Part 4

8.7K 593 19
                                    

-Sutera Harbour Resort-

"Wei Chumin.Aku nak duduk sebilik ngan kaulah.Aku malaslah nak duduk sebilik dengan pelajar lain".Gaeun berdiri di samping Chumin yang sedang santai membaca buku cerita di lobi resort itu.

"Erm.Ok.Kau dah uruskan semua acara yang kita nak buat nanti?".Chumin menutup novel yang baru dibacanya separuh.

"Dah.Aku dah uruskan semua.Aku rancang kita buat aktiviti ringan hari ni.Memandangkan kita baru sampai.Mesti semua pun masih penat.Aku cadangkan kita semua round-round kat Sutera Harbour Resort ni.Esok baru kita ke Pulau Manukan naik bot.Ok?".Gaeun menerangkan rancangannya sambil menanyakan pendapat Chumin.

"Erm.Ok je".Chumin memberikan kata setuju tanpa banyak soal.

"Dah , jom kita masuk ke bilik kita sekarang.Aku pun nak rehat kejap".Selesai berbicara , Chumin berdiri dan melangkah ke arah lif untuk ke bilik mereka.

Gaeun tanpa banyak soal hanya mengikut di belakang Chumin sambil mulutnya menyanyi lagu i need u oleh Bts (방탄소년단).Dia melangkah penuh gaya menuju ke arah lif.

Disebabkan terlalu bergaya ketika melangkah mengalahkan catwalk ketika fashion show kakinya tersadung dan dia hampir tersembam di lobi resort itu.

Namun , nasib menyebelahi dia.Badannya yang kecil molek itu disambut oleh satu tangan yang agak kuat.

"Are you alright?".Orang yang menyelamatkan Gaeun daripada menghasilkan drama 'terjatuhnya aku di lobi resort' itu menyoal penuh prihatin.

"Hah? Ye-Yes.I think so..".Gaeun kehilangan kata-kata melihat wajah tampan yang telah menyelamatkan dia dari tersembam itu.

"Ok.Good then.I have to go now.Bye beautiful".Orang itu sempat mengenyitkan matanya kepada Gaeun.

"Bye~".Gaeun tersenyum.Dia hanyut di dalam dunianya sendiri.

"Ya! Gaeun! Kau nak naik atau tak ni?".Chumin menjerit memanggil Gaeun yang sedang berada di awang-awangan itu.

"Hah? Eh.Tunggu aku".Gaeun lari terkedek-kedek ke arah Chumin yang sedang menahan pintu lif itu daripada tertutup.

"Apalah yang kau khayalkan kat sana tadi? Aku jerit banyak kali pun tak dengar".Chumin menyoal Gaeun yang masih tersenyum-senyum seperti pesakit rumah bahagia.

"Aku rasa macam mimpi je.Tak aku rasa macam dah mati je.Aku rasa macm baru berjumpa dengan malaikat pencabut nyawa yang handsome tadi.Chumin cuba kau cubit aku perlahan.Aku nak tau , aku mimpi ke , mati ke , mamai ke ataupun masih hidup".Gaeun tersenyum ketika menuturkan kata-kata itu.

Dengan pantas , tangan Chumin melekat di lengan Gaeun yang terdedah itu dan mencubitnya dengan kuat.

"Auch! Sakitlah".Gaeun mengusap perlahan lengannya.Senyuman yang menghiasi bibirnya sebentar tadi , sudah hilang digantikan dengan muka cemberutnya.

"Kau yang suruh aku cubit kan? Kau mengaduh kesakitan ni maknanya kau tak mimpi , tak mati , tak mamai dan masih hidup".Selamba badak Chumin memberitahu Gaeun.

"Aku cakap cubit perlahan.Bukannya cubit sampai naik lebam tangan aku ni".Gaeun menjeling Chumin.Pura-pura marah dengannya.

"Dahlah.Tak payah nak buat drama swasta kat sini.Jom masuk bilik".

Sebaik sahaja lif itu terbuka , Chumin dan Gaeun pun melangkah ke arah bilik yang telah ditempah mereka.Ditingkat itu , cuma terdapat 5 buah bilik.

Setelah memasuk kad untuk membuka pintu itu , Chumin dan Gaeun terus masuk sambil menjijit beg mereka.Beg yang dibawa mereka tidak banyak , oleh itu, mereka tidak memerlukan pekerja resort itu untuk mengangkut beg mereka.

Yes I'm a Vamp!Where stories live. Discover now