My Dorm || jjkWhere stories live. Discover now