Bab 6

1.3K 46 16
                                    

19 (1)

Hari itu, aku seperti Datin-Datin yang lain, sibuk membosankan diri dalam banglo Dato' Khairul Said ni. Serius, memang membosankan jadi Datin ni. Well, memang ada komuniti para Datin but secara harfiahnya, dorang semua tu dah 40 or something. Dan aq belum separuh umur lagi nak cecah 40. Nanti orang pun confuse aku ni Datin or anak Datin.

Anak tiri aku yang sulung namanya Afzan. Dia ni dua tahun lagi tua daripada aku. Aku admit, dia orang yang baik. Dia tak geli geleman langsung panggil aku 'mama' walaupun aku lagi muda daripada dia. Mungkim atas dasar hormatnya kepada papa dia.

Kedua pula adalah Aqilah. Aqilah ni usianya sebaya sahaja dengan aku. Dia nilah anak yang paling seiras dengan arwah ibunya iaitu Kak Jamilah. Dia selalu membantu aku dalam pekerjaan yang aku tak mahir seperti memasak dan mengemas. Yeah, aku mengaku yang aku ni memang pemalas orangnya dulu. Mujurlah ada Aqilah yang sudi membantu.

Anak tiri aku yang ketiga namanya Aidan. Aidan ni lebih kacak daripada abangnya walaupun dia baru berusia 15 tahun ketika aku berusia 19 tahun ni. Dia seorang anak yang sangat ceria dan juga sangat rapat dengan diri aku. Dia sering membuat lawak dan menghidupkan suasana dengan kerenahnya.

Akhir sekali adalah Atiqah. Dia baru sahaja darjah lima ketika aku berkahwin dengan bapanya tahun lepas. Orangnya sangat pendiam. Tapi pendiam macam mana pun, dia tetap baik dengan aku. Pendek kata, semua anak-anak tiri aku boleh menerima kehadiran aku sebagai ibu tiri mereka dengan sangat baik. Dan aku sangat bersyukur dengan hakikat itu.

Setelah melayan rasa kebosanan yang maha melampau di rumah, aku pun terus memandu pulang ke kampung. Oh ya, selepas berkahwin suamiku terus menyuruhku belajar memandu dan mengambil lesen memandu. Untuk kebaikan sendiri juga sebenarnya. Sampai bila nak berharap pada dia je.

Aku tak menuju ke rumah ummi dan abah sebaliknya aku menuju ke rumah Abang Farid. Dari jauh, aku melihat dia dengan hanya bersinglet sedang mencuci motor kapcainya. Ya, dia masih kacak seperti dulu.

"Assalamualaikum, bang."

"Waalaikumussalam, Datin Anna Nicole!" Suaranya sedikit ditekan di belakangnya.

"Perli ke tu?"

Dia tersenyum herot. "Betullah kan. Macam mana life sekarang?"

"Much better. But tak sama macam dulu."

"Anna tak payah tipu abanglah. Cakap jelah yang Anna dah happy. Anna dah dapat apa yang Anna nak. Anna nak jadi kaya. Anna nak pakai baju cantik. Nah! Anna dah dapat sekarang kan. Mana yang tak samanya?"

"Memang tak, abang! Anna takde abang."

"Oh, pleaselah Anna. Kalau betul hanya ada abang dalam hati Anna, Anna takkan kahwin dengan Dato' tu. Anna akan tetap tunggu abang sampai abang mampu nak kahwin dengan Anna balik. Anna sendiri tau yang abang sayang sangat dengan Anna. Tapi apa yang Anna buat? Anna tak tunggu pun. Tak sampai beberapa bulan je Anna kita cerai, Anna dah buat abang macam ni. Anna hancurkan harapan abang. Patah hati abang ni Anna."

Air mataku mulai bergenang di kolam mata. "Anna tahu Anna buat salah. Tapi Anna tetap sayangkan abang. Abang faham kan perasaan Anna?"

"So? Nak abang je faham perasaan Anna? Yalah, perempuan sekarang nak lelaki je faham kan. Anna pernah fikir pulak betapa abang sayangkan Anna!? Betapa banyak pernah abang berkorban untuk isteri abang dulu!? Berapa kali abang kena berlapar just nak bagi Anna makan?! Tapi obvious I didn't get much payment." Suaranya masih mendatar tapi memang ada nada melankolik dalam suaranya.

"Anna..."

"Takpelah, Anna. Abang malas nak letak harapan kat Anna lagi dah. Anna betul-betul dah hancurkan hati abang. Kalau Anna nak jumpa anak kita, masuklah dalam. Mungkin dia akan bangga kalau tahu mak dia Datin Anna Nicole."

Aku masuk ke dalam rumah untuk berjumpa dengan anak kesayanganku itu. Sungguh comel dia ketika wajahnya kutatap. Putih mulus wajahnya. Wajah yang tiada dosa.

Maafkan ibu, sayang. Ibu terpaksa tinggalkan kamu dengan ayah.

Sebelum aku balik, Abang Farid berpesan. "Kalau rasa diri tu ada anak, datang-datanglah jenguk kat sini..."

Sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, air mataku berlinangan bercucuran di pipi. Aku redha...

Blondie MelayuWhere stories live. Discover now