Bab 21

816 30 0
                                    

26

Pada hari itu, akan berlangsunglah majlis pertunangan aku dan Shahril Hakim. Sejujurnya, aku langsung tak teruja dengan pertunangan ini. Sikit pun tak. Sebab aku tahu yang aku memang tak atau mungkin susah untuk merasa maksud bahagia dengan Shahril. Tapi rasa macam kejam kalau tak appreciate langsung effort dia.

"Anna, thanks!"

"Don't put hopes sky high. I need time."

"I know. That's why I just do this kind of attachments. Because for you, I tend to wait."

Semasa majlis pertunangan, Abang Farid datang sambil membawa anak kami. Mujurlah majlis pertunangan kat kampung ni hanya saudara terdekat je yang ada. Kalau tak mahu kecoh satu industri yang aku ni ada dua suami sebelum ni.

"Sia-sia kan abang tunggu selama ni..." Dia berkata ketika ada peluang kami sempat berduaan sebentar.

"Abang, ni semua bukan kehendak Anna okey. Dia yang plan semua benda ni. I know nothing."

"Anna ingat abang nak percaya lagi ke semua cakap-cakap Anna ni!? Abang menyesallah Anna ikut cakap Anna. Mana janji Anna semua tu dulu!? Abang tunggu Anna macam orang bodoh tau. Anna kata Anna nak masa. Okey, abang admit our divorce tu dulu semua salah abang. Kalau nak kata perkahwinan kita dulu tu pun satu kesalahan, abang terima. Masa tu, kita dua-dua budak lagi. Mentah, bodoh, tak tahu apa pasal dunia ni. Tapi takkanlah sekarang pun sama, Anna."

"Boleh tak bagi giliran Anna pulak yang cakap?"

Dia mendiamkan diri.

"Apa yang abang cakap tu semua betul, bang. Takde satu pun yang salah. Tapi pernah tak abang letak kaki abang dalam kasut Anna!? Pernah tak abang fikir betapa susahnya bila setiap keputusan yang abang nak buat akan ada akibatnya pada orang lain jugak?! Pernah tak abang fikir selama ni!?"

Dia diam lagi. Kali ini lebih lama.

"Abang nak kata Anna kejam, katalah. Anna dah penat bang. Anna cuma nak hidup macam Anna yang dulu. Anna yang semua orang suka tanpa sebab. Bukan Anna yang semua orang suka sebab dia buat benda yang orang lain nak."

"Jadi kenapa tak balik je dengan abang, Anna?"

"Abang, bukan Anna tak nak. Tapi kalau Anna balik dengan abang, semua cerita lama akan terungkit. Selama ni, peminat Anna tau hanya Dato' Khairul tulah suami Anna and Amir Zakwan tu satu-satunya anak Anna. No one knows about you and Amir Fazril, okay. And if they know, for sure dorang akan tuduh Anna ni macam-macam. Not enough with that, Anna mungkin akan hilang semua yang Anna ada sekarang ni."

"Enough, Anna. I'm so sick of your same old excuses. I just wish you happiness in your life. Bye!"

Aku hanya memandang Abang Farid membawa Amir Fazril pergi dari pandangan aku. Aku kemudian pergi ke bilik air.

Sampai bila aku hendak berada dalam keadaan begini. Sudah 8 tahun aku dipasung dalam keadaan sedemikian. Kalau benar dunia ini ada keadilan, mana buktinya!? Mana!?

Aku keluar daripada bilik air dan menuju ke arah orang ramai. Rata-rata tetamu sakan meraikan pertunangan aku. Sebenarnya masing-masing gila glamour. Anna Nicole punya majlis katako! Siapa tak meroyan nak pergi!?

"Anna, Shahril nak jumpa kat bawah." Kak Adrina datang memanggil aku bagi pihak Shahril.

Aku pun turun ke bawah rumah dan berjumpa dengan Shahril. Penasaran jugak aku sebab apa pulak tujuan mamat ni nak berjumpa dengan aku.

"Anna, kalau Anna tak suka, boleh tak cakap terus-terang? I don't like to play riddles, okay."

Ni seekor lagi! Aku tak cakap apa-apa pun okey! Apa masalah korang ni!?

"Ada Anna bagi any exact answers? Takde kan? Boleh tak jangan buat Anna macamni!? I'm not your ragdoll yang boleh dicampak ke mana-mana je, okey. I'm giving you a chance. Prove it!"

"Then kenapa Farid jumpa Anna tadi!?"

So kes cemburulah ni!? "Shahril, kita baru bertunang sejam lepas. Nak keluar muka depan ke yang kita bertunang sejam je!?" Aku dengan angkuh berkata lalu masuk semula ke dalam.

Sesungguhnya, pada usiaku 26 tahun itulah, tahun yang paling benci untuk kuhadap. Kadangkala, aku tertanya sendiri. Pernahkah wujud ketenangan dalam proses kehidupan???

Blondie MelayuWhere stories live. Discover now