𝟐𝟐 𝓓𝓻𝓸𝓹

14 1 0
                                    

Makan malam kami berlalu dengan suasana yang agak kekok. Tetapi aku masih ingin tahu tentang kisah antara Safrina, Hazim, Haziq serta Luthman. Dan apa yang Safrina hendak Haziq buat.

"Tak boleh eh kau tunjuk teaser ke? Nak tahu lagi. Boleh Riel?" dia meletakkan sudu garfu ke tepi. Satu kotak baldu dikeluarkan diletak atas meja. "Take this. For a month, I will take you everywhere you want to go, do whatever you want. And after that it's up to you."

"To whether return the ring or keep it. Once you've made up your mind, come to my office. Kita menikah dekat situ terus." aku mengambil kotak itu lalu dibuka. Sebentuk cincin emas yang mempunyai berlian di sekitar cincin itu.

"What's in it for you? Kenapa kau nak tolong dan kahwin dengan aku Riel? Aku curios sangat." Zafriel sedang memikirkan jawapan dan dia tiba-tiba tersenyum. "A promise. Aku ada janji dengan seseorang untuk tolong dan tengok-tengokkan kau. Cara paling senang yang aku boleh fikir adalah, kahwin dengan kau."

"Jadi kerana satu perjanjian yang kau telah lakukan, kau akan kahwin dengan aku? Sebab tu kau tak nak aku jatuh cinta dekat kau? Sebab perkahwinan atas dasar sebuah janji?"

Zafriel mengangguk kepala. Aku melihat cincin itu lalu muka pembagi cincin. "Okay. Fine then. Tapi kau kena janji untuk cerita penyambung dia. Jangan biar cerita tu tergantung." aku memegang jari kelingking Zafriel dan bertemu dengan jari kelingking aku.

Dia berkerut dahi. Mata memandang aku dengan pelik. William cuba menahan tawanya lalu bergegas untuk ke tandas. Zafriel melepaskan jari kelingking aku. "Ingat budak-budak ke main pinkie promise?" eleh, kau sendiri panggil aku budak.

Ada hati nak kata ingat budak-budak ke. Orang tua bangka betul. "Ha Riel, kau nanti tak ada uban la kan sebab rambut kau dah putih?" tertanya juga. Ataupun uban dia jadi warna kelabu.

Lagi lain daripada yang lain. "Kau kena tua sama-sama dengan aku kalau nak tahu. Baru kau tahu aku beruban warna apa. Kau pun macam dah ada uban je." ha, mana?! Punya la aku cuba hidup stress free, ada uban jugak?? Iye ke stress free?

Dahi aku tiba-tiba dijentik Zafriel. "Makan Raja. Kau kurus sangat. Biar naik sikit pipi tu. Boleh aku buat roti canai dengan pipi kau." aku mencucuk spaghetti di dalam pinggan lalu makan sambil menjeling dia. Usai makan, aku dan Zafriel pergi ke satu pesta api yang William cadangkan.

Zafriel enggan keluar dari kereta. Bateri untuk bergerak sudah habis. Aku berjalan berdua bersama William kerana Zafriel tidak benarkan untuk aku berjalan seorang. Aku ni macam banyak keluar dengan William aje. Nanti William yang kahwin dengan aku.

Kami duduk di satu bangku kayu yang mempunyai pemandangan bunga api yang jelas. William membeli air di mesin gedegang dan ada orang duduk di sebelah aku. "Hi, ingat I tak?" aku toleh kepala, Luthman sedang tersenyum dengan tangan di bawah dagu.

Aku hendak bangun dan pergi ke William tetapi pergelangan tangan ditarik oleh Luthman, membuatkan aku terduduk kembali. "Janganlah cold sangat. Don't give me the cold shoulder, you're making me more tempted." tangan direntap kuat.

"Kau nak apa?" dia memutarkan hujung rambut aku lalu dibawa dekat ke hidungnya. "You obviously. Dengar cerita you kacau Safrina lagi. Kesian dekat you." pipi aku diusap lembut. Jari dia aku genggam dengan kuat.

"Nak kesian, kesian aje. Tak payah nak menggatal. Kau sentuh aku lagi sekali, patah jari ni." Luthman cuba menahan kesakitan dengan menggigit bibirnya. Jari dia dilepaskan.

Dia memegang jarinya. "You nak tahu sesuatu tak? Safrina tu sebenarnya bukan adik yang macam you bayangkan. Dia kahwin dengan Hazim guna cara kotor." "Dan kau termasuk dalam cara kotor yang Safrina tu guna. No need to act innocent."

Tears Of Revenge Where stories live. Discover now