BACK HUG

972 69 5
                                    

stay at BAD BOY home
chapter12

Minre mengeliat lalu mengosok matanya. pelahan-pelahan matanya dibuka. Pagi dah ke? rasa macam tak nak pergi sekolah pun ada.

' WEI!!' Minre terkejut apabila melihat mark sedang menenungnya. siap sudah berpakaian sekolah. Semangat betul.

'bangun dah?' Tanya mark dengan suara serak basah yang mengoda. Tangannya membetulkan rambut depan Minre yang menutup mata.

minre mengangguk sambil tersenyum manis.

'give me morning kiss..' kata Minre dengan manja.

'ehh gatal! cepat bangun mandi! dah lambat!' kata mark lalu menjentik dahi Minre.

'ouch!! sakitlah! kau ni memang nak kenalah!' Minre cuba mencapai rambut mark tapi mark cepat mengelak.

'saya tunggu bawah.. cepat!' arah mark lalu pergi dari situ dengan gelak tawa. sakitnya hati!

MINRE keluar dari bilik selepas bersiap.

'Ehh!! kau buat Apa kat depan pintu ni!' marah Minre kerana terkejut. tadi kata tunggu bawah ni dia ada kat atas pulak.

mark mencium bibir Minre. Bukan setakat mencium tapi dia memasukkan sesuatu ke dalam mulut Minre.

'Apa ni?' Tanya Minre.

'morning kiss plus breakfast..' kata mark sambil tersengih.

'yark!! gelilah!!' rungut Minre tapi dia tetap mengunyah buah anggur di dalam mulutnya.

'jom..' kata mark sambil menuju ke tangga sambil makan anggur yang ada di tangannya.

'weh nak sikit.. sedap pulak anggur ni..' kata Minre sambil mengekori mark.

'kau nak Aku kiss kau lagi kan?' sakat mark.

'ehh! kau ni melampau lah!!' marah minre.

' kau lah melampau.. bagi sekali nak lebih pulak.. dah la semalam..' mark memandang Minre sambil tersenyum nakal.

'mark!! kau ni melebihlah! lagi sekali kau sebut perkara tu! siap kau!' marah Minre. Tak perlulah diungkit perkara lepas. buat malu je!

'okay okay..' kata mark sambil memasukkan sebiji anggur ke dalam mulut Minre. akhirnya Minre diam. Kenapa buah ni manis sangat? minre mencapai lagi sebiji buah di tangan mark lalu memakannya.

'dah la tuh!' marah mark.

'ala sikit pun tak boleh! Kedekut!!' marah Minre semula.

'Apa yang bising pagi-pagi ni?' tegur Hira apabila ternampak kelibatan mereka berdua dari tingkat bawah.

'entah minah ni! bising je pagi-pagi ni..' kata mark lalu mendapatkan mamanya.

'ehh kau tu yang buat hal pagi-pagi ni! kau salahkan Aku pulak!' marah Minre. Nasib baiklah ada Hira kalau tak Minre lanyak dah budak ni.

MINRE dan junior menuju ke arah kantin. Lama juga mereka tak berduaan macam ni. selalunya Jackson akan kacau mereka tak pun junior yang tak rehat.

'weh Jr.. kau nampak kemas je hari ni.. berseri-seri je kenapa?' Tanya Minre pelik.

'ehh kau ni perasan saja.. tengok ni..' junior menunjukkan cincin yang berada di jarinya.

'Cincin Apa tu?' Tanya Minre pelik.

'Aku pun ada barang couplelah weh.. kau ingat kau je ada? ' kata junior bangga. minre tersenyum melihat junior. rantai yang dipakai dipegang sambil tersengih.

'erm.. kau couple dengan siapa? ' Tanya Minre ingin tahu.

'perempuan yang sangat comel.. ' kata junior megah. Dah kenapa dengan junior ni.

[C] WBB || KinaArshad Where stories live. Discover now