Hampir setengah jam, Nyx berkeliaran sendirian di kota tersebut, tanpa pengawasan. Dia terpesona dengan suasana sekitar, tangannya dipenuhi dengan pelbagai makanan dan roti. Ketika asyik melangkah tanpa memandang hadapan, Nyx tanpa sengaja merempuh sesuatu yang keras, menyebabkan dirinya jatuh terduduk di atas jalan berbatu, namun tangannya tetap erat memegang beg makanan.
"Auch!" Nyx mengaduh kesakitan, dahinya berkerut menahan rasa sakit di punggungnya. "Sejak bila ada tiang sebesar alam di tengah-tengah jalan ni?" bebel Nyx sendirian, lalu perlahan bangkit dan mengibas gaunya.
Apabila dia memandang ke depan, Nyx terkejut. Yang disangkanya tiang, rupa-rupanya adalah seorang pemuda.
"Maaf... Saya tak sengaja," Nyx berkata, memandang lurus ke arah mata pemuda tersebut dengan berani. Senyuman kecil terukir di bibir mungilnya.
Pemuda itu, yang bermata merah dan berambut hitam dengan jubah labuh menutupi separuh tubuhnya, hanya memandangnya dengan dingin tanpa mengeluarkan suara.
Nyx merinding, tetapi berusaha untuk tenang. Manusia-manusia yang berjalan melimpasi mereka memandangnya dengan sorotan mata simpati, juga melemparkan pandangan ketakutan pada pemuda di hadapannya.
"Awak tak apa-apa? Jika saya kotorkan baju atau kasut awak... Saya boleh ganti... Kejap ya..." Nyx ingin mengeluarkan wang sakunya tetapi terhenti. Tanpa disedari, dia kini kehabisan duit. Nyx tersengih, memandang pemuda itu sekali lagi. "Maaf... Saya lupa duit saya dah habis... Kalau awak tak kisah... Awak boleh pergi ke rumah—"
Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, tiba-tiba tubuhnya ditarik ke belakang dan dilindungi oleh pengawal kota. Nyx terkejut, menyebabkan makanannya tumpah ke tanah, dan tanpa rasa belas kasihan, pengawal itu memijak makanan yang jatuh.
"Berundur! Dasar bangsa hina! Apa kau lakukan pada gadis ini?!" herdik salah seorang pengawal, memarahi pemuda di hadapannya.
"Eh, kenapa ni?" Nyx keliru, melihat seorang lagi pengawal melindunginya.
"Cik Muda, tak apa-apa? Cik Muda terluka?" tanya pengawal tersebut dengan nada khawatir.
"Saya tak apa-apa... Tapi kenapa—"
"Dia adalah bangsa Satan. Lihatlah mata darahnya... Seolah-olah ingin membunuh kita di sini..." ujar pengawal yang melindungi Nyx.
Nyx terdiam, matanya yang hijau zamrud menangkap pandangan pemuda itu. Walaupun menakutkan, ada keindahan dalam tatapan itu, seperti permata ruby yang bersinar terkena cahaya.
"Satan?" Nyx bertanya, masih keliru.
"Lebih baik Cik Muda jangan terlalu dekat dengan dia."
Nyx diam. Meskipun hatinya bergejolak dengan kekeliruan, rasa marah membakar apabila dia melihat kaki pengawal itu dengan sengaja memijak makanan yang baru dibelinya. Tanpa sedar, Nyx tergelak sinis.
"Hey... Awak semua ini memang... binatang!" ujar Nyx, matanya tidak lepas memandang ke tanah.
"Ap...apa?" Pengawal itu terkejut.
"Itu!" Nyx menundingkan jarinya ke arah makanan yang remuk di bawah kaki pengawal. "Masalahnya sekarang bukan dia tahu... Tapi awak semua!"
"Hey... Tengoklah apa yang kamu semua lakukan sekarang... Makanan itu... Itu makanan saya! Awak semua jatuhkannya!" herdik Nyx, tidak puas hati.
Pemuda di hadapan Nyx hanya memandangnya dengan penuh tanda tanya, tidak mengerti mengapa gadis itu mengherdik pengawal dan bukannya dirinya.
"Selamatkan? Siapa yang perlu diselamatkan sekarang ini, hah?! Makanan saya!! Saya belikannya dengan duit saya! Sekarang, saya kehabisan duit!! Macam mana saya nak pulang ke rumah?! Jawab sekarang! Jika makanan itu ada, sekurang-kurangnya saya tidak kelaparan apabila pulang berjalan kaki ke rumah! Tapi sekarang, makanan itu sudah tiada! Tiada!!! Sebab kamu berdua!!" sembur Nyx dengan sekali nafas, mengungkapkan kemarahan dan keputusasaannya.
Pengawal kota itu terdiam, berpandangan sesama sendiri apabila gadis di hadapan mereka memberontak dan memprotes sambil menangis menujuk makanan yang mereka tidak sengaja tumpahkan.
Pemuda itu hanya beriak kaku, lalu menyeret Nyx pergi. Sebelum sempat dihalang, pengawal itu tidak berani bersuara apabila Nyx menjerit memarahi mereka. Melihat keadaan itu, mereka segera melepaskan pemuda tersebut, membiarkan Nyx dibawa pergi.
~~~~
Air mata Nyx masih lagi mengalir, namun roti di tangannya tetap dilahap dengan penuh kemarahan, seolah-olah setiap suapan itu adalah pelampiasan kepada rasa sakit di hatinya.
"Terima kasih," ucap Nyx lembut, memandang wajah pemuda di sebelahnya dengan tatapan yang penuh rasa syukur.
Pemuda itu hanya diam, menganggukkan kepalanya sebagai balasan.
"Awak... Sedari tadi asyik diam... Ermm... Maaflah jika soalan saya sedikit membuatkan awak tidak selesa, tetapi saya betul-betul nak tahu... Awak bisu?" soal Nyx, matanya membulat penuh keingintahuan.
Lelaki itu menanggukkan kepalanya, matanya memandang tangan Nyx dengan penuh harapan, seakan-akan meminta gadis itu untuk menghulurkan tangan kecilnya.
Nyx yang seolah-olah memahami, segera menghulurkan telapak tangannya kepada pemuda itu.
"Saya bisu dan pekak," tulis pemuda itu dengan lembut, mengukir setiap patah perkataan di telapak tangan Nyx.
Nyx mengangguk, melemparkan pandangan penuh simpati kepada pemuda tersebut. Walaupun dia bisu dan pekak, namun aura kekacakannya tetap bersinar. Sempurna.
"Jadi, awak faham apa yang saya katakan hanya dengan gerakan bibir?" tanyanya lagi.
Pemuda itu mengangguk dengan penuh keyakinan.
Nyx tersenyum, lalu mengambil tangan pemuda tersebut dengan lembut. "Nama saya Verena Phyllis... Awak boleh panggil saya Ve—"
Tiba-tiba, dari entah mana, suara sayup-sayup berbisik di kepala Nyx, menyebabkan kepalanya berdenyut.
"Eve~~"
Suara itu menjalar lembut namun menghantui.
Nyx memejamkan matanya, merasakan sakit mencucuk di telinganya. Pemuda di hadapannya menunjukkan reaksi risau, menyentuh bahu Nyx dengan penuh lembut. Ketika Nyx membuka matanya, bayangan figura seorang budak lelaki tiba-tiba melintas, namun wajahnya kabur.
Dengungan di telinga Nyx semakin kuat, membingungkan fikiran dan membuatkan dia tidak mendengar suara di sekelilingnya. Tiba-tiba, tubuh kecil Nyx ditarik dari belakang, menjauhi pemuda tersebut. Dengan perlahan, Nyx mendongak.
"Marius?" suaranya bergetar, melihat wajah itu dipenuhi kemarahan, lalu perlahan menatap pemuda di hadapannya.
"Jangan..." Nyx bersuara lemah, mengenggam baju Marius dengan harapan.
"Lepaskan... Lepaskan dia..." Nyx berusaha melangkah ke arah pemuda itu, ingin menghalang pengawal yang mengikatnya. Namun, langkahnya terhenti apabila dirinya rebah ke tanah, sempat disambut oleh Marius.
"Jangan apa-apakan dia..."
Itulah kata-kata terakhir yang terluah dari bibirnya sebelum Nyx menutup matanya dengan rapat, membiarkan kegelapan menyelubungi dirinya
YOU ARE READING
PUPPET: The Strings of Verena (COMPLETE✔️/IN EDITTING)
FantasyWARNING!! +HAMBAR +GRAMMAR ERRORS +MY OWN IDEA +MATURE CONTENT (15+) +TYPO BERSEPAH +TIADA KAITAN DENGAN YANG HIDUP ATAU MATI DILARANG MENCIPLAK HASIL KARYA SAYA!!! JALAN CERITA 100% IDEA SENDIRI!!! SEBARANG KESALAHAN AMAT DIKESALI!!! START: 15 MA...
