𝟒 𝓓𝓻𝓸𝓹

13 3 0
                                    

Aku diheret untuk pergi ke belakang bangunan yang jarang dilalui orang setelah menjejak kaki ke luar bangunan club. Ada empat orang lelaki yang menarik aku ke sini. Mereka berempat mempunyai muka yang jelas terpampang bahawa mereka ini jantan biroh. Gatal biroh.

"Awek lawa ni tak akan la nak balik dah? Jom lepak dengan kita orang pulak nak? Kesian dekat you sorang-sorang. Abang-abang ni boleh teman you. Free of charge~." dia bersiul. Mata dia memeriksa tubuhku. Ini kalau aku tarik tu nanti, mandul terus kau. Macam DMA Islam kata tu.

Yang lagi tiga orang itu berdiri bersekitaran dan menjaga kawasan. Tangan dia berlari di rambut aku yang cantik ini. Jari diletakkan ke bibir aku. Aku menggigit jari dia sekuat hati sehingga dia merengang kesakitan. "Oi, perempuan gila! Berdarah jari aku!" aku menjuling mata dan lari sebelum ditangkap oleh tiga lagi rakan dia.

Aku berlari sambil memakai selipar jepun dan tiba dia ingin menjadi selipar yang sangat membantu tuannya dengan putus di tengah jalan. Sial la, time-time macam ni pulak kau nak tinggalkan aku ye. Baik betul jasa kau dekat aku selipar. Aku mencabut selipar itu dan berlari kaki ayam.

Aku menjerit meminta tolong tetapi seperti tiada siapa yang endah. Hazim, you dekat mana. Tapi aku yang lari dari dia dulu. Masalah, masalah. Masalah dia dah jadi masalah negara pula. Ehh lari tajuk sangat dah ni! Aku tiba-tiba nampak rambut putih yang terbang. Ahh sudah. Hantu mana pula dah ni. 

Tuan badan rambut itu menoleh ke arah aku dan memanggil namaku. "Raja Navier Aira, sini." suara dia seperti seorang lelaki yang misterious. Aku hanya ikut katanya dan berlari ke arah dia. Dia sedang membuka kot yang dipakai dan menarik aku ke dalam pelukan. Dia berpusing dan belakang aku menghadap ke dinding.

Aku mendongak untuk melihat muka Zafriel yang sedang tunduk memandang aku. Aku terbatuk kerana bau rokok yang kuat pada bajunya dan tiga orang lelaki tadi berhenti dekat dengan Zafriel. "Woi, kau ada nampak perempuan yang lari pakai cardigan biru gelap?" Zafriel pandang mereka dengan muka bekunya yang biasa.

Mereka menjadi kaku dan terus berlari ke arah lain. Setelah mereka hilang dari pandangan, Zafriel menolak aku jauh dari tubuhnya. "Kenapa kau bau macam susu?? Sedap lak tu bau." dia menggeleng dan memicit pelepis dahinya.

"Memang aku akan jumpa kau waktu kau dalam masalah eh perempuan? Tak reti jaga diri ke macam mana? Nanti tak pasal-pasal kau kena tangkap lepastu kena jual organ. Kau nak?"

Aku menunduk. Hujung cardigan dimain-main. Aku tak tahu kenapa tapi dengan dia, aku tak boleh dengar dia marah aku. Dia mengikat rambut yang panjang itu dan berjalan. "Ikut aku." dah kenapa pula ni?

Aku berjalan anak di belakangnya dengan kaki yang mula sakit selepas berlari di atas jalan yang berbatu. Dia berhenti berjalan.  "Tak akan la lari banyak tu pun dah sakit kaki? Cuba jadi kuat sikit." mulut mamat ni memang tak ada insurance kan. Aku beli juga satu insurance mulut untuk dia nanti.

Dia tiba menanggalkan kasut dan campak ke belakang. "Pakai tu. Nanti tiba kau sakit kaki, lagi susah aku." kasut kulitnya disarung lalu aku sambung berjalan mengikuti dia.

Kami berhenti di hadapan kereta Mercedes-Benz kepunyaan dia. Zafriel masuk ke tempat pemandu dan hidupkan enjin kereta. Tingkap kereta diturunkan.

"Masuk. Kau buat apa terjegat dekat luar tu. Ke kau nak aku bukak pintu untuk kau. Jemput masuk ye cik puan. Macam tu?" aku mendengus. Mata dijulingkan ke atas dan pintu kereta dibuka.

Memang aku tak boleh betul dengan perangai dia. Tapi apa yang hairannya, aku rasa selesa dengan dia. No Navier, jangan cepat jatuh dengan orang. Nanti kau yang sakit. Kereta bergerak dan aku merenung ke luar tingkap.

"Oi, alamat rumah kau apa? Ke kau nak aku bawak kau pergi check in hotel? Tapi kau check in sorang." sabar sabar. Aku tunjuk alamat rumah di dalam telefon kepada Zafriel. Sepanjang perjalanan, hanya bunyi radio yang kedengaran.

Tears Of Revenge Where stories live. Discover now