45 - NADINE SOFEA

7.1K 522 24
                                    

Badan Nadine jadi keras. Melihat sebatang tubuh yang sedang berdiri di hadapannya kini membuatkan jantung yang berdegup tenang berubah kacau bilau.

Mengapa lelaki ini boleh berada di sini juga?

Tujuan Nadine menyertai percutian ini adalah untuk menenangkan diri bukan mahu buat kepala dia makin bertambah serabut. Lebih baik Nadine terperap saja dalam bilik cuti ini dari tengok muka itu sepanjang dua hari di sini!

"Saya sebagai wakil dari Emmersons Royals sangat berbesar hati kerana pihak kami dapat menaja semua guru di Little Einstein Preschool bercuti di sini. Tajaan ini juga sebenarnya sebagai tanda terima kasih dari pihak kami kerana berjaya mengajar anak-anak staff dari syarikat kami."

"Kerana setahu saya banyak staff kami menghantar anak-anak mereka bersekolah di sini. Betulkan jika saya salah, madam Ayu?" Harlem memandang Madam Ayu namun setelah itu matanya beralih ke arah Nadine yang duduk bersebelahan bersama wanita separuh umur itu.

Berapi bola mata Nadine melihat senyuman Harlem. Tak tahu kenapa dia rasa marah sangat? Rasa kena tipu pun ada. Tapi nak salahkan siapa? Rosie pun nampak gayanya tak tahu apa-apa.

"Betul, Harlem." Madam Ayu mengangguk.

"By the way, it was lovely meeting you, Madam Ayu." wanita itu senyum nipis.

"Untuk pengetahuan semua, dulu Madam Ayu pernah jadi pengasuh saya dengan abang saya. Jadi, ini salah satu sebab kenapa secara peribadinya saya berikan tajaan ini."

Nadine hampir tidak mampu mengawal mulutnya dari ternganga luas. Madam Ayu di sebelah diperhati sejenak.

Bagaimana sekalipun Nadine cuba mahu menjauhkan diri dari Harlem, pasti ada satu cara Tuhan mahu kaitkan dia pada Harlem. Bersepah tadika yang ada di bumi ini, mengapa Nadine mesti bekerja di tadika milik bekas pengasuh Harlem?

Takdir Tuhan memang luar biasa.

"Dan kebetulan juga, isteri saya bekerja di preschool milik Madam Ayu."

Sebaris ayat luar jangka itu hampir berjaya menggugurkan jantung Nadine. Kali ini, Madam Ayu pula menoleh ke arah Nadine.

Wajah Nadine terasa membahang panas seakan mahu cair apabila menyedari semua mata yang berada di dalam bilik kecil restoran tersebut memandang ke arahnya.

Jika sudah panahan mata Harlem tepat mengena ke mukanya, ia sudah pasti memberikan jawapan yang jelas kepada semua orang di situ siapa isteri yang dimaksudkan oleh Harlem tadi.

Suasana yang dari tadi senyap mula diisi dengan bisikan-bisikan halus. Punya lah selama ini Nadine berusaha merahsiakan statusnya, semudah itu Harlem bongkarkan segala-galanya.

"Saya harap cikgu-cikgu semua dapat menikmati cuti cikgu-cikgu di sini dengan baik dan tenang. Kalau ada apa-apa kekurangan, cikgu-cikgu semua boleh adukan kepada pihak saya."

Jam di pergelangan tangan ditilik.

"Rasanya sekarang cikgu semua boleh ambil kunci chalet masing-masing di kaunter check-in. Take a rest and I guess our dinner will be at 7pm."

Semua guru mula beransur pergi. Begitu juga Nadine dan Rosie.

"Kuat betul jodoh kau dengan suami kau ya, Nad?" usik Rosie menahan tawa.

"Diamlah!" bentak Nadine perlahan.

Air muka sengaja ditunjuk tanpa riak sebaik saja melintasi Harlem. Bilik ini pun! Kenapa ada satu saja pintu untuk orang keluar masuk? Si Harlem tu pun satu! Perlu ke dia nak tunggu depan pintu tu juga?!

"I'll see you later, baby." beritahu Harlem.

Nadine sempat berpaling. Bibir Harlem senyum senget. Melihat senyuman itu Nadine bagai sedang berperang antara dua perasaan.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now