𝟏𝟖 𝓓𝓻𝓸𝓹

17 2 0
                                    

Bermula daripada hari esok, aku akan bekerja di bawah syarikat MIUY. Bagaimana aku dapat tawaran untuk bekerja di sini dengan hanya berlandaskan sijil spm jika ada yang bertanya? Kerana Tuan Irwan Zafriel yang punyai banyak wayar. Bergini ceritanya.

"Navier, Tuan Irwan nak jumpa awak. Nanti saya ambil awak pergi dekat office dia." bangun-bangun dah dapat panggilan macam tu. Mata yang masih terasa berat digonyoh. Aku turun ke ruang makan dan dihidang dengan sarapan pagi. Abang Aisaar berpakaian seragam penuh dari atas hingga bawah.

"Awal sleeping beauty ni bangun. Abang tak boleh nak sarapan dengan princess, kena bawa orang jalan-jalan. Nanti ada masa free, kita pergi keluar berdua ye princess abang ngah." dia cium dahi aku sebelum bersiap untuk keluar. Kasut kulit disarung. "Nanti balik dari Switz, bawa balik la souvenirs sikit."

Abang Aisaar angguk sebelum keluar. Tinggal aku serta pembantu rumah di ruang makan. Winter kebiasaannya pergi berjogging pada pagi hari. Nak ikut tapi...mehh. Encik Fazeel tidak tidur di rumah kerana bekerja hingga lewat malam jadi dia tidur di bilik peribadinya di hotel.

Bunyi garfu yang berlaga dengan pinggang sahaja yang dapat didengari. Sunyi. Mata dipejam rapat. Bunyi alunan lagu yang keluar dari mulut mama terngiang-ngiang di telinga. Terselit satu lagu lain yang dinyanyikan oleh seorang lelaki. Suara Zafriel.

Mata terus dibuka. Kacau betullah! Selepas malam itu, aku tidak langsung menghubungi Zafriel. Cuma William yang memberi beberapa pesanan kepada aku. Dan hari ini pula aku perlu berjumpa dengan Zafriel. Syarikat Monster Eater.

Usai sarapan pagi, aku bersiap-siap untuk pergi ke sana. Winter sudah tunggu di garaj kereta. Dia berpakaian segak dengan baju kreamnya serta seluar biru gelap. Rambut yang pendek itu disisir rapi.

"Habistu you teman I jumpa Zafriel jugak kan?" Winter menggeleng kepala. Kalau pasal jumpa Zafriel je mesti tak nak. Apa masalah pun aku tak tahu. Tapi aku tidak boleh memaksa dia. Mujur dia mengajar aku beberapa cara untuk mempertahankan diri. Katanya boleh digunakan pada Zafriel suatu hari nanti.

Bila tu tak tahu. Sampai di syarikat yang aku sangka kecil ternyata besar itu, Winter tinggalkan aku di lobi dan parkir kereta. Kaki berjalan ke arah kaunter pertanyaan. "Hi, saya nak jumpa dengan Irwan Zafriel." pekerja itu berkerut dahi. Tanda tanya muncul di muka. "Cik siapa ye? Sebab tak ada makluman tentang pelawat untuk Tuan Irwan hari ini."

Aku angguk dan cuba untuk telefon William tetapi dia sudah muncul dari elevator. "Navier! Long time no see! Jom ikut saya." pekerja itu terpinga-pinga melihat William. Memang dia ramah pun kan? Aku ikut William naik hingga ke tingkat 20. Tingkat paling atas.

Tingkat yang hanya boleh di akses menggunakan kad istimewa. Aku ikut William dari belakang. Ada satu meja untuk secretary. Dia sempat jeling aku sebelum aku masuk ke dalam pejabat Zafriel. Zafriel sedang membaca fail dokumen. Kaca mata yang dipakainya makin menaikkan ketampanan di muka.

William berdehem untuk menarik perhatian Zafriel. Kaca mata ditanggal lalu kepala dipanggung. "Duduk." kerusi yang ada di depan dia ditarik untuk aku duduk. William kembali berdiri di sebelah Zafriel. Ada satu sampul surat dihulurkan. "Buka pastu baca sendiri." dia kembali mengalih perhatian ke fail-fail yang ada di atas meja.

Surat tawaran pekerjaan dari syarikat MIUY. Di tulis khas dari pemegang MIUY sendiri, Mikhail Ulusoy. Dari atas hingga bawah aku baca isi yang tertulis pada surat. Mata membulat besar sambil baca. "Wow! Aku tak apply pun kerja dekat sini tapi macam mana aku ditawarkan??"

William senyum dan datang berbisik ke telinga aku. "Tuan Irwan yang suruh Encik Ulusoy ni ambil. Nak suruh awak belajar basic dulu baru boleh buka syarikat sendiri. Encik Ulusoy pun akan bantu awak." aku pandang Zafriel dengan mata yang tidak percaya. Aku capai tangan Zafriel. "Thank you Riel!"

Tears Of Revenge Where stories live. Discover now