30 - NADINE SOFEA

5.3K 463 58
                                    

Minyak wangi di sembur pada tubuh sebagai penutup bagi Harlem setelah selesai mempersiapkan diri. Sebelum kaki melangkah keluar, mata tertancap pada sebingkai gambar yang terletak elok di atas meja cermin.

Jari mencapai gambar tadi. Wajah Puan Sri Anggun ditatap lama.

Tahun berganti tahun, marah pada arwah ibunya diganti dengan rindu yang sentiasa hadir di dalam hatinya.

Setiap kali Harlem rindu, perasaan serba salah juga selalu menampar jiwa Harlem. Jika saja dia tidak pernah mengenali Nadine, semua ini tidak akan pernah berlaku.

Mungkin kini, dia juga tidak akan menjadi pendendam seperti ini. Sarat dengan rasa benci.

Benci pada lelaki yang telah menghancurkan keluarganya. Benci pada Nadine.

Kematian Encik Adlee bukan bermakna Harlem harus melupakan segala-galanya. Nadine masih ada. Gadis itu mesti membayar setiap rasa derita yang Harlem tanggung selama ini.

Tapi, mengapa sejak kebelakangan ini Harlem seakan tewas. Perbuatannya tidak selari dengan niat asal untuk menikahi Nadine.

Dia lupa dendamnya bila bersama gadis itu.

Harlem meraup rambut ke belakang. Kepala digeleng berkali-kali sebelum dengusan berat hadir di bibir.

'Ingat janji kau sendiri, Harlem. Sakiti Nadine. Biar dia rasa apa yang kau rasa.'

Suara itu membakar lagi hati Harlem.

"Uncle Harlem!" suara Daisy dari luar membuatkan Harlem tersentak.

Perlahan kaki melangkah mahu membuka pintu bilik.

Harlem terpanar seketika sebaik pintu dikuak. Wajah senyum Nadine menyambut pandangan mata sehingga membuatkan dirinya seakan dipukau.

Tanpa sedar, anak mata bergerak atas bawa meneliti penampilan Nadine hari ini.

Casual dress bercorak bunga-bunga kecil yang dikenakan pada tubuh ramping Nadine itu menggamit matanya agar tidak berhenti untuk melihat.

"Uncle, cepatlah!" Daisy menarik tangan Harlem membuatkan lelaki itu sekali lagi tersentak.

Cepat-cepat Harlem kalih mata memandang Daisy.

Tak boleh jadi!

"Uncle Darrell dengan uncle Gary dah sampai. Semua orang tengah tunggu uncle sekarang tau." rungut Daisy geram.

Perasaannya mahu picnic di pantai itu memang berkobar-kobar. Tak boleh kalau ada yang lambat sikit.

"Mari." tangan Daisy diraih lalu berjalan meninggalkan Nadine keseorangan di situ.

Tiba di ruang tamu, Darrell dan Gary serentak berdiri menyambut kedatangan Harlem.

Sejak pagi tadi, Daisy asyik mengadu kebosanan duduk di rumah dan kebetulan juga hari ini cuti. Jadi, atas cadangan Harlem kerana kasihankan anak saudaranya yang mungkin akan pengsan kerana terlalu bosan, dia mengajak Daisy untuk berkelah di pantai.

Apa lagi Daisy bila diajak, suaranya hampir membuatkan rumah Harlem serupa kena gempa bumi kerana terlalu teruja.

Kebetulan, Gary dan Darrell juga tidak ke mana-mana hari ini. Jadi, dua jejaka kacak itu turut dipelawa sekali. Harlem bukan apa, dia tidak mahu berduaan dengan Nadine walaupun masih ada Daisy.

Dia benci perasaan asing yang hadir dalam dirinya setiap kali bersama Nadine.

"Ada lagi barang yang perlu di bawa, Tengku, Cik Puan? tanya Gary selesai membantu.

Harlem sengaja diam. Biar Nadine saja yang menjawab sebab dari tadi segala makanan dan barang keperluan mereka di sana nanti telah diuruskan oleh Nadine tanpa di suruh.

NADINE SOFEADonde viven las historias. Descúbrelo ahora