Part 17

6K 489 72
                                    

♚VAMPIRE WORLD♚

"Kau tengah buat apa tu?".

Jackson menyoal Jungkook yang sedang melekapkan telinganya di tanah.Dia turut serta dalam operasi menyelamatkan Chumin itu setelah dihubungi oleh Jin sebentar tadi.Mereka memerlukannya disebabkan hanya dia yang tahu cara untuk membuka portal ke dunia vampire.

Bukan semua vampire boleh membuka portal itu , hanya mereka yang mempunyai kuasa vampire yang kuat dan memunyai abiliti istimewa seperti Jackson sahaja yang mampu membuka portal yang menyambungkan dimensi dunia manusia dengan dunia vampire itu.

"Kau tak nampak ke aku tengah buat apa? ".Soal Jungkook masih melekapkan telinganya ke tanah.

Jackson pula menayangkan muka blurnya kepada Jungkook.

"Apa yang kau nak dengar dari tanah tu? ".Soal Jackson sekali lagi.

Jin , Suga , Rap Mon , J-Hope dan V hanya menjadi pemerhati perbualan mereka berdua yang tidak berfaedah itu.

"Aku nak dengar , manalah tau ada musuh dekat-dekat sini".Jungkook menyambung perbuatan gilanya itu.

"Aku nak tanya kau satu soalan".Jackson merenung Jungkook dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Apa dia?".Jungkook tidak menghentikan perbuatannya itu.Dia hanya merenung Jackson dari bawah.

"Kau vampire kan?".

Jungkook melihat Jackson seperti Jackson tertinggal otaknya di dunia manusia.

"Memang arh aku ni vampire , yang kau tanya apasal?".

"Aku tak tahu macam mana nak jelaskan.Kau ni ada otak atau tak ada macam V ni.Kau tahu yang kau ni vampire tapi perangai tak serupa bikin.Vampire kan mempunyai pendengaran yang tajam.So , buat apa kau nak buat perbuatan tak berfaedah ni?".

"Hah arh kan.Aku lupalah".Jungkook hanya tersengih sambil merenung Jackson.

"Aku nasihatkan kau janganlah rapat sangat dengan si V ni".J-Hope memegang bahu Jungkook.

"Kenapa pula Jungkook tak boleh nak rapat-rapat dengan aku?".V kebingungan mendengar kata-kata J-Hope.

"Sebabnya...perangai tak ada otak kau ni dah menular dekat Jungkook ni.Aku tengok korang berdua hampir tak ada otak aje perangainya".Dengan selambanya J-Hope menjawab.

"Aku? Tak ada otak? Pfft! Jangan nak buat lawaklah kuda".V tergelak kecil mendengar kata-kata J-Hope.

"Kau memang tak ada otak pun".Kali ini Rap Mon pula yang berkata.

"Hei! Aku ada otak ok! Kalau korang nak tahu , akulah orang yang paling cerdik sekali di dunia ni".V mendabik dada sambil mencebik ke arah Rap Mon.

"Yeke? Kalau macam tu , cuba selesaikan soalan yang aku bagi ni".Rap Mon tersenyum sinis ke arah V.

"Tanya aje.Aku confirm boleh jawab sambil tutup mata".V dengan riaknya menjawab.

"Ok. 1+1 berapa?".Soal Rap Mon.

"1+1……Erm…".V mengira menggunakan jari tangannya berulang kali.

Jin yang melihat V seperti itu hampir tergelak.Suga pula kebosanan melihat V.Matanya hampir tertutup melihat kelakuan V.

"Erm......11?".V kurang pasti dengan jawapannya.

Serentak dengan itu , Jin , Rap Mon , J-Hope , Jackson dan Jungkook tergelak sambil memegang perut mereka.Suga pula hanya melakukan roll-eyes kepada V.

Yes I'm a Vamp!Onde histórias criam vida. Descubra agora