⭒˚。⋆ 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 16⭒˚。⋆

9 30 0
                                    

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ 𝐓𝐢.. 𝐓𝐢𝐭.. 𝐓𝐢.. 𝐓𝐢𝐭...

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ 𝐀𝐋𝐀𝐑𝐌 yang diset oleh Deyleena sudah pun berbunyi, menandakan sekarang adalah pukul 4:50 pagi. Bunyi alarm yang begitu kuat itu terus membangunkannya daripada tidur yang lena.

Dirinya yang baru sahaja bangun daripada tidur itu terus menggeliat. Posisi diubah, daripada baring kepada duduk. Kemudian, kedua-dua matanya terus digosok.

Belum lama dirinya bangun, dia terdengar bunyi sesuatu yang datang dari luar bilik. Mungkin datang dari dapur, ruang tamu atau itu Isaac ?

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ Deyleena bangkit daripada katil, kakinya terus melangkah menuju ke arah pintu bilik.

Pintu bilik dibuka dengan perlahan-lahan agar tidak menghasilkan sebarang bunyi. Setelah itu, Deyleena terus mengeluarkan kepalanya sedikit untuk melihat ada apa di luar itu.

Deyleena terkejut, terbeliak matanya. Dia melihat lampu dapurnya menyala. Seingatnya, sebelum tidur semalam, dia sudah memadamkan semua lampu dalam rumah.

Pintu bilik terus ditutup kembali, badan disandarkan pada pintu. " Pencuri ke ? " soalnya pada diri sendiri, tangan kanan memegang dada.

❝‎ ‎ 𝐅𝐨𝐫 𝐘𝐨𝐮‎ ‎

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ 𝐃𝐄𝐘𝐋𝐄𝐄𝐍𝐀 menggelengkan kepalanya, dia mencuba untuk tetap berfikir positif. " Tak mungkin.. tak mungkin, " ujarnya lalu menjatuhkan tangan ke bawah.

Dia berjalan menuju ke arah meja belajarnya. Buku yang tebal di atas meja itu terus diambil. Setelah itu, dia berjalan menuju ke pintu bilik sekali lagi.

Pintu bilik dibuka dengan perlahan-lahan. Sekali lagi, dirinya mengeluarkan kepala sedikit untuk melihat ada apa di luar biliknya itu.

Sekali lagi dirinya terkejut, sekali lagi matanya terbeliak. Tetapi kali ini, dia terkejut melihat peti sejuknya terbuka. Dia turut melihat ada seseorang sedang mencari sesuatu di dalamnya juga !

Pintu bilik dibuka besar sedikit, dia melangkah keluar dari biliknya perlahan-lahan. Perlahan-lahan juga dia melangkah ke arah orang yang sedang mencari sesuatu di dalam peti sejuknya itu.

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ Setibanya di belakang orang itu, Deyleena terus memukul kepala orang itu berkali-kali menggunakan buku tebal yang dipegangnya di tangan kanan.

" Kau nak curi apa hah ! Peti sejuk aku tak banyak benda kot ! " jeritnya seraya memukul orang itu sekuat hati.

Orang itu meraung kesakitan. " Apa awak buat ni ? " soalnya lalu memegang buku tebal itu untuk menahannya daripada terus memukul kepala.

Deyleena berhenti memukul kepala orang itu setelah mendengar suaranya. " Eh, jap ?! " Dirinya terus melangkah ke belakang, menjauhkan diri daripada orang itu.

Buku tebal yang dipegang tadi, terus jatuh ke atas lantai. " Isaac ? " soalnya.

Orang itu terus menoleh ke belakang memandang Deyleena.

‎⭒˚。⋆⭒˚。⋆⭒˚。⋆⭒˚。⋆

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ 𝐓𝐄𝐑𝐊𝐄𝐉𝐔𝐓 Deyleena dibuatnya. Ya, benar ! orang itu ialah Isaac. Deyleena terus berlari menuju ke arahnya.

" Awak, maaf, " pinta Deyleena sambil menghulurkan tangan kanannya untuk membantu Isaac bangun daripada melutut di hadapan peti sejuk.

Isaac menggenggam tangan kanan Deyleena yang dihulurkannya lalu bangun daripada melutut.

" Maafkan saya, " pintanya lagi sambil mengusap lembut kepala Isaac. Sekarang, dirinya sudah dipenuhi rasa bersalah. Tak sangka pula orang itu ialah Isaac.

Isaac tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. " Takpa, " ujarnya. Maksudnya, permintaan maaf Deyleena diterima lah ni kan ?

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ Deyleena melepaskan tangan daripada mengusap kepala Isaac, dia terus memandang ke arah meja makan. Terlihat dua roti bakar dan segelas air coklat di atas meja makan itu.

Setelah itu, Deyleena mengalihkan pandangannya memandang Isaac yang berdiri di hadapannya lagi.

" Awak sediakan sarapan pagi untuk saya ? " soalnya. Dia tidak sangka Isaac akan melakukan perkara seperti ini untuknya.

Isaac tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. " Ya. Sarapan pagi untuk awak sebelum pergi ke sekolah ! " ujarnya keriangan.

Deyleena turut tersenyum setelah melihat senyuman manis Isaac itu. " Terima kasih awak ! " ucapnya lalu memeluk Isaac.

Isaac membalas pelukan Deyleena. " Sama-sama, " balasnya.

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ Setelah beberapa saat, Deyleena meleraikan pelukannya. Begitu juga dengan Isaac, dia turut meleraikan pelukannya setelah itu.

Isaac memegang tangan kiri Deyleena lalu membawanya menuju ke meja makan.

Kerusi yang dimasukkan ke dalam meja makan ditarik keluar oleh Isaac. " Duduklah, " ujarnya meminta Deyleena untuk duduk di atas kerusi itu.

Deyleena tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Dia terus duduk di atas kerusi itu lalu mula memakan sarapan pagi yang disediakan oleh Isaac itu.

⭒˚。⁺₊⋆ ☾ - 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐛𝐮𝐧𝐠 - ✧ ⋆⁺₊˚。⋆

[C] Kisah Cinta Bulan dan BintangOnde histórias criam vida. Descubra agora