Bahagian III: Gantian

376 9 1
                                    

Hei, rapatlah ke mari. Aku ada cerita...maaf, teori nak dikongsi.

Kau tahu bagaimana kadang-kadang kau bangkit tidur di tempat yang aneh?

Berjalan dalam tidur? Mungkin. Jin jembalang alihkan? Agaknya. Hilang ingatan? Boleh diterima.

Bagaimana kalau aku katakan, setiap malam apabila kita tidur, tubuh kita diganti dengan baru?

Teori aku, kita ada satu jiwa. Tapi badan kita ada banyak stok gantiannya.

Sebab itu apabila kita bangun pagi dan rasa segar, mungkin proses penggantian badan berjalan lancar sewaktu kita tidur.

Kalau bangun dan rasa tak sedap, mungkin stok badan baru belum sampai dan dikitar semula daripada stok terpakai, ya tak?

Berbalik semula kepada soalan aku tadi. Aku rasa sebab kita bangun di tempat-tempat aneh adalah kerana proses penggantian badan masih belum selesai sepenuhnya dan jiwa kau bangkit terlalu awal. Kira mission abandoned lah.

Macam mana? Boleh pakai tak teori ni?

BaculCipan mempersembahkan: ParanoiaWhere stories live. Discover now