"U tak terfikir untuk cari dia ke?" Tanya Lee. Ace memikirkan kata-kata Lee sebentar. Keluhan kecil dilepaskan.

"Kalau I nak pun,bukan boleh. U tahu Raf tak pernah lepaskan I kemana-mana sesuka hati,kan? So,I hanya mampu membayangkan sahaja. Setiap kali I ingat lelaki tu,jantung I berdegut kencang sangat." Ace memegang dadanya. "Macam sekarang."

"U tahu apa-apa tak tentang orang tu?" Soal Lee. Dia berniat ingin membantu wanita dihadapannya ini. Dia mahu berbakti pada Ace walaupun hanya sekali.

"Well,yang I ingat, birthday date dia 1st of June. And,dia ada tanda lahir berupa lonjong on his rib." Kata Ace. Lee mengeluh kecil. Susah ni.

"Lagi?"

"Kami communicate guna bahasa Melayu. Macam kita. So,I think he's Malaysian." Lee mengangguk kepalanya.

"U tahu rupa dia?" Hampa. Ace menggelengkan kepalanya.

"I tak kesah I tahu atau tidak rupa dia. Yang pasti,I'll love him with all my heart! I don't care orang cakap I gila ke sebab cintakan orang dalam mimpi. I still love him!"

Mengingat memori lalu, Lee memandang muka Ace yang masih nyenyak tidur.

"Raf memang kejam! Dia tak benarkan u cari orang yang u cinta. Mike,sebab tu I tak bagi peluang pada u. I risau u akan terluka nanti." Lee meraup mukanya perlahan. Dia tahu Ace adalah isteri orang pun kerana Zack terlepas cakap. Dia tahu,mereka berempat tahu siapa suami Ace.

"Kenapa mereka tak mahu beritahu u siapa suami u Ace? Why? Mereka pun tak beritahu u yang u isteri orang. Apa yang mereka sembunyikan sebenarnya?" Lee memerah otaknya untuk bekerja. Jarang dia mengarah otaknya untuk bekerja selain dari mencari idea bagi menghasilkan rekaan baru.

"I'll found out,Ace. I promise." Kata Lee.

******************************

"Aria di Malaysia sekarang." Ujar Fayyadh pada Ryan.

"What?! Seriously?!" Tany Ryan tak percaya.

"Ye. Dia di Malaysia sekarang."

"Mana kau tahu?"

"Aku terjumpa dia masa fashion show Khamis lepas. Ada orang attack dia. Tak kesah siapa yang menembak Aria aku,aku pasti dapatkan dia!"

"Kau pasti itu dia?" Tanya Ryan. Risau juga kalau adiknya gila.

"Yup. Tapi....

"Tapi apa?"

"Dia tak ingat aku." Ujar Fayyadh perlahan. Ryan pantas memandang wajah Fayyadh yang mendung itu.

"Bukan dia kot." Pujuk Ryan.

"No! I'm sure itu dia,Ian."

"Macam mana pula? Macam mana kau boleh buktikan itu dia?" Fayyadh tersentak sedikit.

"I kissed her and she never refused! And the feeling. It's still same as before! I know that's her! That's my Aria!" Fayyadh mula menaikkan suaranya. Ryan mengeluh kecil. Dia tak boleh balas apa-apa. Kerana adiknya lebih memahami Dahlia.

"Okey,macam ni. Apakata,kalau u cuba rapat dengan dia?"

"What? For what?"

"To make sure. Dia dikhabarkan sudah mati lebih enam tahun,Adh. Sorry, tapi aku masih ragu. Tak mungkin Lea yang dah meninggal hidup balik. It's just too hard for me to accept it,okay?" Ryan menepuk bahu Fayyadh lembut. Dia pasti adiknya memahami. Fayyadh mengangguk.

"Okey. I akan buat ikut cadangan u. I pun nak tahu kebenarannya juga." Fayyadh mula mengatur plan bagi mengetahui identiti sebenar Ace. Dia pasti. Ace adalah Dahlia!

***************************

"Mawar~~" Panggil Ace berlagu. Mawar pantas bangkit dari perbaringannya.

"What the h**l are you doing here?! How did u get into here?!" Tanya Mawar marah. Ace yang memakai pakaian serba hitam dipandang. Ace melangkah ke arah peti sejuk lalu mengeluarkan sebotol yogurt bliss yang masih belum dibuka. Dia duduk diatas meja bertentangan dengan Mawar yang masih terdusuk diatas katil.

"I masuk guna ni." Ace mencampakkan seauatu. Mawar pantas menyambutnya. Kelihatan dua pin berwarna hitam kini didalam genggamannya. "Cara kuno."

"Apa yang kau nak?!" Tanya Mawar marah. Matanya mencerlung kearah Ace yang meneguk yogurt yang diambilnya tadi.

"Saja nak remind u yang u ada kurang dari seminggu untuk bereskan hutang u." Kata Ace selamba.

"Aku tengah tiada duit sekarang ni!"

"Hutang nyawa dibalas nyawa,sayang." Ace melagukan kata-katanya.

"Lepaskan aku,Ace. Aku mohon. Aku tak sengaja bunuh dia." Mawar mula menangis. Ace mendekati Mawar. Dia mengangkat wajah Mawar menggunakan pistolnya.

"Tak sengajalah sangat. U ada enam hari untuk rasa hidup. Lepas tu, ucap selamat tinggal." Pesan Ace. Dia terus melangkah keluar daripada kondominium milik Mawar itu. Entah miliknya atau milik sugar daddynya.

"Aku takkan mati dalam enam hari ni! Kau yang akan mati la,bodoh!" Jerit Mawar lantang.

"Kalau dah ajal." Bisik Ace yang melangkah kearah lif. Dia sempat mendengar jeritan Mawar tadi. Bibirnya menguntum senyuman sinis.

-----------------------------

Apa kisah disebalik Mawar ni? Bersabarlah sayang,nanti saya update. Hahaha. Acah suara merdu je. Korang nak tahu apa lagi yang bakal berlaku dalam cerita yang dikarang oleh author yang mereng? Tunggu. ;)
Read+Vote=Comment.

DJ<3

#1 Masih Mahu Berahsia?|✔|Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz