⭒˚。⋆ 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 03⭒˚。⋆

18 31 0
                                    

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀 Deyleena hidup, belum pernah lagi dia bertemu dengan seorang lelaki seperti lelaki yang sedang berdiri di belakangnya sekarang ini.

Dia adalah seorang lelaki yang tinggi, mempunyai muka yang kacak, kulit berwarna putih, rambut berwarna hitam dan lurus serta mempunyai senyuman yang manis.

Jantung Deyleena bagaikan berhenti berdegup buat seketika, matanya dan mata lelaki itu saling bertatapan.

❝‎ ‎ 𝐘𝐨𝐮𝐫 𝐖𝐢𝐬𝐡 𝐁𝐫𝐨𝐮𝐠𝐡𝐭 𝐌𝐞 𝐇𝐞𝐫𝐞‎ ‎ ❞

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 itu terus melepaskan kedua tangan Deyleena yang dipegangnya tadi. " Maaf, " ujar lelaki itu sambil tersenyum manis kepada Deyleena.

Deyleena memusingkan badannya ke belakang menghadap lelaki itu. Deyleena masih lagi terdiam, dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang ini.

' Seorang lelaki yang tinggi dan kacak, berdiri di hadapan seorang Deyleena yang biasa sahaja dan tidaklah secantik perempuan yang lain. Adakah ini mimpi ? ' ujar Deyleena di dalam hatinya.

" Siapa awak ? Apa yang awak buat dekat rumah saya ni ? " soal Deyleena masih lagi bertatapan mata dengan lelaki itu.

Lelaki itu masih lagi tersenyum. " Nama saya Isaac. Saya datang ke rumah awak ni lepas saya dengar hajat awak, " ujar Isaac menjawab pertanyaan Deyleena.

Deyleena tertawa mendengarnya. " Awak datang ke rumah saya lepas dengar hajat saya ? " ujar Deyleena sambil tertawa, dia tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Isaac. Biar betul, dapatkah seorang manusia mendengar hajat manusia lain ?

‎⭒˚。⋆⭒˚。⋆⭒˚。⋆⭒˚。⋆

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ 𝐒𝐀𝐀𝐓 Deyleena mentertawakan Isaac, wajah Isaac tiba-tiba bertukar menjadi serius. " Ya. Saya datang ke sini lepas dengar hajat awak, " jawab Isaac lagi, tetapi kali ini dia menjawabnya dengan nada yang serius.

Deyleena terdiam lalu menundukkan kepalanya. " Maaf, " ujar Deyleena.

Setelah meminta maaf, Deyleena mengangkat kepalanya lagi. " Dah, jom masuk ke dalam rumah saya. Kat luar ni sejuk, " ujar Deyleena mempelawa Isaac untuk masuk ke dalam rumahnya.

Isaac tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. " Baiklah, " ujar Isaac lalu mengikuti Deyleena berjalan menuju ke arah pintu rumah.

⭒˚。⁺₊⋆ ☾ - 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐛𝐮𝐧𝐠 - ✧ ⋆⁺₊˚。⋆

[C] Kisah Cinta Bulan dan BintangWhere stories live. Discover now