⭒˚。⋆ 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 07⭒˚。⋆

12 31 0
                                    

𝐃𝐄𝐘𝐋𝐄𝐄𝐍𝐀 bangun daripada duduk, Isaac yang masih lagi duduk di sebelah kanannya itu dilihatnya. " Saya balik dulu ye, " ujar Deyleena mengucapkan selamat tinggal kepada Isaac.

Isaac yang mendengarnya terus bangun daripada duduk. Wajah Deyleena ditatapnya. " Baiklah, " ujar Isaac tersenyum.

Deyleena turut tersenyum. Setelah itu, dia terus memusingkan badannya membelakangi Isaac. Pintu stor di hadapannya itu ditatapnya, dia terus berjalan menuju ke pintu stor itu dengan laju.

Deyleena melangkah keluar dari rumah Isaac. Setelah kembali masuk ke dalam rumah, Deyleena terus menutup pintu stor itu. Kedua tangannya memegang dada, nafas ditarik dan dihembuskan beberapa kali untuk menenangkan diri.

Setelah menenangkan diri daripada rasa terkejut, Deyleena terus bertanya kepada dirinya. " Ni semua mimpi ke ? " soal Deyleena kepada dirinya lagi. " Kalau mimpi, cepatlah bangun ! " jerit Deyleena lalu menampar kedua pipinya.

❝‎ ‎ 𝐂𝐚𝐧 𝐘𝐨𝐮 𝐌𝐚𝐤𝐞 𝐘𝐨𝐮𝐫 𝐎𝐰𝐧 𝐖𝐢𝐬𝐡 𝐂𝐨𝐦𝐞 𝐓𝐫𝐮𝐞 ?‎

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ 𝐓𝐈𝐁𝐀-𝐓𝐈𝐁𝐀, kedengaran suara seseorang bergema di dalam rumah Deyleena. " Dah dah la tampar pipi tu, tak sakit ke ? " soal suara itu. Deyleena terus menjongketkan keningnya, dia kenal akan suara itu.

" Lagi satu, ni bukan mimpi ya, " ujar suara itu. Deyleena terus memusingkan dirinya menghadap pintu stor itu. Kemudian, dia terus mengundurkan dirinya menjauh daripada pintu stor itu.

Deyleena menggelengkan kepalanya lalu memandang ke arah kotak besar berisi buku-buku lama yang diletakkannya di hadapan pintu stor itu. Deyleena terus mengangkat kotak besar itu lagi.

Deyleena berjalan menuju ke dapur. Setibanya di dapur, Deyleena terus meletakkan kotak besar itu di tepi peti sejuk. Saat memusingkan badan ke belakang, Deyleena terkejut.

‎⭒˚。⋆⭒˚。⋆⭒˚。⋆⭒˚。⋆

' Macam mana pula aku boleh ada dalam rumah dia ni lagi ? ' soal Deyleena kepada dirinya di dalam hati apabila dia melihat dirinya tiba-tiba berada di dalam rumah Isaac lagi.

" Awak masih sekolah ? "

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐈𝐊 sahaja mendengar pertanyaan tersebut, Deyleena terus memusingkan badannya menghadap si penyoal yang sedang berdiri di hadapannya. Si penyoal itu hanya diam sahaja sambil menatap wajah Deyleena. Siapa lagi kalau bukan Isaac.

" Sekolah. Tingkatan 5, " jawab Deyleena sambil memberitahu dia berada di tingkatan berapa walaupun tidak ditanyakan oleh Isaac.

Isaac menganggukkan kepalanya. " Saya nak ikut awak pergi sekolah. Boleh ? " soal Isaac tersenyum.

Deyleena yang mendengarnya terus terkejut. " Hah ? " ujar Deyleena dengan riak wajahnya yang terkejut.

" Bolehlah.. ," ujar Isaac sambil membuat muka comelnya.

" Mana boleh ! " jawab Deyleena tegas.

Isaac yang mendengar Deyleena menjawab soalannya dengan nada dan riak wajah yang tegas itu tertawa. ' Tegas macam ni pun comel, ' ujar Isaac di dalam hatinya lalu tersenyum.

" Kenapa tak boleh ikut ? " soal Isaac sambil menatap wajah Deyleena.

Deyleena terus memikirkan sebab kenapa Isaac tidak boleh mengikuti dia pergi ke sekolah. " Kenapa ya, " ujar Deyleena masih lagi memikirkan sebabnya.

" Ha ! " Deyleena terus memetik jarinya setelah memikirkan sebabnya. " Cikgu dan murid dekat sekolah saya tu tak kenal awak. Lagipun rekod pelajar awak bukannya ada dekat sekolah tu, " ujar Deyleena memberitahu sebabnya.

" Jangan risau, murid dengan cikgu kat situ mesti kenal saya macam saya ni dah lama bersekolah dekat situ, " ujar Isaac lalu mengenyitkan matanya.

" Rekod pelajar awak ? fail murid awak dan apa semua tu bukannya ada dekat sekolah saya pun, " ujar Deyleena masih lagi berkeras tidak mahu Isaac mengikuti dia pergi ke sekolah.

" Kalau saya minta, mesti benda tu ada, " ujar Isaac. Apa yang baru sahaja dikatakan oleh Isaac membuatkan Deyleena terdiam. Deyleena dan Isaac memandang antara satu sama lain.

" Maksud awak, awak boleh makbulkan permintaan awak sendiri ? " soal Deyleena sambil menatap wajah Isaac.

Isaac tidak menjawab pertanyaan Deyleena, dia hanya tersenyum.

" Saya harap, saya boleh pergi ke sekolah bersama dengan Deyleena, semua orang di situ mengenali saya seperti saya sudah lama bersekolah di situ, fail dan rekod pelajar saya ada di sekolah itu, " Isaac mengatakan hajatnya.

Setelah Isaac mengatakan hajatnya, tiba-tiba sahaja debu berwarna kuning muncul lalu mengelilingi Deyleena dan Isaac.

Deyleena terkejut, dia hanya diam sambil melihat debu kuning itu berpusing mengelilingi dia dan Isaac.

Isaac menutup matanya. Kemudian, kedengaran suara seseorang berkata, " hajat anda termakbul ".

⭒˚。⁺₊⋆ ☾ - 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐛𝐮𝐧𝐠 - ✧ ⋆⁺₊˚。⋆

[C] Kisah Cinta Bulan dan BintangWhere stories live. Discover now