'Thank you sayang.'

Tiara diasak hiba. Mutiara tanpa warna berlinang sekali lagi.

Usai urusan akad nikah selesai, sijil nikah dan surat pengesahan diterima dari Majlis Agama Islam wilayah Songkhla. Ejen mengatakan mereka perlu menyerahkan dokumen di Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla yang memaklumkan bahawa perkahwinan diantara pasangan tersebut bernombor kad pengenalan adalah sah di wilayah tersebut dan telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Thailand. Hal ini kerana, surat ini membolehkan pasangan mendaftar perkahwinan di Malaysia kelak. Urusan mengambil masa selama satu hari untuk pendaftaran serta pengesahan dan mereka bercadang untuk bermalam saja di Hat Yai.

Kedatangan seseorang yang tidak disangka-sangka meleburkan segala persengketaan di antara mereka. Hardeen tersenyum tatkala Sean berjalan merapati setelah Tiara memberi ruang dengan beredar ke kereta bagi membiarkan mereka membuka lembaran baharu. Sebelum hari ini tiba, dia sempat menghantar ringkasan kepada Sean disebabkan perjanjian yang pernah termeterai dahulu. Jabatan tangan lelaki itu disambut mesra seperti zaman dahulu kala. Trademark. Zaman dimana persahabatan mereka belum dicemari dengan najis-najis pengkhianatan, penipuan, atau hasad dengki.

"Congrats bro."

"Thanks bro. Aku tak sangka kau sanggup datang jauh-jauh."

"Janji tetap janji. Kalau kau kahwin, aku datang. Kalau aku menyusul, kau pun kena datang. Cuma tak sangka sejauh ini langkah kau, Deen. Masak juga aku bila mommy tanya kenapa aku nak pergi Thailand. Risau sangat kalau aku pergi mengurut katanya." Mengusik. Bahu Hardeen ditumbuk manja. Mereka sama-sama berdekah. "Nampaknya antara kita, kau yang off market dulu."

"Aku cuma ikut kata hati. Satu Malaysia tahu kisah aku, dan aku percaya, kau boleh faham sendiri kenapa aku pilih jalan ni."

Sean mengukir nipis. Lebih terbuka, lebih tenang. Sempat dikerling kelibat Tiara yang samar-samar melalui jendela kereta yang tidak begitu gelap. Mengimbau semula p erselisihan sebelum ini umpama menggeletek tangkai hati sendiri. Rahangnya longgar. Dia menghormati pilihan Tiara kerana dia juga belum cukup berani menentang dunia seperti Hardeen. Hardeen calon yang selayaknya, dan dia tumpang gembira atas kebahagiaan gadis itu. Cinta suci yang pernah wujud buat Tiara nyata, dan dia sedang di dalam fasa menerima dan melepaskan untuk mencari bahagia buat dirinya sendiri.

Setiap peristiwa yang dilalui tidak pernah disesali. Mengenali Tiara bukan sekadar mengajar erti pengorbanan, tetapi menyedarkannya tentang satu perkara. Jodoh itu cerminan diri. Lelaki yang baik akan dihadiahkan kepada wanita yang baik, dan dia sedang dalam proses membaiki diri sendiri. Indahnya aturan Allah SWT dalam menjentik hati hambanya. Sean mengalih fokus.

"Jaga Tiara baik-baik, Deen, dia satu dalam sejuta. Aku harap semua yang berlaku takkan jejaskan persahabatan kita. Esok flight aku ke Istanbul, dan aku memang harap aku boleh clear semua yang jadi sebelum fly."

"You're leaving?"

Mengiakan. "Kau pun tahu aku kerja dekat Estate Empire selama ni sebab terhutang budi dengan Uncle Haidar. Dulu uncle naikkan business keluarga aku, dan aku rasa aku perlu hambakan diri selama mana yang perlu. But now, I've decided it's time for me to take matters into my own hands and do something that I want to do for myself. Dan kau, kau pun patut buat sesuatu yang kau nak buat. Bukan sebab terpaksa. Bahagia sendiri lebih penting."

Isyarat dari jongketan kening Sean mudah dibaca. Tertawa Hardeen menghadamnya. Benar, sebulan lalu dia terdengar berita tersebut dari mulut-mulut orang atasan bahawa Sean berkemungkinan akan meninggalkan Estate Empire. Mereka sudah lama tidak bertukar cerita kerana masing-masing sibuk dengan komitmen kerja. Lagipula, insiden sebelum ini sudah cukup mencipta kedinginan. Dia juga tidak mengharapkan Sean akan terus bekerja di syarikat itu setelah wujudnya konflik di dalam keluarga. Ada bala yang bakal mengejutkan seluruh semesta, dan dia mahu lihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana gerangan tersebut terkubur akibat keangkuhan.

T I A R AWhere stories live. Discover now