chapter 2

1K 76 6
                                    


          MINRE duduk menghadap kerusi kosong di depannya. Dari tadi mereka menunggu anak pemilik rumah yang belum keluar dari biliknya. Dah la lapar. Lambat pulak dia ni.

"sorry mark lambat.. kenapa tak makan lagi? tunggu mark ke? tak pernah-pernah makan sekali.. terharunya.." kata mark lalu duduk di depan Minre. Muka jongkook kelihatan sedikit bengis dengan sindirannya tadi.

"mark jangan risau.. nanti hari-hari kita makan bersama.. lepas ni papa mesti banyak masa kat rumah ni.." tambah Hira pula.

Bukan apa, mereka tak pernah makan sekali sejak mark kecil tapi Kali ni kerana seorang gadis suaminya berubah.

semua perbualan mereka tidak diendahkan oleh Minre. matanya masih tertumpu pada mark. ni kan lelaki di sekolah tadi!

'takkanlah.. takkanlah budak yang tak senonoh ni.. teruklah kalau macam ni..' kata Minre dalam hati.

"dah jom makan.." kata jongkook sakit hati.

mereka semua mula makan kecuali Minre yang masih berfikir. kehadirannya memang tak diterima disini. Terlalu banyak sindiran yang datang.

"kenapa kau pandang Aku ni.. kau dah suka Aku ke?" Tanya mark. soalan tersebut membuatkan semua orang terkejut dan berhenti makan.

Minre menahan malu. Hatinya juga membuak-buak rasa geram.

"tak lah.. aku cuma fikir kenapa kau tak sehandsome Pak cik.. " kata Minre selamba lalu memandang jongkook sambil tersenyum. Puas hati Minre!

"tak handsome?"mark tersenyum sinis.

Minre terus makan dengan selamba. Malas nak layan budak depannya ini.

"kamu berdua masih sama macam dulu.."kata Jongkook. kata-kata tersebut mengejutkan mereka berdua.

"masa kecil? maksud Pak cik?" Tanya Minre.

"Minre pernah tinggal dengan kitaorang masa kecil.. ." kata Hira

"buat sementara Minre tinggal dengan kami.. masa tu kamu berdua ni selalunya bergaduh. si mark ni nak berkawan dengan kamu tapi kamu tak nak.." kata jongkook.

"mark nak berkawan dengan dia? papa silap kot.. entah-entah dia yang nak kawan dengan mark. cuba papa ingat balik" kata mark tak puas hati.

"betul la mark.. kamu menangis sebab Minre tak nak kawan dengan kamu. kamu asyik salahkan mama sebab kamu dilahirkan sebagai lelaki.." kata hira.

"hahahahaha.. masa tu Minre tak nak kawan dengan kamu sebab kamu lelaki. selalunya dia berkawan dengan kamu tapi lepas dia ternampak 'barang' kamu.. dia terus tak nak!" kata jongkook sambil gelak.

''masa tu diorang main hujankan? lepas tu mark buka seluar depan Minre.. hahahah.. '' Hira turut ketawa. mark juga turut tersenyum apabila melihat mamanya ketawa. bukan senang nak tengok.

''kenapa Minre duduk sini? mana omma?'' Tanya Minre. Gelak tawa mereka terhenti. mark memandang Minre dengan geram. Tak nampak ke mamanya tengah happy? kenapa rosakkan?

''sebab omma.." kata-kata Hira di potong oleh jongkook.

''sebab omma Minre pergi lawatan kerja.. mana boleh bawa Minre..'' kata jongkook.

'ohh..' Minre mengangguk.

         MINRE berjalan di depan biliknya dan terus menuju ke beranda. Pintu beranda dibuka. Minre berdiri di pagar sambil termenung.

'omma tak lari tinggalkan Minrekan? omma cuma pergi lawatankan? omma tak terfikir macam tu kan?' kata Minre risau di dalam hati.

Tiba-tiba, Minre terasa ada seseorang memegang bahagian belakang koler bajunya lalu badannya ditolak ke depan.

[C] WBB || KinaArshad Where stories live. Discover now