50 - NADINE SOFEA

Start from the beginning
                                    

Muka Darrell apatah lagi. Masam mengalahkan cuka melihat reaksi Harlem. Walaupun dia sudah menyangka dengan respons sahabatnya, hati Darrell masih sakit.

"Seriously, Darrell? Aku ingat hari tu kau main-main saja dengan aku." beritahu Harlem. Sisa tawa masih kedengaran.

Darrell hanya mengeluh kasar.

"Kau ingat aku ada pilihan ke?" balas Darrell.

"Siapa cakap tak ada pilihan? Dia ini lah pilihan kau." Harlem tunjuk nama yang ada di dalam kad tersebut.

Nadine dari tadi hanya mendiamkan diri. Tak tahu nak bagi reaksi yang macam mana. Melihat Harlem yang masih seronok mengusik Darrell membuatkan dia serba salah mahu membuka mulut.

"Tahniah, Darrell." ucap Nadine akhirnya.

"Tahniah ke takziah?" sampuk Harlem pula.

"Harlem, janganlah." Nadine menyiku kuat lengan Harlem.

Dia kalau menyakat orang memang nombor satu!

"Thanks." balas Darrell ringkas. Mata sempat menjeling tajam ke arah Harlem.

"Kau dah bagitahu Az?" tanya Harlem lagi.

"Dah."

"So macam mana reaksi dia bila dengar berita buruk kau ni?" Harlem berniat mahu mengusik Darrell sekali lagi.

"Kau dengan dia boleh sama-sama pergi mampus! Dah! Aku nak balik!" Darell lantas melangkah pergi. Lama-lama di sini hanya menyakitkan jiwanya saja.

Tawa besar Harlem terhambur lagi. Hari ini adalah antara hari paling gembira buat Harlem. Dan dia yakin Azrael ialah orang yang paling teruja mendengar perkhabaran ini.

Darrell, Darrell.

"Tak baik awak buat dia macam tu." tegur Nadine.

"Jujur saja pada aku, sayang. Kau tak rasa ke semua yang jadi ni melucukan?" balas Harlem pula.

"Tapi still, awak janganlah ejek dia sampai macam tu sekali. Saya tak sampai hati tengok muka dia tadi." bidas Nadine.

"Awak sendiri pun tahu juga kan? Benda begini bukan boleh buat main. Saya faham mesti susah untuk Darrell buat keputusan macam ni."

"Iya, sayang. Aku tahu. Semua benda yang dah jadi ini membuatkan aku sedar yang kita memang tak boleh menduga takdir Tuhan."

"Macam kau..." pipi Nadine dibelai lembut.

"Kau ialah takdir Tuhan yang aku tak jangka. Dan aku rasa sangat bersyukur sebab Tuhan beri kau untuk aku."

Nadine tunduk seketika bersama senyuman di bibir.

"Awak memang suka kan buat saya blushing macam orang tak betul?" pipi Harlem dicubit tanda geram.

Biasa betul dengan perangai macam tu.

"Kau nampak sangat comel bila blushing."

Ah, Harlem! Rama-rama saya muncul lagi.

"Mari, balik! Awak dah busuk." usik Nadine menutup hidung. Sebelum dia betul-betul pengsan di situ lebih baik Nadine melarikan diri terlebih dahulu.

"Nanti kita mandi sama-sama, okay?" jerit Harlem cuba mengejar Nadine dari belakang.

Merah padam muka Nadine. Pengunjung-pengunjung taman yang terdengar jeritan Harlem tadi lantas mengalihkan pandangan ke arahnya.

Malunya!

Dasar lelaki gatal!


















NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now