Rayya menggeleng, hairan sendiri.

"Bila masa pulak lah saya marah ni?" Garu dahi Rayya dibuatnya. Tengok Subhi sekilas, nampak lelaki itu seperti jengkel kembali.

"Awak ni okey tak okey?" Tanya Rayya.

"Okey aje. Kau tu yang tak okey. Dengan aku aje, tak okey terus. Dengan kawan kau tadi okey aje aku tengok. Kau select ya?" Laju mulut Subhi membalas.

"Hah? Select apa benda?" Rayya makin tak faham.

"Kejap. Yang tiba-tiba muncul pasal dahi saya dan Riyaz ni kenapa? Takde topik lain ke nak ajak sembang? Takde topik lain nak ajak gaduh?"

Subhi diam.

"Dengan aku tiba-tiba jadi gaduh. Dengan kawan kau tadi tak pun." Omelan Subhi sampai ke telinga Rayya dan itu buat rahang Rayya jatuh.

Riyaz lagi? Kenapa?

"Apa-apa lah. Kenapa awak ada kat bus stop tadi? Motor awak mana?" Rayya bertanya, terus tukar topik. Malas beratkan kepala fikir mengapa Subhi tak sudah-sudah sebut mengenai 'kawan' sedari tadi. Dibanding-bandingkan pula tu.

Motif?

Subhi diam lagi. Rayya dipandang. Bila tangkap Rayya sabar memandangnya untuk menunggu jawapan, Subhi senyum kecil. Tiba-tiba mood jadi baik semula.

'Kau dah kenapa Subhi oi? Mengalahkan perempuan pula mood kau petang ni.' Hati kecil mula berbisik. Rasa pelik juga dengan diri sendiri.

"Motor ada aje kat tempat parkir." Senyum Subhi membalas soalan Rayya.

"Dah tu awak buat apa di bus stop?" Berkerut dahi Rayya.

Senyum Subhi jadi lebar.

"Kau rasa aku buat apa?" Soalan dibalas soalan. Bikin kerutan di dahi Rayya muncul lagi. Rasa nak jentik dahi licin itu datang kembali.

Rayya tak menjawab bahkan bahunya dijungkit perlahan.

"Entah." Pendek jawapan yang Rayya beri.

Subhi senyum. "Kan? Entah kan? Aku pun tak tahu kenapa aku ada kat situ. Apa aku buat kat situ pun aku tak tahu."

Rayya gelengkan kepala. Pasrah gayanya dengar jawapan Subhi. Entah kenapa otak simpulkan yang pelik itu memang sebati dengan Subhi. Memang lelaki itu begitu.

"Fitri."

Rayya julingkan mata sebelum tajam dia menjeling Subhi.

"Betul sikit bercakap tu. Suka hati aje nak tukar nama orang jadi Fitri. Saya Rayya lah! Rayya Riyana!" Geram Rayya membetulkan panggilan namanya. Biarlan keunikan namanya itu dikekalkan. Ini tidak... sampai aje pada Subhi, terus nama uniknya ditukar jadi nama awam.

Benci!

Subhi tahan senyum. Aduh! Sepanjang Rayya geram tadi, sakit mulutnya menahan senyum daripada melebar.

Perempuan kalau marah memang jadi auto menarik lalu buat orang yang memandang tertarik ke?

Maryam pun begitu dulu. Tapi, Rayya ni lain sedikit daripada Maryam si Irfan tu.  Lain macam gituh.

"Tu nak gelak kan?" Jari telunjuk lurus ditunding Rayya di hadapan wajah Subhi. Buat Subhi punya senyuman makin mahu melebar.

Kemam bibir, Subhi menggeleng. Riak wajah cuba diseriuskan namun gagal serta merta bila lihat cebikan dan jelingan tajam Rayya.

Weh. Dah lah pendek. Garang pula tu. Parah kalau begini! Kucar-kacir sekejap perasaan Subhi melihat Rayya tika ini. Buat dia jauhkan diri beberapa langkah.

LUCKY Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin