Bab 10

1.1K 47 10
                                    

21 (1)

Bayiku kini dah berusia hampir setahun. Sudah boleh bertatih. Sudah boleh menyebut 'Ama, Apa' yang mungkin mama dan papa. Wajahnya memang seiras dengan aku masa kecil dulu. Kata orang, kalau anak lelaki ikut muka mama dia, anaknya itu seorang yang bersifat lembut. Bukan patah, okey!

Aku memanggilnya dengan panggilan Amir memandangkan nama anak-anak Abang Khai bermula dengan huruf A. Memang mulanya keliru jugalah sebab nama anak sulungku sendiri adalah Amir di hadapannya.

"Aidan sayang mama. Thanks mama sebab bagi kitorang lagi seorang adik." Aidanlah yang paling rapat dengan Amir. Setiap hari, selepas balik daripada sekolah, dia akan menghabiskan masa dengan Amir. Sampai aku sendiri naik risau dengan kerja sekolahnya.

"Buat homework dulu, Aidan. Kalau tak, mama report kat papa."

"Alah mama ni. Aidan nak main dengan adik kejap je. Lagipun, ni adik Aidan jugak."

"Bukannya mama tak bagi, tapi buat homework dulu. Nanti petang kamu pergi main bola. Waktu malam, dah penat. Mulalah bagi alasan dah penatlah bagai. Pergi buat homework."

"Hisy, mama ni kuat bebellah. Nanti cepat tua tau!" Dia mengusik aku dalam tawa.

Aku ingat dia naik ke bilik untuk mengulangkaji. Rupanya dibawanya turun buku dan dia study di sebelah adik tirinya itu. Anak tiriku yang seorang ni memang suka bagi aku geleng kepala seorang diri. Ada sahaja gelagatnya yang buat aku terhibur. Memandangkan Atiqah tinggal di asrama dan dua orang abang kakaknya juga begitu juga, memang hanya aku dan Aidan sahajalah yang berada di rumah setiap hari.

Abang Khairul pula semakin hari, semakin lambat dia pulang ke rumah. Kadang-kadang, Aidan sendiri tidak sempat berjumpa dengan papanya itu. Pukul enam, dia sudah keluar manakala Aidan baru sahaja bangun. Malam pula, pukul 12 baru nampak batang hidung. Sebagai seorang isteri, tipulah kalau aku tak risau.

Aku ada juga mendengar khabar angin bahawa suamiku kini kembali rapat dengan bekas kekasihnya semasa di kolej dulu iaitu pelakon terkenal, Maria Yusoff. Tapi aku menganggapnya ianya tak lebih daripada sekadar khabar angin liar yang cuba menggugatkan kesetiaan aku kepada Abang Khai. Aku malas ingin bertanya lebih-lebih kepada suamiku itu. Nanti ada hilang title 'Datin' aku ni.

"Mama, tadi Mirza datang jumpa Aidan." Suatu hari, Aidan balik dari sekolah dan membuka cerita.

"Mirza? Siapa tu?"

"Anak Maria Yusoff. Dia cakap yang mama dia kerap jumpa papa."

"Dorang kan kawan lama. Mama tak kisahlah. Bukannya ada apa tu. Mestilah Maria tu ada suami dia."

"Maria Yusoff tu dah lama cerai dengan suami dia, mama. Bukanlah Aidan nak syak tu ada skandal tapi bahaya jugak tu, mama."

"Aidan Syahlan, mama tak suka nada ayat kamu. Papa tu ayah kamu. Mama ni isteri dia. Kamu sepatutnya percayakan dia. Berdosa tau berprasangka buruk kat papa sendiri."

"I'm sorry, mama. Aidan cuma risau."

Sebenarnya, aku juga sudah membenihkan rasa cuak dalam diri ini. Yalah, cinta lama biasanya memang boleh berputik kembali. Nauzubilllahi min zalik! Tak rela aku diduakan. Sekurang-kurangnya pada usia sebegini.

Suatu hari, semasa aku sedang berehat di ruang tamu, seseorang mengetuk pintu. Aku merasakan ianya Aidan yang baru sahaja pulang daripada sekolah. Telahanku 50% tepat kerana memang betul ianya Aidan cuma kali ni dia ditemani oleh seorang rakannya.

"Hai, Datin Anna Nicole. Saya Mirza. Anak Maria Yusoff. Saya ada sesuatu nak diberitahu kepada aunty."

Aku menjemputnya masuk dan menghidangkannya jus tembikai berserta kek lobak yang aku buat sendiri tadi. Berdebar-debar jantungku menunggu apa yang ingin disampaikannya.

"Sebenarnya, aunty Anna, mama saya dah lama in touch dengan Dato'. Rasanya dorang dah start bercinta balik beberapa bulan lepas. Saya sendiri ada print e-mail sweet dorang aunty. Dan dah beberapa kali juga saya ada melihat Dato' datang rumah saya. Saya tak sanggup nak tengok mama saya buat dosa, aunty."

Terlepas gelas yang aku pegang ke atas lantai. Hancur berkecai hatiku mendengar ayat tersebut. Apa kurangnya aku sebagai isteri di sisi dia?! Di manakah silapnya aku sampai begini aku diperlakukan?! Siapa sebenarnya aku dalam hidup dia?!

Malam itu, ketika jam sudah menunjukkan bahawa sudah 1 pagi, aku turun ke ruang tamu. Dia masih lagi belum pulang. Haih, puas sungguh merendek laki aku sorang ni. Tak lama selepas itu, aku melihat samar-samar cahaya lampu kereta menyuluh ke dalam rumah.

"Lambat balik, bang? Meeting apa pulak malam ni?"

"Hisy, Anna ni! Buat terkejut abang je. Dengan berbaju kelawar malam-malam buta ni."

"Janganlah tukar subjek. Jawab jelah soalan Anna tu."

"Abang ada meeting tadi sampai pukul sebelas dengan klien. Lepas tu dorang ajak pergi kelab pulak."

"Oh, really? The strange thing is secretary abang cakap abang dah keluar office pukul 4 tadi and somehow abang takde appointment pun hari ni. Klien ke ke lain?" Aku cuba untuk mengekalkan senyuman di bibir. 

"Sejak bila pandai ambik tahu pasal life abang ni? Abang tak sukalah macam ni."

"Kalau Anna tak dengar mulut orang bercakap, Anna takkan counter abang macamni. Now tell me, who me in your life?! And who Maria in your life?!"

"Anna Nicole, please stop it!"

"No! So yes it is. Anna ni hanya orang gaji je dalam hidup abang. Orang gaji yang abang gunakan untuk puaskan diri abang. Abang gunakan tiket perkahwinan so abang akan dapat Anna. Yes, I'm just your servant!"

"Anna...!"

"What?! Memang betul kan apa Anna cakap tu?!  "

"Anna Nicole binti Samad, aku ceraikan kau talak tiga!"

Kakiku lembik. Untuk kali kedua, kalimah keramat itu ditujukan kepada aku. Daripada suami yang sangat aku cintai. Dia ceraikan aku hanya kerana janda berusia 44 tahun itu. 

"Sekarang kau keluar daripada rumah aku! Kau angkut sekali anak kesayangan kau tu."

Dan malam itu, pada jam dua pagi, aku membawa anakku Amir keluar daripada rumah itu dengan berjalan kakiku. Langkahku lemah longlai. Tak tahu kemana harus ku tuju. Apa yang pasti, aku kena pastikan bayiku ini selamat. Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah ini...


Blondie MelayuWhere stories live. Discover now