01

18.7K 598 31
                                    

Aku berjalan dengan langkah yang berat menuju ke arah Prince Collage.Masih terngiang-ngiang lagi perbualan aku dengan Xiumin, abangku.

" Abang nak Xyiu masuk kolej tu. Untuk gantikan abang buat sementara waktu. ", Xiumin memalingkan badannya ke arah aku. Sementara aku kelu seribu bahasa. Aku perempuan macam mana nak berlakon macam lelaki?

" Tak apa, jangan risau. Just berlakon je. petang nanti abang akan bawak Xyiu ke kedai gunting rambut, ye? Xyiu kene potong rambut macam orang lelaki. Pasal pakaian Xyiu, biar abang uruskan. Dada... ehem.. takpa. Abang ada cara. Trust me, okay? ", Xiumin... kenapa mesti aku? Aku hanya mampu menurut sahaja. Nak membantah? Terasa kesian pulak dengan abang aku. Xiumin, salah seorang ahli Exo. Dan sentiasa sibuk ke sana dan kesini atas sebab urusannya sejak menjadi Idol. Aku mengeluh.

Aku mengeluh seraya mengheret bagasiku. Penampilanku tak ubah seperti seorang lelaki. Rambut yang panjang sekarang dah pendek. Geez. Aku berhenti sejenak di hadapan pagar sebelum seorang guard kolej datang ke arahku sambil tesenyum untuk membuka pagar.

" Pelajar baru ? ", Tanya guard tersebut. " Haah, pak cik tahu dekat mana saya boleh cari pejaba- ", Sebelum aku sempat menghabiskan ayatku seorang lelaki datang menyampuk.

" Hi ? "
" Err.. Hey? Dan... "
" Kim Taehyung. Pelajar baru ke? "
" Haah,"
" Ooh, mari saya tunjukkan pejabat untuk awak. "

Aku mengikut Kim Taehyung dari belakang. Terasa janggal pula. Aku meneliti dari atas ke bawah penampilanya. " Saya nampak pelik ke? ", Macam mana pulak mamat ni tahu aku tengah duk scan dia? Aku menelan air liurku yang terasa perit sebelum membalasnya. " Er... tak. Takde pape. ", Terasa pipiku panas membahang. Tulah siapa suruh duk ngendap anak teruna orang.

" Nama apa? "

" Saya.... Xyiu...min. ", Aduh.. apa pasal aku bagitahu nama macam tu?! Aku mengentap bibir seraya menundukkan kepala.

" Hmmm? Xyiumin? Kalau saya panggil Xyiu saja boleh? "

" Ha? Ha..ah..ha'ah.. lagi bagus. Hehe... ", Aku menggaru kepala yang tidak terasa gatal. Kenapa dengan aku ni?!

" Jarang saya jumpa dengan lelaki yang muka macam girl. ", Aku dapat melihat senyumanya dari arah belakang. Apa patut aku jawab ni??!

" Memang biasa ke cakap saya-awak dengan lelaki? ", Aku dah gila agaknya.

" Tak jugak. Dengan new student je. Hahahaha, kenapa tanya? Awak rasa janggal ke? "

" Eh..tak adalah. By the way, jauh lagi ke pejabat? "

" Nak dekat dah. "

***

" Xyiu? ", Taehyung menepuk bahuku. " Ye? ", aku melihat kearahnya yang sedang tersenyum. " Awak akan tinggal sebelah dorm saya je. ", Taehyung mengenyitkan matanya ke arah aku. Mamat ni gay ke? Tapi...aku girl. Gay apanya. " Saya masuk dorm saya dulu ya? See ya soon. ", Dia melambaikan tanganya kearah aku sebelum melompat-lompat masuk ke dalam biliknya. Aku tersenyum melihat gelagatnya.

Nasib baik warden kolej ni bukan jenis banyak songeh nak daftar. Selepas keluar dari pejabat, hanya Taehyung yang setia menemaniku sehingga ke bilik. Nasiblah dia cumba tinggal sebelah je. Boleh aku mintak tolong dia nanti. Tapi... aku tak rasa malu ke? Aku mengeluh. Lupakan. Aku memulas tombol pintu selepas membuka kunci tombol dengan kunci yang telah diberikan ketika aku daftar tadi. Aku membuka luas pintu dorm tersebut dan.... semua pelajar lelaki yang sedang membuat hal masing-masing memandangku. Aku akan tinggal dengan mereka semua ini ke?! Boleh dikatakan semuanya hanya tiga pelajar lelaki. Tetapi... aku tidak pernah lagi tinggal dengan mana-mana lelaki kecuali abang aku. Tapi...takda lah sampai tidur sebilik. Aku memandang satu persatu wajah yang sedang melihatku.

A Girl In My Dorm || jjkWhere stories live. Discover now