Part 11

7.8K 575 67
                                    

Benarlah kata orang , dunia ini penuh dengan kejutan.Kejutan yang tidak pernah disangka-sangka oleh diri kita sendiri.Dan kejutan yang tidak disangka-sangka itu membuatkan kita merasa telah dikhianati oleh dunia.Orang yang kita anggap hanya manusia biasa selama ini rupa-rupanya satu penipuan semata-mata.

"Jimin? Itu bukan cikgu Ji Hyo ke?".Tanya Chumin.Tangannya dan Jimin masih bertaut kemas.

Jimin turut memandang orang yang dianggap oleh Chumin sebagai cikgu Ji Hyo itu.Matanya kemudian menangkap kelibat itu , memakai gaun berwarna putih sehingga mencecah paras lutut.

"Aha.Itu memang cikgu Ji Hyo.Kenapa?".Jimin memandang risau ke arah Chumin yang agak terkejut dengan kenyataan itu.

"Wah~ Daebak! Selama ni aku ingatkan korang semua ni manusia biasa.Rupa-rupanya aku ditipu bulat-bulat dengan luaran korang.Selain cikgu Ji Hyo , siapa lagi guru vampire yang mengajar kat sekolah tu?".Chumin masih memandang ke arah cikgu Ji Hyo yang sedang tertawa kecil mendengar celoteh seorang lelaki yang kelihatan seperti cikgu Gary.

"Sebenarnya semua Cikgu kat sekolah tu vampire.Pengetua Kim pun vampire".

Jimin merenung tangannya yang masih bertaut kemas dengan tangan Chumin itu.Senyuman manis terukir di bibirnya.Terasa lapang dadanya yang asyik risau dan cemas sebentar tadi.

'Patutlah Pengetua Kim Soo Hyun tu nampak muda aje.Memang satu kejutan budaya , muda macam tu dah jadi pengetua.Rupa-rupanya..'.Fikir Chumin.

"Nampaknya , kami semua kat sekolah tu , macam orang bodoh ajelah.Tak tahu pun yang ada makhluk lain selain manusia ada di sekolah tu".Chumin mengeluh perlahan.Dia terasa dikhianati setelah mengetahui hal sebenar.

"Tak lah.Kamu semua tak bodoh pun.Korang cuma tak tahu kebenarannya sahaja.Lagipun , bahaya untuk puak vampire jika manusia mengetahui kewujudan vampire".

Jimin menarik pinggang Chumin.Dia memeluk Chumin untuk menenangkannya.Tangannya mengusap perlahan belakang badan Chumin.Berulang kali dia melakukan itu.(aww~ so sweet~ ㅋㅋㅋ)

Setelah memastikan Chumin tenang dari rasa terkejutnya , dia membawa Chumin ke arah kawan-kawannya yang lain.

"Mana Gaeun?".Mata Chumin melilau mencari kelibat Gaeun yang tidak kelihatan.

"Dia kat sana.Tengah makan".Ringkas jawapan V.

'Gaeun..Gaeun..Time-time macam ni sempat lagi kau nak makan.Aku yang terlebih terkejut ni pun dah tak ada selera nak makan'.Fikir Chumin.Matanya melekat pada sosok tubuh Gaeun yang berdiri di hadapan bahagian makanan.Dia amat yakin , Gaeun tidak akan berganjak dari tempat itu.

"Nah!".

Chumin merenung air yang dihulurkan oleh Jimin itu.Warnanya kuning keemasan.Terasa takut untuk merasa minuman itu.Rupanya seperti minuman beralkohol.Walaupun mereka boleh meminum minuman itu , tetapi umur mereka belum mencecah pada peringkat yang dibenarkan untuk meminum benda itu.

"Haha".Jimin tertawa kecil melihat riak muka Chumin yang memandang minuman di tangannya itu seperti hendak membunuh minuman itu menggunakan pandangannya.

"Jangan risau.Ni cuma air zapple je".Jimin masih tersenyum melihat Chumin yang menghembus nafas lega itu.

"Aku nak jumpa someone kat sana jap.Kau sesuai kan lah diri kau kat sini.Dan jangan risau , dia orang takkan serang kau".Jimin mencium pipi Chumin sebelum berlalu pergi.

Chumin tergamam dengan tindakan berani Jimin yang mencium pipinya itu.Tak pernah pun lelaki yang berani melakukan perkara itu kepadanya kecuali appanya.

Yes I'm a Vamp!Where stories live. Discover now