17 - NADINE SOFEA

3.5K 317 13
                                    

Harlem?

Air liur yang di telan terasa pahit. Wajah cantik Nadine berubah pucat setelah menyedari kehadiran lelaki itu di hadapannya. Sumpah, ketika ini Nadine mahu melarikan diri namun kakinya seakan menjadi lumpuh di situ.

Mata tajam Harlem tepat memanah ke arahnya mengundang rasa cemas Nadine. Pandangan itu masih sarat dengan benci dan amarah sama seperti 10 tahun yang lepas.

"Tengku dah jumpa toilet?" suara Nikki tiba-tiba mencelah.

Kehadiran Nikki melegakan hati Nadine. Tidak pernah dia rasa segembira ini melihat wajah sepupunya yang menyakitkan hati itu. Tapi kali ini, Nikki lah penyelamatnya.

Harlem menoleh Nikki di sebelah.

"Dah." Harlem jawab ringkas lalu melangkah pergi.

"Yang kau tercegat macam patung di situ dah kenapa? Air yang aku suruh buat tadi dah siap?" nada suara Nikki berubah kasar pula. Hilang intonasinya yang manja sewaktu dia bercakap dengan Harlem tadi.

"Ah-er, sikit lagi." Nadine jadi kalut. Pekerjaannya yang terbantut tadi mula dikerjakan semula.

"Kau ingat mentang-mentang daddy aku dah balik rumah lepastu ada tetamu dekat depan, kau boleh main-main buat kerja depan aku? Hm?" kepala Nadine di tunjal.

"Maaf." ucap Nadine lemah.

Nikki menggulingkan mata ke atas.

"Lepas buat air, kau tolong aku layan kawan-kawan aku di depan. Jangan ingat kerja kau dah selesai." arah Nikki mahu melangkah pergi namun sempat di halang Nadine.

"T-tapi Nikki, lepas ni saya nak keluar sekejap. Saya nak jumpa Ez-"

"Heh!" tangan Nadine ditepis. Jijiklah!

"Apa dia? Nak keluar sekejap? Kau ingat rumah ni rumah mak bapak kau ke sesukahati kau nak keluar masuk? Kau tu orang gaji jadi buat cara macam orang gaji lah." sekali lagi kepala Nadine ditunjal.

"Kalau aku tak nampak muka kau di depan, kau tunggulah apa yang mummy aku buat pada kau esok." ugut Nikki pantas berlalu dari situ.

Nadine mengeluh berat. Perasaan cemas datang lagi. Bukan dia tak mahu mengerjakan suruhan Nikki t-tapi.. Harlem sedang berada di...

Argh! Nadine jadi serabut.

Kalau dunia ini betul-betul luas kenapa dia harus bertemu semula dengan Harlem? Di rumah ini pula tu?!

Mata dipejam rapat sebelum membuka langkah. Banyak kali Nadine berdoa di dalam hati sepanjang perjalanannya menuju ke ruang tamu.

Malam ini akan berlalu juga, Nadine. Buat saja muka tak malu kau tu!

Nadine tebalkan wajah sebaik saja dia tiba di ruang tamu. Tidak sengaja mengangkat kepala, pandangannya bertemu dengan Lilia yang turut berada di situ.

Ah, sial!

Ada kejutan lagi rupanya di sini. Lilia.

Gadis itu hanya tersenyum ke arahnya. Tiada tanda-tanda mahu menegur. Nadine membalas dengan senyuman nipis sambil tangan sibuk melakukan pekerjaannya. Mujur Lilia tidak bersuara apa-apa. Dia tidak mahu Nikki tahu bahawa dia mengenali dua orang tetamunya di situ.

"So Nikki, inilah sepupu kau tu? Yang kau selalu cerita dekat kitaorang dulu?" salah seorang rakan Nikki bertanya.

Nadine bertentang mata sekejap dengan mereka. Pandangan mereka penuh jelik melihat Nadine. Entah apa yang Nikki pernah cerita tentang dia pada rakan-rakannya.

"Kalau dia sepupu Nikki, mana ada dia layan kita macam bibik? Kan Nikki?" soalan itu disambut dengan gelak tawa.

Sengaja Nadine memekakkan telinga. Hatinya terguris tapi apa yang boleh Nadine buat?

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now