34 - NADINE SOFEA

5.2K 494 26
                                    

Nafas lega dihembus sebaik saja kaki menjejak rumah. Akhirnya, malam ini Nadine boleh tidur lena lagi, tidak seperti malam semalam.

Dia sering tersedar entah berapa kali. Nadine tak suka tidur di hospital. Tak selesa dan rasa diperhatikan saja. Lembaga hitam yang Nadine pernah jumpa tu punya fasallah menyebabkan dia terus fobia tidur di hospital.

Jika tidak mengenangkan Leanna, Nadine pasti sudah cabut lari pada malam itu juga.

"Hati-hati naik tangga." pesan Harlem sebaik saja kaki mahu menyentuh anak tangga.

"Aku gendonglah. Senang lagi." hampir saja lengan Nadine ditarik, gadis itu sempat menolak.

"Tak payah. Saya boleh jalan sendiri. Tengok ni." sengih Nadine menunjukkan langkahnya sedang mendaki anak tangga.

Mengecil mata Harlem memerhati pergerakan kekok Nadine. Dahi sampai berkerut begitu pun katanya masih rasa tak sakit juga.

Sukahati kau lah, Nadine. Harlem menggeleng kepala.

"Okay. Aku tak akan tolong kau tapi kalau kaki tu tiba-tiba sakit balik, tidur hospital lagi lah jawabnya." sengaja Harlem memancing ketakutan Nadine.

Dia tahu salah satu tempat yang Nadine paling tidak suka ialah, hospital.

Nadine sempat cuak mendengarnya jadi dengan langkah terlebih berhati-hati, kaki memijak perlahan setiap anak tangga.

Tak nak tidur hospital punya fasal kan?

"See? Saya boleh je naik tangga sendiri." Nadine begitu teruja apabila berjaya sampai di anak tangga terakhir sehingga terlompat-lompat.

"Auw, auw!" rasa gembira bertukar pedih.

Laju kaki Harlem mendaki anak tangga untuk mendapatkan Nadine di tingkat atas.

"Kan dah cakap tadi?!" suara Harlem kedengaran risau bercampur geram. Nadine ni memang perempuan degil.

Harlem segera melutut mahu memeriksa telapak kaki Nadine.

"Takpe, takpe. Dah tak sakit lagi dah." bahu Harlem ditolak perlahan.

Wajah Harlem mendongak ke atas. Mahu mencari kebenaran pada riak muka isterinya.

"Betul. Tak sakit." beritahu Nadine yakin.

Harlem memeriksa semula telapak kaki Nadine untuk kepastian. Tidak ada secalit darah pun muncul di balutan kaki gadis itu. Jadi maksudnya, memang benar Nadine tidak kesakitan. Syukurlah.

Harlem berdiri semula.

"Mana beg saya tadi? Sini. Terima kasih tolong bawakan." baru saja beg dari tangan Harlem diambil, lelaki itu sempat mengelak.

"Nak pergi mana?" tanya Harlem bermuka serius.

"Nak masuk bilik lah. Malam dah ni. Saya nak rehat." jawab Nadine hairan.

Soalan yang di tanya pun?

"Mulai malam ni kau tidur di bilik ini." jari menunding bilik tidur di sebelah kanannya.

Muka Nadine sedikit kaget.

"Eh, mana boleh. Itukan bilik awak? Habis tu nanti awak nak tidur di mana pula?" makin pelik saja perangai anak kerabat diraja ini.

Nadine menggeleng kepala.

"Bilik mana lagi? Bilik ini juga lah." jawab Harlem selamba.

Melopong mulut Nadine. Sah! Gila!

"Daisy dah balik rumah dia, jadi kita tak perlu lah nak duduk satu bilik yang sama macam-"

"Harlem!" Nadine menjerit kecil apabila sekali lagi Harlem menggendong tubuhnya lalu di bawa masuk ke dalam bilik tidur milik Harlem.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now