⭒˚。⋆ 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 01⭒˚。⋆

26 31 0
                                    

𝐊𝐄𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐍 bunyi tapak kaki berjalan mendekati pintu rumah. Deyleena yang baru sahaja pulang dari suatu tempat terus memulas tombol pintu rumahnya yang diperbuat daripada besi itu sehingga terbuka.

Nafas dihela perlahan, sedikit demi sedikit rasa sedih yang memenuhi dirinya berkurangan.

Kasut berwarna putih yang dipakainya dibuka lalu diletakkan di atas rak kasut yang terletak di tepi pintu.

❝‎ ‎ 𝐇𝐨𝐩𝐢𝐧𝐠 𝐓𝐡𝐞 𝐖𝐢𝐬𝐡 𝐭𝐨 𝐂𝐨𝐦𝐞 𝐓𝐫𝐮𝐞‎ ‎ ❞

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ 𝐏𝐈𝐍𝐓𝐔 ditutup, lampu ruang tamu dihidupkannya. Rumah Deyleena tidaklah besar, semua bilik yang terdapat di rumahnya juga kecil. Itu kerana, Deyleena tinggal di rumah sewanya sendirian. Rumah tersebut muat untuk 2 hingga 3 orang sahaja.

Kedua ibubapanya berkerja di tempat yang jauh, Deyleena pula tidak mempunyai seorang abang mahupun kakak, dia merupakan anak tunggal.

Deyleena berjalan menuju ke arah meja kayu kecil yang berwarna coklat dan bertentangan dengan televisyen itu.

Sekeping gambar yang memperlihatkan seorang lelaki dan perempuan yang sedang memakan aiskrim bersama itu dipegangnya.

Dia tersenyum, mengingat kembali masa bahagia saat dia masih bersama dengan bekas teman lelakinya.

Gambar yang dipegangnya tadi diletakkan kembali di atas meja, kek bulat berperisa coklat yang terdapat di tepi gambar itu dipandangnya.

Tulisan berwarna putih yang bertulis " Happy Birthday to me " di atas kek itu dibacanya di dalam hati.

Deyleena melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk yang berwarna hitam itu. Pengikat rambutnya yang berwarna coklat itu ditariknya sehingga rambutnya bebas daripada ikatan.

Rambutnya yang hitam dan lurus dengan panjang yang separas lengan itu kini terurai daripada ikatan.

Pemetik api berwarna merah dikeluarkannya daripada kocek seluar. Empat batang lilin berwarna pink yang sudah diletakkan di atas kek itu terus dinyalakannya.

Deyleena mula menyanyikan lagu selamat hari jadi kepada dirinya sambil bertepuk tangan dengan perlahan. Dia turut mengesat air mata yang keluar dan mengalir ke pipinya.

Setelah selesai menyanyikan lagu selamat hari jadi, Deyleena menggenggam tangannya dengan erat lalu menutup kedua matanya. Dia mula mengatakan hajatnya di dalam hati.

‎⭒˚。⋆⭒˚。⋆⭒˚。⋆⭒˚。⋆

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ 𝐒𝐄𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 mengatakan hajat, Deyleena membuka matanya kembali. Tangannya masih lagi digenggam dengan erat. Bibirnya mula mengukir senyuman dengan perlahan.

Empat batang lilin di hadapannya yang masih menyala terus ditatap. Deyleena mula meniup keempat-empat lilin itu sehingga apinya yang menyala terpadam.

' Saya tak minta banyak perkara, saya hanya berharap satu hajat yang saya katakan tadi menjadi kenyataan. '

Belum sempat Deyleena memotong kek hari jadinya, kedengaran bunyi loceng rumahnya berbunyi kerana ditekan oleh seseorang.

˚。⁺₊⋆ ☾ - 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐛𝐮𝐧𝐠 - ✧ ⋆⁺₊˚。⋆

[C] Kisah Cinta Bulan dan BintangWhere stories live. Discover now