Bab 8

1.2K 39 2
                                    

20 (1)

10 Mac

Subuh hari itu, selepas menunaikan solat fardhu Subuh, perutku terasa sakit yang mencengkam-cengkam. Suamiku mulai panik lalu mencempungku masuk ke dalam kereta mewahnya. Sedang dalam perjalanan, kakiku mula terasa basah dan turut dirasai oleh suamiku. Rupanya air ketubanku sudah pecah. Sudah tiba saat untukku melahirkan.

Tiba sahaja di hospital, aku dibawa masuk ke dalam dewan bersalin. Dua orang doktor wanita turut berada di sisiku untuk membantu proses melahirkanku ini. Entah kenapa, kali ini, ianya lebih menyakitkan berbanding daripada ketika aku melahirkan Amir Fazril dahulu.

"Doktor, saya nak suami saya..."

Abang Khai masuk dan cuba meniupkan kata-kata semangat sebagai halwa telingaku. Antara yang mampu kuingati adalah, "Anna perempuan yang kuat. Buktinya Anna sanggup lalui semua ni untuk abang." Sorta like that.

"Teran lagi, Datin Anna. Kepala bayi masih tersekat."

Apa dosaku, ya Allah!? Mengapa cukup sukar untuk aku melahirkan untuk kali kedua ini!? Peritnya tak tertanggung.

Anakku, Amir Fazril... Ibu mintak maaf, sayang!

"Sikit lagi, Puan..."

Sedaya-upaya aku mengerah kudratku yang ada untuk melahirkan anakku itu. Peluh jantan betina semua sudah membasahi kulitku. Aku gagahi diriku sedaya mungkin. Semuanya untuk suamiku yang kucintai.

"Syukur, alhamdulillah... Tahniah, puan. Anak lelaki."

Anak lelaki lagi. Aku memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana mengurniakan aku seorang lagi waris Muhammad kepada aku. Bayi tersebut kemudian diserahkan kepada suamiku untuk didengarkan persaksian tauhid berbentuk azan dan iqamah kepada bayi yang masih kemerahan itu.

Selepas aku kembali ke wad, suamiku datang kepadaku untuk bertanyakan sesuatu.

"Anna nak namakan apa anak kita ni?"

Aku tersenyum sahaja memandang wajahnya. "Amir."

"Wuish! Kampungnya nama. Nama moden sikit takde ke?"

Jujurnya aku agak berkecil hati apabila suamiku mula berkata begitu. Sebenarnya, aku ingin menamakan nama anak itu sama dengan nama anak sulungnya. Biar sama dengan abangnya.

"Okey, boleh. Jangan merajuk. Tapi takkan Amir je. Common sangatlah, Anna."

Aku berfikir sejenak. "Hmm, Amir Zakwan?"

"Amir Zakwan. Sedap nama tu, sayang. Pandai sayang abang pilih."

Aku tersenyum sendiri. Aku pandang ke arah Amir Zakwan dengan pandangan yang redup. Suci sahaja dia daripada segala kehinaan. Wajah yang datang daripada syurga untuk diriku. Tanpa disedari, air mataku juga turut menitis.

"Eh, Anna. Kenapa menangis ni sayang?"

"Nothing. Anna just teringat anak Anna yang dulu."

"Sayang, yang pergi tetap akan pergi. Takde gunanya kalau kita meratap kesal macam mana sekalipun. Kita hidup ni tetap kena teruskan perjuangan. Biarlah bekas suami Anna dulu nak bawak dia lari ke mana sekalipun."

Ya, aku menipu pada Abang Khai sebelum kami berkahwin. Kononnya, Farid menceraikan aku untuk bersama dengan perempuan lain dalam hidupnya. Dan dia membawa Amir Fazril bersamanya agar Amir Fazril dapat melupakan diriku sebagai ibunya.

Aku terpaksa melakukan pengakuan palsu tu. Kalau tidak, ingat Dato' Khai sudi memperisterikan aku yang masih mencintai bekas suami!? Ingat dia sudi menjadikan aku isterinya kalau dia tahu yang aku masih berhubung dengan Farid!? Memang taklah. Semuanya aku lakukan kerana terpaksa.

Aku mengaku yang aku terdesak. Cita-cita hidup aku memang untuk hidup mewah dilimpahi oleh gemerlapan barang kemas dan wang berjuta. Ingin disimbahi oleh sinaran lampu kamera dan perhatian. Aku memang mengidamkan perkara itu berlaku kepada diri aku. Jadi aku terpaksa.

Perkara ini aku ceritakan pada seorang sahaja anak tiriku iaitu Aidan. Hal ini kerana dia merupakan anak tiri yang paling boleh untuk aku percayai. Dan so far, dia sangat pandai menyimpan rahsia.

Keesokkan harinya, ummi datang melawat aku yang masih berada di hospital.

"Sihat rasa dah, Anna?"

"Tak berapa nak sihat lagi, ummi."

"Comel anak kamu, Anna. Mukanya sebijik macam kamu masa kecik-kecik dulu. Macam muka abang dia pun ada kan?"

"Anna pun perasan benda yang sama, ummi. Anna ingat nanti nak bawak dia jumpa dengan Fazril. Abang Farid duduk rumah sama lagi ke, ummi?"

Ummi cuba mengingat sesuatu kerana dia memejam kejap matanya. "Dia dah pindahlah, Anna. Dia sekarang sambung belajar kat Poli Ungku Omar. Dia bawak Fazril sekali. Dorang duduk rumah sewa rasanya sekarang."

"Ummi ada alamat dorang tak?" Aku sudah mula tak sabar. Kalau boleh sekarang juga aku ingin terbang kembali ke Ipoh dan berjumpa dengan bekas suami kesayanganku itu.

"Takde. Tapi Bang Long kamu ada. Nanti ummi tanyakan."

Mukaku mula melarik senyuman. Tidak sabar ingin membawa Amir Zakwan bertemu dengan Amir Fazril. Mungkin selepas pantang nanti aku akan membawa mereka berdua berjumpa.

Blondie MelayuWhere stories live. Discover now