⭒˚。⋆ 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 02⭒˚。⋆

16 31 0
                                    

𝐃𝐄𝐘𝐋𝐄𝐄𝐍𝐀 membuka pintu rumahnya lalu melihat ke sekeliling arah tetapi kosong, tiada siapapun di luar rumahnya. Setelah itu, Deyleena menutup pintu rumahnya lagi.

Setelah Deyleena menutup pintu rumahnya, kedengaran lagi loceng rumahnya berbunyi kerana ditekan oleh seseorang.

Deyleena yang sudah berasa marah dan hilang sabar dengan orang yang bermain dengan loceng rumahnya terus menggenggam tangannya dengan erat.

Tombol pintu dipulasnya dengan laju lalu pintu dihempas kuat pada dinding. " Siapa yang main loceng rumah aku ni ! " jerit Deyleena setelah membuka pintu rumahnya dengan luas.

Deyleena melihat seseorang berdiri di hadapan rumahnya, hanya kasutnya yang berwarna putih dengan seluar berwarna hitam sahaja yang kelihatan. Kerana, Deyleena menundukkan kepalanya, dia tidak mahu melihat wajah lelaki tersebut.

❝‎ ‎ 𝐓𝐡𝐞 𝐖𝐢𝐬𝐡 𝐓𝐡𝐚𝐭 𝐂𝐨𝐦𝐞 𝐓𝐫𝐮𝐞‎ ‎ ❞

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 tersebut mula berjalan mendekati Deyleena lalu berhenti apabila mereka berdua sudah berjarak satu meter. " Selamat hari jadi, hajat anda termakbul ! " ucap lelaki tersebut dengan nada yang penuh gembira.

Deyleena terus menutup pintu rumahnya sekali lagi, dia malas dengan orang yang suka bermain-main.

Setelah mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut, Deyleena mula mengingat kembali hajat yang dikatakannya tadi sebelum meniup lilin.

" 𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐫𝐚𝐩 𝐚𝐠𝐚𝐫 𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐦𝐚𝐧𝐢 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐚𝐠𝐚𝐫 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧. "

‎⭒˚。⋆⭒˚。⋆⭒˚。⋆⭒˚。⋆

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ 𝐃𝐄𝐘𝐋𝐄𝐄𝐍𝐀 terus membuka pintu rumahnya sekali lagi, tetapi lelaki yang berdiri di hadapan pintu rumahnya tadi sudah tiada di situ.

Deyleena yang berasa kecewa dengan dirinya terus mengetuk kepalanya menggunakan kedua-dua tangan berkali-kali sambil berkata, " macam mana kalau lelaki tu betul-betul datang untuk teman aku supaya aku dah tak keseorangan ? "

Saat Deyleena mengetuk kepalanya, dia berasa seperti kedua-dua tangannya dipegang oleh seseorang.

Orang yang memegang kedua-dua tangan Deyleena itu terus menghentikan Deyleena daripada terus mengetuk kepalanya sendiri.

Deyleena menoleh ke belakang, dia terkejut lalu terdiam. " Macam ni ke muka lelaki yang berdiri di hadapan pintu rumah aku tadi ? " soal Deyleena saat melihat wajah lelaki tersebut.

Nampaknya, lelaki itu bukanlah seorang lelaki yang biasa. Lain dari yang lain !

⭒˚。⁺₊⋆ ☾ - 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐛𝐮𝐧𝐠 - ✧ ⋆⁺₊˚。⋆

[C] Kisah Cinta Bulan dan BintangWhere stories live. Discover now