⭒˚。⋆ 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 14⭒˚。⋆

15 30 0
                                    

𝐊𝐔𝐍𝐂𝐈 rumah terus dimasukkannya ke dalam lubang yang terdapat pada tombol pintu rumah yang diperbuat daripada besi itu.

Setelah itu, kunci tersebut dipusingkannya ke arah kanan sehingga pintu rumah yang berkunci itu terbuka.

Deyleena menolak pintu rumah tersebut sehingga terbuka besar sedikit agar ianya muat bagi mereka berdua untuk masuk.

Deyleena melangkah masuk dulu ke dalam rumah. Kemudian, diikuti oleh Isaac di belakangnya.

Setelah Isaac masuk, Deyleena terus menutup kembali pintu rumah yang terbuka itu. Suis lampu ruang tamu yang terletak pada dinding di sebelah kiri dibukanya.

❝‎ ‎ 𝐓𝐡𝐞 𝐖𝐢𝐬𝐡 𝐓𝐡𝐚𝐭 𝐂𝐚𝐧'𝐭 𝐛𝐞 𝐅𝐮𝐥𝐥𝐟𝐢𝐥‎ ‎

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ 𝐌𝐄𝐑𝐄𝐊𝐀 berdua berjalan menuju ke arah sofa berwarna hitam yang terletak di hadapan mereka.

Setibanya di sofa itu, Isaac melabuhkan punggungnya terlebih dulu di atas sofa hitam yang empuk itu. Kemudian, Deyleena mengambil tempat duduk di samping kirinya.

Deyleena tersenyum lalu memandang Isaac yang duduk di samping kanannya. " Best ? " soalnya.

Isaac yang mendengar Deyleena menyoalkan soalan tersebut terus dipandangnya. Dirinya tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. " Sangat-sangat ! " jawabnya kegembiraan.

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ Isaac masih lagi memandang Deyleena yang duduk di samping kirinya. " Isnin esok awak sekolah kan ? " soalnya.

Deyleena menganggukkan kepalanya. " Ya, " balasnya ringkas.

Terbeliak terus mata Isaac mendengar perkataan ' ya ' itu. Dirinya tersenyum lebar. " Nak ikut ! boleh ? " pintanya serta membuat muka comelnya.

Deyleena terdiam. " Kejap, " ujarnya lalu mengeluarkan telefon pintar yang disimpan di dalam kocek seluar.

Telefon pintar dihidupkan. Aplikasi WhatsApp terus ditekannya sehingga terbuka.

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ Setelah membuka aplikasi tersebut, Deyleena terus menghantar mesej kepada salah seorang rakannya. " Kenal Isaac tak ? Tingkatan lima, " tulisnya menyoal rakannya itu.

" Tak kenal. Kat sekolah kita tak silap saya takda pelajar nama Isaac dekat tingkatan lima, " balas rakannya itu.

Telefon pintar terus diangkat. Skrin telefon pintar didekatkan dan ditunjukkan di hadapan muka Isaac. Deyleena menunjukkan perbualan dia dan rakannya itu kepada Isaac.

" Kenapa dia tak kenal awak ? Bukan awak dah buat hajat ke ? " soal Deyleena sambil menjongketkan keningnya.

Isaac terus menggaru tengkuknya yang tidak gatal. " Sebenarnya, hajat macam tu tak dapat dimakbulkan, " ujarnya sambil tersengih-sengih.

Apa yang dikatakan oleh Isaac masa itu bukanlah hajatnya yang sebenar. Jadi, dia sebenarnya berhajat untuk sesuatu yang lain. Dia mengatakan hajatnya dalam hati.

Terkejut Deyleena mendengarnya sehingga matanya terbeliak. Dia terus menampar bahu sebelah kiri Isaac. " Awak tipu saya ?! " soalnya kemarahan.

Isaac terus tertawa saat melihat Deyleena yang marah itu. Marah-marah pun masih comel. " Rileks lah, " ujarnya masih lagi tertawa.

Deyleena terus membulatkan matanya saat mendengar Isaac mengatakan itu. " Jadi sekarang, macam mana awak nak ikut saya pergi sekolah ? " soalnya.

Isaac menjongketkan keningnya. " Bukan awak tak nak saya ikut awak pergi sekolah ke ? " soalnya tanpa menjawab soalan yang disoalkan oleh Deyleena tadi.

" Memang saya tak nak awak ikut pun, " balas Deyleena lalu menjeling tajam ke arah Isaac.

Isaac tertawa lalu menggelengkan kepalanya saat melihat kelakuan Deyleena itu. Amatlah kelakar.

‎⭒˚。⋆⭒˚。⋆⭒˚。⋆⭒˚。⋆

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ " Awak tak sekolah ke ? atau awak belajar dari rumah ? " soal Deyleena. Nampaknya, sesi question and answer ni belum berakhir rupanya.

𝐈𝐒𝐀𝐀𝐂 menggelengkan kepalanya untuk menjawab pertanyaan Deyleena itu yang menandakan bahawa dia tidak sekolah dan juga tidak belajar dari rumah.

" Saya kerja, " beritahunya tanpa disoalkan oleh Deyleena.

Terkejut Deyleena dibuatnya saat mendengar Isaac mengatakan bahawa dirinya ' bekerja ? '. " Awak biar betul ? " soalnya tidak percaya.

Isaac tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. " Ya. Saya kerja, " ulangnya. " Saya kerja dekat satu cafe yang terletak di tengah bandar, " sambungnya.

Kemudian, suasana tiba-tiba bertukar menjadi hening. Tiada lagi sesi soal jawab di antara mereka berdua.

Deyleena mengalihkan pandangan ke hadapan daripada memandang Isaac yang duduk di samping kanannya.

" Deyleena, " panggil Isaac.

Deyleena yang mendengar namanya diseru itu terus memandang si pemanggil. " Ya, " sahutnya lalu memandang Isaac.

Isaac terus mendekatkan wajahnya dengan wajah Deyleena.

Kini, mereka berdua saling menatap wajah antara satu sama lain. Kedua-dua anak mata mereka berdua bertemu.

Perlahan-lahan, kelihatan kedua-dua pipi Deyleena mula bertukar merah.

Setelah beberapa saat senyap, Isaac mula bersuara sekali lagi memecahkan suasana hening.

" Saya, "

⭒˚。⁺₊⋆ ☾ - 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐛𝐮𝐧𝐠 - ✧ ⋆⁺₊˚。⋆

[C] Kisah Cinta Bulan dan BintangWhere stories live. Discover now