4 - NADINE SOFEA

5.2K 351 40
                                    

"Nadine!"

"Nadine!"

Nadine yang baru saja keluar dari kelas itu terkejut apabila mendengar namanya dipanggil. Kepala Nadine berpusing mencari arah suara itu.

"Nadine, sini lah!" Armani melambai dari deretan lokar.

Langkah kakinya terus dipercepatkan apabila terlihat Armani dan Leanna di situ.

"Nadine, aku ada cerita best nak bagitahu kau ni." kedengaran suara Armani begitu teruja. Melebar bibir Armani mengukir senyuman.

"Cerita best apa?" tanya Nadine memandang wajah Armani dan Leanna silih berganti.

Tidak seperti Armani, wajah Leanna kelihatan cemberut. Dari tadi matanya asyik menjeling Armani seakan tidak berpuas hati.

Ini pasti Armani hendak mengusik Leanna. Tahu sajalah perangai si Armani ini. Ada saja idea nya nak menyakat orang. Nadine pun kadang-kadang tak terkecuali tau.

"Tengok ni!" Armani mengeluar sekeping surat berwarna merah jambu di dalam poket baju uniform nya.

Nadine angkat kening tinggi.

"Apa ni?" soal Nadine kehairanan.

Armani mendengus lemah.

"Baca lah dulu. Kau ni pun. Eee. Geram aku tau." Armani menolak surat di tangannya ke arah Nadine.

Surat bertukar tangan dan untuk seketika Nadine diam membaca isi di dalam surat tersebut. Sesekali bibirnya mengukir senyuman nipis.

"Oh my god, Leanna!" giliran Nadine pula teruja.

"Kan!" sambung Armani di sebelah.

"Kau pun sama macam Armani ya? Terkinja-kinja macam orang gila." Leanna masih dengan wajahnya yang cemberut. Dia tidak berpuas hati kerana Nadine juga memberikan reaksi yang sama seperti Armani.

"Of course kitaorang excited untuk awak, Lea. Siapa tak kenal Adrian Lee? Lelaki paling kacak, popular, pandai dan ketua pelajar E-Royals Highschool pula tu. Full package! Dia ajak awak dating. Tak akan awak tak excited?" beritahu Nadine bersama perasaan terujanya.

"Sorry, aku tak berminat." surat dari tangan Nadine dirampas.

Armani merengus geram.

"Kau ni kan, Leanna. Orang dah ajak date kau pergi saja lah. Rugi tau kalau kau reject orang handsome macam tu. Ni tengok. Betapa besarnya effort dia nak ajak kau keluar. Tulis surat, lepastu selit di loker kau. Siap sembur minyak wangi Versace pula tu dekat surat ni. Tak cukup sweet ke bagi kau?"

Leanna buat muka jelik tanda menyampah.

"Alah. Kalau setakat cara lame begitu nak ajak perempuan dating dengan dia, tak ada maknanya aku nak cair. Lainlah kau." bidas Leanna lagi.

"Aku syak kau ni homoseksual sebenarnya. Sebab tu bila mana-mana lelaki yang ajak kau dating, kau tolak mentah-mentah. Entah-entah dekat belakang kitaorang sebenarnya kau dah ada girlfriend kan?" tuduh Armani selamba.

"Aku cili mulut kau nanti. Kalau aku lesbian, dah lama aku rogol kau dengan Nadine. Bongok." Leanna tarik rambut ekor kuda Armani.

Pandai-pandai dia saja buat teori mengarut.

"Mana lah tahu. Hai Lea. Aku harap one day kau akan jumpa lelaki paling annoying dalam dunia dan kau jatuh cinta dengan dia. Itu balasan untuk kau sebab tak pandang lelaki-lelaki baik dan sweet macam Adrian Lee."

Leanna hanya memekakkan telinga mendengar 'sumpahan terkutuk' Armani itu tadi.

"Whatever." Leanna memutarkan bola mata ke atas.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now