Bab 1

2.6K 53 0
                                    

"Anna Nicole, pergi tolong kakak kamu masak kat dapur tu."

"Alaa, ummi. Anna baru nak test make-up baru Anna ni. Cairlah nanti." Aku masih membelek mukaku di cermin. Selagi tak puas aku melihatnya, selagi itulah aku tak puas hati.

"Anna, secantik mana pun perempuan tu kalau tak reti masak tak guna tau, Anna." Ummi masih berleter di atas kerusi rodanya. 

Sudah 10 tahun ummi lumpuh. Dan sudah 10 tahun itu jugalah, aku dan Kak Adrina yang banyak menggantikan tugasnya sebagai ibu. Pada usia kakakku yang baru berusia 11 tahun ketika itu, dia terpaksa memasak kepada kami sekeluarga. Tapi mujurlah, abahku masih setia berada di sisinya. Sedikit pun tak pernah merungut menjaga ummi.

"Anna, ummi tengok kamu ni duduk rumah asyik bergaya je. Kawan-kawan sebaya kamu semua main kat luar waktu petang. Kamu tu kena je panas mulalah merungut."

Eww! Main kat luar waktu petang tu panas okey. "Tak naklah. Nanti hitam kulit Anna. Lagipun eloklah takde ummi nak risau yang Anna tak balik rumah ke apa. So be grateful, okay." Aku menambah lagi bedak di pipi. Aku suka kelihatan cantik walaupun untuk diri aku sendiri.

"Besar nanti kamu nak jadi apa?"

"Model! Macam Marilyn Monroe tu. Boleh kan, ummi?"

Aku nampak melalui cermin, ummi menggelengkan kepala. Pasti dia pelik yang itu adalah cita-cita aku. Tapi kalau kita tak ada cita-cita, sampai bila-bila kita akan mundur.

"Kamu serius ke, Anna?"

"Anna dah agak. Ummi mesti tak sokong cita-cita Anna punya. Ummi, Anna nak jadi orang kampung ni yang pertama masuk TV dengan majalah. Anna nak semua orang kampung ni tengok Anna and be like 'Cantiknya anak Penghulu Mad tu'. Ummi tak bangga ke? Anna dah penat ummi kena ejek."

Ummi tak berkata apa-apa. Dia memusingkan kerusi rodanya dan keluar daripada bilik aku. Aku memandang cermin dan hanya mampu mengalirkan lagi air mata. Bukannya aku tak cuba kuatkan diri aku tapi aku dah cuba terlalu banyak.

Aku tak berkawan sangat dengan perempuan. Kawan perempuan di sekolahku seringkali melabel aku sebagai gedik dan merenyam. Malah ada yang suka mengejek suaraku ini. Memang aku akui, suaraku kedengaran seperti budak kecil yang tak cukup nafas tapi apa yang boleh aku lakukan. Sudah diciptakan suara aku seperti ini. 

Sudahlah tu satu hal. Nama aku juga menjadi satu yang kelakar. Anna Nicole binti Samad. Abah menamakan aku dengan nama itu kononnya ingin berlagak moden dengan orang-orang kampung yang lain. Tapi dia lupa agaknya yang masa tu orang bukan reti sangat sebut nama grand kebabom ni. Kalau setakat panggil Ana aku tahan lagi. Ini Nicole tu diejeknya Coca-Cola, Kole, Stone Cold dan pelbagai lagilah. Pronounce it as Ena Nikol. Daripada kecil, begitulah nasib aku.

One more is warna rambut aku sendiri. Aku dah banyak kali tanya ummi dengan abah kenapa rambut aku berwarna kuning tapi jawapan klise yang aku dapat which is, "Kuasa Tuhan...". Tak pasal aku selalu kena ejek rambut karat. Tapi tak apa. Marilyn Monroe pun blondie jugak. Jadi aku bersyukur dengan warna rambut aku yang begini, aku tetap nampak cantik. Biarlah orang lain tak kata aku cantik janji aku sendiri rasa aku cantik. Kecantikan itu sesuatu yang datang daripada otak, bukannya cermin.

Aku anak bongsu daripada empat orang adik-beradik. Paling sulung adalah abang aku, Awalludin. Sesuailah dengan dia yang sulung, nama dia pun kitorang short-formkan as Awal je. Umur dia 10 tahun lagi tua daripada aku. So far, dia ni pandai jugaklah manage kitorang sebab abah aku pun jarang ada kat rumah. So, basically dialah take over semuanya.

Next is kakak aku, Adrina. Despite the fact that jarak umur kitorang is 8 tahun, somehow dia sangat memahami and sangat rapat dengan aku. Kitorang banyak share benda yang common. Selepas ummi lumpuh masa umur aku tiga tahun, dialah yang replace tempat ummi untuk kemas rumah and memasak untuk kitorang semua. Aku sayang dia as kakak kesayangan aku. Yalah, aku mana ada saudara perempuan yang lain.

And the last sibling is abang atas aku, Akhiruddin. Jangan tanya kenapa nama dia macam tu tapi yeah, aku tak berapa rapat dengan dia ni. Sebab apa? Sebab masuk je dia form one, dia dah masuk sekolah asrama penuh kat KL. Dahlah masa tu aku baru darjah dua. Lagipun dia ni pun bukan spesies yang duduk rumah. Kalau balik daripada asrama pun, tak sampai berapa jam dah lesap. Aku pun naik geram dengan dia.

Oh yeah, lupa nak intro diri sendiri. Nama aku Anna Nicole binti Samad. Tak ada kena mengena dengan Anna Nicole Smith dan Anna Scott dalam cerita Notting Hill tu. Aku rasa aku dah ceritakan kenapa nama aku Anna Nicole so aku malas nak membebel panjang. Hari jadi aku was on 19 Mei while Anna Nicole Smith is on 28 November. See? Tak sama. Hobi aku is make up, dress up and acah macam model. Lagipun, tak salah kan kalau berangan. Bagi aku, berangan tu tak salah asalkan kita berusaha untuk mencapai apa yang diangankan. Dan angan aku is to be the first Malaysian Marilyn Monroe. Dan aku berusaha ke arah itu.

Abah aku, Penghulu Mad ataupun Haji Samad adalah ketua kampung bagi Kampung Mayang. Daripada aku melihat dunia lagi, dia sudah pun menjadi ketua kampung. Tak silap masa dia dilantik, umur dia baru 35 tahun. Kepimpinan daripada pemimpin yang muda pasti membuahkan hasil yang optimum. Aku percaya akan itu.

Ummi pula namanya adalah Sharifah Mas Mona binti Syed Abu Alsagoff. Ramai kata kejelitaan aku datangnya daripada ummi yang berketurunan Arab. Dan ada juga yang kata ummi jatuh lumpuh kerana ketulahan mengahwini seseorang yang tidak berdarah Arab. Entahlah, soal itu aku tak berani nak komen apa-apa. Aku baru berumur 13 tahun. Yang pasti, hanya ummi yang tahu cerita sebenar.

Selamat datang ke kisah hidup aku! Aku Anna Nicole, si Blondie Melayu...




Blondie MelayuWhere stories live. Discover now