𝟐𝟑 𝓓𝓻𝓸𝓹

9 2 0
                                    

Hari ini merupakan hari kelahiran anak Safrina. Berserta percadangan hari aku dengan Zafriel bakal bertunang. Encik Fazeel bercadang untuk melambatkan lagi majlis ini kerana dia ingin aku berkahwin ketika menjejak usia 20-an.

"How can I trust someone whose background is unknown? Macam mana aku nak lepaskan Navier dekat tangan kau?" Encik Fazeel menghirup secawan air teh. Mata tidak lepas memandang Zafriel yang kekal tenang.

Abang Adrian kekal berdiri di sebelah Encik Fazeel bersama parang di tangan. Abang Aisaar pula bersedia berdiri di pintu rumah dengan pintu yang terbuka luas.

Aku duduk di sebelah Encik Fazeel, tidak dibenarkan bertukar kata dengan Zafriel. Aku bangun-bangun dah tengok ada perjumpaan di ruang tamu. Patutlah Winter kejutkan aku dengan muka yang berkerut. "Did miss invites Mister Irwan to your home?"

Itu soalan pertama yang ditanya sebaik sahaja aku bangun tidur. Bergegas kaki menuruni tangga, hanya untuk melihat Zafriel seperti seorang tahanan. Tetapi dia boleh tersenyum dan panggil aku sayang.

"Sayang, lambat bangun. Lupa ke yang ada orang nak datang?" aku bertahan di penghadang tangga. Sejak bila dia reti bersayang bagai ni?! Aku duduk di sebelah Encik Fazeel dengan muka yang tidak mandi lagi.

"Bukan ke Dato Fazeel dah buat background check dekat saya waktu kali pertama saya memperkenalkan diri? Tak akan tak jumpa apa-apa?" Zafriel berlawan mata dengan Encik Fazeel lalu mengeyit mata ke arah aku.

Parang di tangan Abang Adrian diletakkan ke atas meja. "Eyes on my father. Not darted towards our princess. Shall I gouge out your eyes for you?" Zafriel ketawa halus dan bermain dengan cawan yang berada di hadapan dia.

"Captain of Alpha Team, I don't mean no harm towards your lovely sister. I just simply interested in her. Saya datang nak beritahu yang Navier terima lamaran saya." Encik Fazeel tersedak air yang sedang dihirup.

Tersembur air itu membasahi muka Zafriel. "Navier terima lamaran dia?!! Kenapa tak cakap dekat pakcik!! Kau mesti ugut Navier kan?!" Abang Aisaar juga melorot ke lantai. Tangan ditekup ke mulut.

Memang keluarga ni semua dramatic eh? Zafriel mengelap air teh yang tersembur di mukanya. "Saya tak pernah ugut orang. Saya ni orang baik tau." aku berkerut dahi. Rasanya baru minggu lepas aku dengar dekat tempat kerja yang Encik Ulusoy tu terpaksa ambil aku disebabkan Zafriel.

Abang Adrian sudah sedia memegang parang yang diletakkan di atas meja sebentar tadi. "Abang, tak raya haji lagi. Janganlah." aku menurunkan parang di tangan dia.

"Abang ingat princess nak turn down Zafriel lepas dengar perbualan abang dengan ayah tapi lain yang jadi. You harm her and I will not let you escape freely." Abang Adrian mengeluarkan pistol lalu diacu ke arah Zafriel.

Pistol?! Oh ye, dia kan tentera. Tapi boleh ke bawa pulang senjata? Tetapi pistol itu seperti aku sering nampak di tubuh bodyguard-bodyguard Encik Fazeel.

Zafriel menurunkan laras pistol itu menggunakan cawan teh di tangan dia. "Calm down Fathhul Adrian. Saya akan jaga princess ni lebih baik lagi daripada Hazim. Lagi baik dari penjaga dia." Encik Fazeel menghentakkan cawan ke meja.

Cawan itu retak, pecah berderai. "Oh I don't mean you but her father. Dato Raja Nazeem Fikri. Saya akan buat anak kesayangan dia tu sengsara atas semua perkara yang dia lakukan terhadap Navier."

"Itu janji saya kepada Dato Fazeel, Commander Fathhul Adrian serta Captain Fakhrul Aisaar. And to the late madam who still own a place in Dato's heart, Lucilia Zandra."

Encik Fazeel dan anak-anaknya saling berpandangan. Mata mereka berempat jatuh ke muka aku. "Belasah dia kalau buat Navier." "Jadi isteri yang solehah untuk aku." dua arahan yang masuk ke telinga aku. Yang pertama dari tiga orang itu, yang kedua daripada Zafriel.

Tears Of Revenge Where stories live. Discover now