Berita pembatalan tunang antara keluarga Phyliss dan keluarga Diraja tersebar diserantau kerajaan Skarva. Oleh kerana peraturan dan adat, gadis dimana pertunangannya diputuskan akan pergi merenung diri. Satu tradisi kuno yang diamalkan oleh masyarakat bangsawan di kerajaan Skarva dikenali sebagai Adat Serimba Rasa. Tradisi ini diwarisi sejak berabad-abad lalu, dan ia melibatkan gadis yang pertunangannya diputus, sama ada atas kehendaknya sendiri atau pihak lain, untuk pergi merenung diri di sebuah kawasan terpencil.
Sebelum gadis itu berangkat, keluarganya akan mengadakan sebuah upacara kecil. Gadis tersebut akan mengenakan pakaian berwarna putih bersulamkan corak bunga layu, melambangkan kehilangan dan peralihan dari satu fasa kehidupan ke fasa yang baru. Dia akan dibekalkan dengan sebuah kotak kayu kecil berisi surat-surat pengakuan diri—surat yang dia sendiri akan tulis sepanjang tempoh perenungannya, menumpahkan segala rasa yang terbuku di hati. Kotak ini juga melambangkan penyucian emosi dan pemulihan diri. Itulah apa yang diamali oleh Nyx sendiri saat ini, dan kebetulan pada saat itu, Wilayah Utara menjadi destinasinya untuk merenung diri.
Nyx senyum tipis mengusap wajah ibunya menyapu titisan mutiara jernih yang setia mengalir membasahi wajah Victorya.
" Ibu jaga diri..." ujar Nyx lembut. Dia kemudian beralih memandang wajah ayahnya, Grand Duke Charles.
" Ayah..."
Charles tanpa sepatah kata pantas memeluk tubuh puterinya.
" Jaga diri kamu baik-baik.." ujar Charles melepaskan pelukan, mengusap lembut pipi anak gadisnya, perasaan bersalah menguasai diri apabila melihat luka kecil dihujung bibir mungil anaknya.
" Maafkan ayah..." air mata tuanya akhirnya menitis jua. Tergamak, dia sebagai seorang ayah menampar wajah puterinya.
Nyx senyum bersama air mata dan perlahan menggelengkan kepalanya.
" Ayah tak punya satu dosa pun pada Rena... Rena yang bersalah, buatkkan ayah pening kepala..." Nyx ketawa kecil cuba menghibur suasana disekelilingnya.
Nyx beralih pada Venal, dia ketawa kecil melihat abang keduanya menangis teresak-esak, abang kesayangannya yang sentiasa menyokong setiap tindakannya, sentiasa ada dengannya, menghibur hari-hari Nyx.
Nyx ketawa memeluk tubuh abangnya erat, tangannya mengusap lembut belakang tubuh abangnya.
" Abang.. Abang janganlah nangis... Ren pergi bukannya lama... 3 bulan sahaja..."
" 3 bulan itu lamalah... Nanti abang sunyi, Ren tak ada di rumah teman abang..."
Nyx ketawa kecil meleraikan pelukan.
" Lokey kan ada..." ujar Nyx menyebut nama haiwan peliharan mereka, Lokey.
" Ren jaga diri baik- baik kat sana... Kalau ada apa-apa jadi, bagitahu abang... Nanti abang terbang pergi jumpa Rena..."
Nyx ketawa kecil.
" Baiklah abang..."
Dia kemudian berundur setapak perlahan, abang sulungnya,Valdimir tidak bersama menghantarnya pergi. Mata hijau zamrud milik Nyx perlahan mencari kelibar abang sulungnya di dalam rumah agam.
" Vald berada di istana, menguruskan beberapa hal di sana.." ujar Grand Duke apabila melihat puterinya seolah-olah mencari abangnya yang satu itu.
" Vald... Sepatutnya dia berada disini pada hari pelepasan Verena... Dasar orang tua..." rungut Venal.
Nyx mengukir senyum tipis, seolah-olah menghapuskan segala perasaan yang berkecamuk di dadanya. Dengan penuh ketenangan, dia melangkah menuju ke kereta kuda, gerak-gerinya lembut. Dia menaiki kereta itu dengan hati-hati, jemarinya yang halus menyentuh pegangan kayu yang sejuk. Saat dia duduk, pandangannya terarah ke luar jendela kecil, di mana keluarganya berdiri.
Nyx mengangkat tangan, melambai perlahan ke arah mereka, tetapi tiada air mata yang jatuh. Hanya senyum sayu yang terukir di bibirnya. Inilah saat yang dia nantikan sekian lama—saat dia bebas meninggalkan semuanya, menuju ke wilayah utara, tanpa perlu menyamar atau berselindung di balik bayang-bayang lagi. Kebebasan yang begitu dekat, kini akhirnya dalam genggamannya.
~~~~
Ketibaanya disambut meriah oleh Duke WinstonVan Doren bersama pengikutnya, Nyx menggenggam erat tangannya cuba menguatkan hati berhadapan dengan bapa saudaranya, kain putih penutup wajah perlahan diikat, dia perlahan turun dari kereta kuda tersebut. Perlahan dia menunduk memberi salam hormat pada bapa saudaranya.
" Tak perlu terlalu formal... Kita juga bukannya orang luar..." ujar Duke dengan nada mesra.
Nyx mengangkat wajahnya memandang tepat ke arah wajah bapa saudaranya.
" Maaf sudah menyusahkan Duke."
Duke Winston hanya menyeringai.
" Susah? Kedatang kamu adalah satu kegembiraan, pakcik sepatutnya merasa bersyukur kerana kamu sudi melangkah ke wilayah tandus ini menjadi destinasi untuk merenungkan diri kamu."
Nyx hanya senyum tipis disebalik penutup wajahnya.
" Marilah kita masuk ke dalam, pakcik sudah sediakan makanan untuk kamu.. Mungkin tidak semewah di ibu kota namun memadai untuk disebut makanan."
" Terima kasih, Duke."
YOU ARE READING
PUPPET: The Strings of Verena (COMPLETE✔️/IN EDITTING)
FantasyWARNING!! +HAMBAR +GRAMMAR ERRORS +MY OWN IDEA +MATURE CONTENT (15+) +TYPO BERSEPAH +TIADA KAITAN DENGAN YANG HIDUP ATAU MATI DILARANG MENCIPLAK HASIL KARYA SAYA!!! JALAN CERITA 100% IDEA SENDIRI!!! SEBARANG KESALAHAN AMAT DIKESALI!!! START: 15 MA...
