Bab 18

1.1K 32 3
                                    

Picture: Anna Nicole Smith by the beach

25 (1)

Aku mendapat panggilan daripada Shahril pada pagi itu. Ketika itu, aku sedang memandu pulang daripada menghantar Amir Zakwan ke tadika. Teringat pula akan anak sulungku itu secara tiba-tiba. Pada tahun ini, usianya sudah pun mencecah tujuh tahun dan sudah melangkah ke darjah satu. Dan ya, aku tidak menjawab panggilan Shahril tadi.

Tapi aku bukan jenis yang kejam dan bangsat. Aku cuma tak mahu memandu sambil menjawab telefon. Mahu buruk reputasi Anna Nicole kalau kena saman nanti. No, no! Aku dahlah hari tu buat pesanan khidmat masyarakat kat radio regarding isu ni. Memang masuk tabloid muka aku nanti. Aku tak mahu dikenali kerana gosip murahan seperti retis-retis yang lain.

Setibanya di rumah, aku menelefon Shahril semula. Aku jangka ianya merupakan sesuatu yang penting untuk dibicarakan. Dan ya, agak pentinglah jugak.

"Anna, saya nak jumpa awak boleh tak?"

"Jumpa saya? Untuk?"

"Hmm, nanti saya bagitau. Is it a date?"

"What time? Hari ni saya free."

"What about 8 at night? Saya jemput awak kat rumah."

Itulah kali pertama aku menetapkan temujanji secara official. Semasa dengan Farid dulu, kami langsung tak pernah menetapkan temujanji whatsoever pun. Jadi, memang terasalah debarannya.

Malam itu, selepas menyiapkan diri sendiri, aku menyiapkan pula anak kesayanganku itu. Kalau nak ditinggalkan kt rumah, siapa pulak yang nak menjaganya. Maka adalah elok untuk aku membawanya sekali.

Ting tong... Loceng rumah aku dibunyikan tepat pada jam 8 malam. Berlari aku mendapatkan pintu tersebut.

"Wait, you bring your son?"

"Yes. Of course. Tak boleh ke?"

"Never mind. You may." Dia berkata sambil tersenyum. Mungkin dia mengagak bahawa hanya aku dan dia yang akan ada malam ini nanti. No way. Amir Zakwan is my priority.

Kami pun dengan menaiki keretanya menuju ke sebuah destinasi yang aku sendiri tidak tahu di mana lokasinya. Namun, hati aku juga masih tidak berhenti berdoa agar Shahril tidak mempunyai niat yang jahat terhadap aku dan Amir. Risau jugak weyh walaupun aku ni dah dua kali menjanda.

Kereta tersebut berhenti di tempat parkir kenderaan di sebuah restoran yang gila-gila fancy kat KL ni. Aku memang gila tak percaya yang dia membawaku makan malam di situ pada malam itu. Tapi ya, ianya berlaku juga.

"Anna, I nak cakap something." Dia mula membuka suaranya yang seksi gila namatei tu.

" Dia mula membuka suaranya yang seksi gila namatei tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"What is it about?"

"Sebenarnya, Anna, I dah lama sukakan you. Tapi, I tak tahu bila time yang sesuai untuk I cakap dengan you. Dan I tak kisah kalau you janda sekalipun."

Aku tersenyum mendengar pengakuannya. Terharu pun ada juga sebenarnya. Gila kau tak happy bila ada Lelaki Terseksi Malaysia crush kat kau?! Terasa bagaikan kaki aku ni tak pijak tau kat bumi yang nyata.

"Shahril, you know title I kan. You tak rasa malu ke? You muda lagi. By that, I mean that you are 26 and I think agak tak sesuai untuk anak teruna macam you untuk kahwin janda muda macam I."

"But Anna, I love you so much. From our first met."

Dia kemudiannya mengeluarkan kotak yang mempunyai cincin dan meletakkannya di atas meja. Dia mengambil tanganku dan meletakkan cincin itu. Jariku dipakaikannya cincin itu.

"This is not a marriage proposal but just a small gift from me. Think about it again, Anna. I sayangkan you. So please consider it."

"Shahril, bukannya I tak nak. Tapi, kalau you boleh terima I, family you boleh ke? Lagipun I ada anak, Shahril. Marrying me is like you marry him too." Mujur aku tak terlepas 'marry them' tadi kalau tak.

"Anna, please. Give me a chance. I love you."

Selepas makan, kami pulang ke rumah. Bukannya aku ni tak mahu bersuamikan Shahril tu. Aku memang mahu hidupku diisi semula oleh insan bergelar lelaki tapi aku kena beri peluang kepada diri aku sendiri. Aku tak mahu pisang berbuah tiga kali. Tigalah sebab kalau aku kahwin lagi, it is the third one.

Aku menelefon ummi akhirnya pada malam itu sebelum tidur. Aku tahu yang orang tua seperti ummi jarang tidur awal.

"Hello, ummi. Anna ni."

"Ya, Anna. Kenapa lain macam je suara ni?"

"Ummi, is it wrong for me to marry again?"

"Anna, kamu ada suka sesiapa ke?"

Air mataku menitis. "I love him, ummi. Just Anna takut yang dia pun akan jadi macam Abang Farid and Abang Khai dulu. Help me, ummi."

"Anna, fikir balik. Kalau betul Allah tu dah pilihkan dia untuk kamu, maknanya memang betullah dia untuk kamu. Anna Nicole, ummi akan sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu. Buatlah yang terbaik, nak."

Dan kerana ayat ummi itulah, malam itu aku tertidur membayangkan muka Shahril Hakim. Berganti pula dengan wajah Aidan. Ya Allah, bantulah hambaMu ini membuat pilihan...

Blondie MelayuWhere stories live. Discover now